Tuesday, December 3, 2013

Kronologi


Sebab gamba ni la buat aku jadi sentimental sikit malam ni. Gamba ni taon 2012 aritu... Waktu dia dengan John melawat Penang. Tenkiu John, sebab tolong tangkap gamba ni :)

Tadi kat twitter sebab gamba ni la aku tulis kronologi singkat pasal perkenalan kitorang. Saja nak tulis jugak skali lagi kat blog sebab aku tengah bosan. Kena chickenpox sangat membosankan okey! Apa pun takleh buat. Okey, nah kronologi antara aku dengan dia. Kat blog leh taip panjang2... Bacalah sampai muntah.

1998 - Mula kenal kat mIRC. Aku syak masa tu aku ikut sepupu2 aku semua pegi internet cafe dekat rumah. Sebab bosan tunggu dorang, maka aku pun try2 jugak chatting untuk first time dan last!! Dengan dia je aku bagi email, sebab dia jugak wujudnya email chronic_imp@yahoo.com tu. Haha... So kat sini semorang yang baca part ni dah tau sapa pemilik chronic_imp@yahoo.com yang kadang2 secara misteri2 pegi komen kat blog orang...

1999 - Aku form 2. Masa ni dah wujud 1 cybercafe dalam kawasan skolah. Sejam rm2 kalo tak silap. Mahal tu. So rajin jugak aku masuk situ dalam setengah jam, cuma untuk check email dia ada ke tidak. Rajin la jugak berbalas2 email. Sampai la aku discover satu port baek punya atas surau. Macam stor tinggal, tapi ada banyak pc kat dalam. Ada 2-3 pc dapat sambungan internet. Hari2 aku lepak situ sebelum waktu skolah sesi petang bermula... Bas skolah aku kan sampai awal... Tapi tak selalunya email aku berbalas... Masa ni dah start ber-abang2 angkat bagai. Haha. Lawak kot...

2000 - Aku rajin stayback. Skolah sesi pagi. Masa ni aku form 3. Tapi malangnya email aku dah macam tak berbalas langsung. Agak lost contact kat situ. Aku jadi down sikit, tapi sebab nak dekat PMR, pastu plak tercabar dengan budak cacat penglihatan yg sama kelas ngan aku dapat 6A dalam trial (aku trial takde sebijik A pun, haha), aku pun jadi seorang yang pulun gila. Stayback utk study okey? Kawad ke mana, email pun ke mana. Usaha berbaloi sebab dapat 8A. Dapat result baru check balik email. Rupanya email dia yang sebelum tu dah takleh bukak. Patut la lost contact. Sekurangnya dia tak lupa aku camtu je. Contact jugak guna email baru tu.

2001 - Lost contact sekali lagi sebab aku dapat masuk MRSM. Kat perpustakaan sana takde access internet. Boleh main spider solitaire dan guna mso words untuk buat report project berkumpulan serta surat rasmi aktiviti PRS dengan Kelab Pengguna. Haha. Balik cuti sem or weekend je bukak email dengan connection internet 1515. Bila takde connection, main spider solitaire lagi. Haha. Tahun ni jugak dia start merantau. Bukan merantau warrior, tapi merantau ke negara orang. Siap bagi alamat kot (nak suruh antar surat letteww) tapi aku email balik, bagi alamat MRSM. Tapi satu email tu je la aku balas pun. Sebab dia antar pun satu je. Hahaha...

2002 - Tahun ni aku agak sibuk pasal masa ni aku dah macam gila kuasa je kat maktab tu. AJK keceriaan blok aku, setiausaha PRS aku, pengerusi kelab pengguna aku, AJK biro kebajikan pun aku. Ada masa aku tulis surat, banyak tulis pastu buang. Rasa macam tak kena. Tapi yang aku pos tu skali je sebab sepanjang form 5 aku balik time cuti panjang je, maka tak guna internet sangat. Tulis surat siap antar gambar aku sekali okey??? Tetiba dia balas surat jugak uolls!! Haaa memang kecoh satu maktab sebab ada surat atas nama aku bersetemkan German. Mujur MRSM aku jenis rileks2 je. Cikgu tak gaduh nak check apa isi surat2 yang kitorang dapat... Terus tampal kat dinding surat tu wat pencetus semangat belajar. Pencetus la sangat. Rajin blaja la setakat 2 hari je. Pastu sambung ke habit asal. Tido tak kira masa. Sampai roommates penah buat bacaan Yaasin semata2 nak suruh aku bangun study. Tapi dalam hati berangan jugak nak jadi macam dia :)

