Saturday, September 5, 2015

Tajuk apa yeee...?

Aku baru belek-belek blog ni. Sambil-sambil sapu sawang...

Entahla. Rasa macam nak share kepakaran Magik programming je bila tengok blog ni. Kot-kot la berguna di masa depan. Pakar ke? Puihhh...!

Kelebet-kelebet blog ni kat bahagian setting nu. Terperanjat gak aku sebab update rasanya setengah tahun sekali je sekarang ni, membawak ke 3-4 bulan sekali. Tapi pageviews tak kalah.

Kemain link paling orang kerap bukak kat blog aku ni adalah berkaitan kad kawen. Ke semua orang sibuk search design kad kawen sekarang ni?

Takpelah. Suka hati koranglah. Jangan malu-malu, buat macam rumah sendiri.

Cakap pasal kawen ni...

Aku selaku tuan tanah kedaung blog ni, nak  buat pengumuman sikit.

9 September 2016 nanti aku nikah. Dengan sapa? Biarlah rahsia. Sape yang tau tu tau la. Tak semestinya dengan orang yang aku cerita kat sini (tengok kat belah kiri blog ni, daisypath tu pun aku dah buang)... Jodoh pertemuan kat tangan Tuhan. Suka hati korang jugak la nak gelakkan aku sebab publish kronologi camtu ke apa, tak kisah la kata aku syok sendiri ke apa, kalau nak tau dengan sapa aku kawen, boleh la datang kenduri aku nanti, kenduri belah aku dijangka 10 September 2016.

InsyaAllah 17 September 2016 pulak kenduri belah pihak lelaki dan merupakan hari terakhir aku di bumi Malaysia darul klakar ni. Pasni nak sambung belajar balik. InsyaAllah sampai PhD. Jangan sangka orang yang "tak grad" undergraduate degree tak boleh sambung postgraduate degree ye... (Haha kalau stalker "lama" tu masih melawat blog ni lagi la kan... Hihi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...