Saturday, January 31, 2015

Jenis-jenis Pengguna Jalan Raya Pada Waktu Malam

Aku dah lama perati... Tiap kali aku drive malam2 tak kira la sesorang ke atau dengan sesapa pun mesti terjumpa dengan kumpulan2 manusia pelik2 atas highway. Ayuh kita tengok jenis2 manusia atas highway malam2...

1. Peramah.
Asal dekat dengan kereta orang lain je dia bagi high beam. Macam kenal semua orang. Tapi biasanya sekali je high beam pun. Lepas tu dia normal balik.

2. Kereta baru.
Yang ni jenis tak sempat habiskan manual kereta baru beli. Cara nak kenal dorang ni senang je. Malam2 takde hujan lebat pun dia bantai bukak lampu full blast dengan fog lamp. Memang terang & silau nak arwah kalau duduk depan dorang ni.

3. Left-hand drive.
Manusia2 ni suka cucuk2 & high beam orang kat lane kiri. Padahal dalam Malaysia ni orang duduk lane kiri ni suka hati la nak bawak kereta bawah 70km/j macam lori pun. Kata kenderaan berat/perlahan ikut kiri...

4. Retro & santai.
Kalau nampak geng2 ni layan duduk lane kiri, bawak kereta slow 80-100km/j antara pukul 8.00 malam sampai pukul 12.00 tengah malam, kemungkinan besar masing2 tengah layan lagu2 retro 90-an dalam segmen Sinar Malam di channel radio Sinar fm.

5. Perasan laju
Manusia2 jenis ni memang jenis perasan laju. Duduk lane kanan, lagi 2km nak dekat dah bagi high beam suruh kita clear laluan utk dorang lalu. Tapi biasanya lepas sejam drive pun tengok tak rapat2 jugak pun. Tak pasti la apa motif bagi high beam jauh2 suruh clear laluan.

6. Tak tetap pendirian.
Golongan jenis ni sekejap lane kiri, sekejap lane kanan, kadang2 bagi signal, kadang2 tak. Nak kata mengelak kereta, takde kereta berdekatan pun. Entah2 tengah main mencelah dengan kereta halimunan. Ok seram tak kelakar. Mungkin jugak mengantuk. Bawak2 la singgah R & R, wey...

7. Absorber lembut
Golongan ni memang tak boleh blah. Jalan highway tu bukan la bumpy sangat pun, tapi kekadang boleh nampak geng2 ni macam tengah bagi high beam... Tapi bukan high beam, cuma pantulan lampu mcm over sangat sebab kekonon jalan tak rata.

So far 7 jenis je la yg aku mampu senaraikan kali ni. Agak2 korang ada jumpa jenis2 lain, boleh la share kat komen...

2 comments:

Anonymous said...

cmne ko ngintai setiap pngerakkan mnusia d atas jln raya nih..ko pkai satelit ke..:)

Aslina said...

tak ah. dalam taon lepas aku banyak berjalan guna highway pada waktu malam.