2003 - Masa ni aku kat ATMA. Lepas ada laptop sendiri dan belasah kabel milik Yus, aku rajin online. Time ni la kenal dengan Xord la, Wenkt (tapi Wenkt da tak berapa ingat aku dah skang walaupon aku follow dia kat twitter. Haha!) Kalini up sikit. Rajin jugak bukak YM... Jadi rajin la chat sepatah dua kata sebab dia pun sibuk dengan keje dia. Aku pun tatau dia buat apa. Tapi masa ni aku da bagi no fon aku (bawak henpon curi2 pegi ATMA, sebab first year takleh bawak henpon. Siap sorok dalam tin biskut. Kau ada?) Dan dia rajin call aku. Sebab aku takde kredit nak call dia dan korang paham2 la taon ni topap camne, harga nak call mak oii... Baik aku tunggu orang call je. Dah la curi2 bawak, lagi rajin nak call sampai abes topap?? Cari nahas nama dia. Weekend je boleh kuar outing beli topap pun. Tu pun kalo dapat pelepasan...

2004 - Pun rajin call dan YM. Tapi skejap2 jugak sebab dia cakap timezone lain2. Dia nak tido baru aku nak YM. Mula2 masuk Unisel kan? Broadband pun takde lagi masa ni... Harap kat GPRS je. Masa ni dapat guna YM kat phone pun dah kira abes canggih gila dah habaq hang... Masa ni aku rajin dapat missed call number pelik2. Rupanya memang dari dia. Memang missed call laa... Hang telepon pukui berapaaaa... Dah la hobi tetap aku ni tido je sepanjang masa. Tapi masih boleh ber-YM laa... Cuma kat phone mana boleh webcam. Dah la phone aku masa tu Siemens scorpion. Bajet ganas/gempak laa kan...

2005 - Aku tak ingat apape pasal taon ni. Aku rasa kitorang lost contact lagi taon ni. Taon ni banyak pressure bagi aku sebab sakit arwah mak makin melarat sampai aku penah mengamuk dalam dorm sebab ada sorang kekonon ustaz cakap mak aku dah lama mati, badan dia ada "benda" tumpang. Memang sakan la aku ngamuk... Tapi ironiknya taon ni aku baik dengan sorang brader burger yang sanggup belikan kuayteow kungfu tengah2 malam dan delivery masuk hostel. Kuayteow tu takyah bayar okeh. Free. Bebudak dorm aku yg lain yg mana nak order burger, semua kene bayar. Aku sorang je free. So agak banyak hiburan dalam tahun ni sampai lupa kat dia :')

2006 - Rajin YM balik. Tapi sekadar mesej ringkas2. Kekadang berbalas, kekadang tak. Masa ni yang mana aku couple, semua dah clash. Sebab tu la aku rajin contact dia. Tetiba rasa bersalah gila sebab aku cari dia masa aku bosan takde hiburan je. Tapi takpe kot sebab dia pun jauh. Lagipun nak cemburu apa, kitorang kan macam adik-abang je... Apape masalah peribadi, semua aku citer ngan dia. Selalunya dia rajin la nak nasihatkan aku jangan ikut hati sangat... Walaupun dalam taon ni ada beberapa kesilapan hidup yg mengundang 1001 penyesalan dah aku buat. Apa benda? Lupakan je la... Aku pun dah lama try lupa. Sesekali teringat, boleh histeria aku nangis. Tapi skang dah tak camtu dah... Aku dah boleh move on. Watpe nak cerita lebih2 aib sendiri kat sini kan...

2007 - Taon ni pun dia rajin call jugak. Asal tinggal mesej kat YM suruh call, laju je dia call... Slalunya dia call aku sebelum dia buat persembahan katanya. Aku pun curious. Apa dia buat kat luar negara tu? Last2 aku baru jumpak friendster ngan myspace account dia. Laju je la add. Dari myspace account dia aku discover personal website dia pasal nyanyi2 ni semua. Aku tak pernah bukak video dia nyanyi sebab internet masa ni masih lagi slow tahap jahanam. Haha. Taon ni jugak lepas discover semua social network account dia, baru laa aku tau camne rupa dia... Gila kan, selama ni kenal suara je sebab call... Dia je kenal aku sebab aku penah antar gambar... Aku rasa ni la satu2nye perkenalan paling tulus penah aku ada. Carry on je tanpa kenal rupa. Padahal kalo bleh kat Unisel tu, sape nak rapat ngan aku, salah satu kriteria mestilah hensem atau sedap mata memandang. Hahaha... Tapi cuma gambar je la. Aku yakin je tu gambar dia sebab semua social network dia ada guna gambar yang lebih-kurang sama... Ntah apesal la aku percaya jee ngan mamat ni...

2008 - Ni taon mula2 aku ade account fesbuk. Sebab game la aku terjebak ada fesbuk ni... Haha... Tapi masa ni aktif kat friendster lagi... Taon ni jugak mula rapat dengan geng2 1985 kat friendster... Tak silap jugak taon ni aku start buat blog ni lepas arwah mak da takde. Agak tragis jugak la taon ni dan dekat YM je dia mampu nak sabarkan aku yang masih lagi emo2 sebab mak da takde, siap pointer aku pun drop gila dalam taon ni pasal arwah mak pegi time exam. Ntah apa aku jawap masa tu, aku pun tatau... Pastu campur lagi dengan kerenah ex aku lak taon ni. Macam2 hal. So tu la, aku cari dia bila aku blank, bila ada masalah je... Rajin dia dok dengar segala masalah aku... 

2009 - Aku dapat tau dia ada fesbuk. Haha... Laju je add. Dia je la last aku request add orang. Lepas2 tu semua orang request add aku. Haha... Dan masih sembang2 macam adik abang... Melalui YM, melalui fesbuk chat tu, call pulak dah jarang2. Oh lagi satu, taon ni jugak kot aku ada Skype. Ada laa add dia, Skype la jugak, tapi disable video sebab aku cakap aku takde webcam... Padahal ade jeee... Malas nak on. Haha... Rasa macam teruk je aku ni kan? Fesbuk dia jugak masa ni dah banyak gamba, so aku rajin jugak la stalk dia... Tak banyak beza ngan gamba dier dalam friendster ngan myspace dulu... Aku anggap dia wujud. Hahaha gila apa dari 1998 sampai taon 2009 baru nak confirm dia wujud!!!! Boleh tengok kan cara aku layan dia camne? Macam pelik2 je... Macam bila aku ada hal je baru cari dia mintak pendapat. Macam teruk gila. Bila aku hepi2 jarang aku share dengan dia... Aku syak dia pun suspect aku ni budak bermasalah. Entah bila aku hepi2 pun dia tak penah tau. Ye la da dok cari dia time ada masalsh je, camne??

2010 - Dia praktikal kat Malaysia!!! Bulan puasa... Dlm 15 or 16 Ramadhan aku jumpa dia secara live untuk first time. Dari 1998 tak penah jumpa ni. Mula2 dia cakap nak belanja berbuka KFC je... Tapi tah camne tukar plan pegi rumah kakak2/abang2 dia kat Shah Alam (yang later aku baru tau tu semua kakak2/abang2 dia dari family angkat je) Dah la ajak Kak Syima sekali. Haha. Dah la berbuka apa je sebab nak pegi Shah Alam punye pasal. Dah la aku pun silap tunjuk jalan nak pegi Shah Alam tu. Dah la sebab dia kelam-kabut nak jumpa aku, dia boleh tinggal briefcase dia dalam teksi dan mengakibatkan macbook dia hilang. Tapi dia boleh rileks lagi. Aku ngan Kak Syima pulak membebel2 marah2 pasal macbook ilang. Bende mahal oiii... Sejujurnya masa tu aku macam nervous nak jumpa dia tapi aku buat2 cool. Dah la soalan first dia tanye ade boifren dah ke? Buat aku rase mcm nak marah pun ada pasal aku baru lepas frust dengan budak skot sendiri (ex-ATMA dulu). Tapi aku cool jawap aku sibuk dengan kelas sampai takde masa nak cari boifren (alasan takleh blah). Sebenarnya dia ni banyak cakap, maka aku boleh ngam sampai sesat jalan pegi Shah Alam sebab sebok bersembang dan teruja nak tau kehidupan dia kat negara orang. Paling aku tercengang dengar dia cakap omputeh. Slang okeyyy... Aku pon tak mampu rasanya masa tu. Balik rumah dok bergosip ngan Kak Syima pasal slang dia. Seminggu tak abes gosip! Ada jugak la part kene perli dengan abang dia sebab bawak anak dara orang berjalan2. Terutama bila dia introduce aku sebagai adik angkat. Muahahahah... Pelbagai jenis ucapan aku dengar lepas tu. Tak sangka plak mustajab sampai kitorang dah tak jadi adik-abang da skang. Hahaha... Lepas jumpa kali pertama tu, kitorang makin rapat dan aku Skype pun dah rajin bukak2 webcam ;P

2011 - Tapi aku masih lagi menafikan aku da mula suka dia, suka cara dia... Kadang2 kitorang sembang2 Skype atau chat saje2 banyak terlepas cakap pasal hati la semua, pastu cover balik konon2 aku nak concentrate kat final year aku, dia pun nk fokus master dia. Pastu bulan Jun aku start keje ngan Echo ni... Dah jarang sikit contact. Pastu aku kekonon jatuh chenta dengan sorang budak ni... Aku tak pasti aku betul2 jatuh chenta ke atau apa, yang pastinya lepas clash dengan budak tu aku rasa perit gila sampai hilang semangat. Well, dia jugak yang aku cari, gitau semua pasal budak tu... Pastu mungkin ada perasaan nak cari rebound tu, dengan begitu berani sekali aku cakap aku nk jadi awek dia. Haha gila apa aku yang cakap okey. Kemain cakap sayang dia semua. Padahal aku rasa memang aku tengah cari rebound je masa tu... Tapi tak sangka dia amik serious. Aku pun macam tanak la main2 da sebab lepas aku cakap camtu, dia pulak bersungguh2 jaga hati aku semua. Terharu okey. Takpe la. Kasik try dulu tengok. Rupanya senang je. Dah la kitorang tak penah bergaduh. Dan relationship ni jadi sangat la senang flow dia sampai macam takde apape halangan. Sampai aku jadi seronok dengan apa yang ada. Makin bulat aku sebab seronok punye pasal. Wahahaha...

2012 - Tak pernah citer pasal plan nak balik, alih2 tanya aku bila raya. Aku jawap ah, sekali dia cakap dia nak balik raya. Skali nak jumpa aku, nak jumpa abang aku. Nak bawak aku jumpa family dia. Aku macaammm... HAH??!! Memang betul2 dari rebound jadi serious. Aku tak tolak. Tapi macam tak caya pun ada. Tengok je la gambar kat atas tu. Antara gambar yang awal2 yang kitorang ada sejak upgrade relation dari adik-abang kepada makwe-pakwe. Wakakaka. Tapi seriousss nervousss jumpe dier ni. Sama je rasa macam first jumpe 2010 dulu. Kadang2 rasa macam tak kena. Nak pulak bila kuar berdua. Awkward! Aku introduce dia kat abang aku, family abang aku dengan family Fatin je. Dorang okey dengan dia. Aku takut abang aku reject je sebab first2 jumpa, dia pakai shorts ngan sleveless shirt je okeh. Hahaha... Mase aku gi jumpe family dia, aku cool jugak sampai umah adik ipar dia pukul 5 pagi. Haha. Semangat. Pastu jumpe family kawan2 dia, memang okey la so far takde sape pun reject aku. Hepi gila bila semorang support. Cuma soklan bile nak kawen tu yang masih menjadi misteri sampai sekarang. Sebab aku pun tatau. Dia pun tatau. 

Kitorang ni nama je kenal dari taon 1998, tapi sebenarnya tak abes berkenalan lagi walaupun ramai orang cakap kitorang nampak serasi, seiras, ntah apape lagi la... Dia, aku tak pasti, mungkin nak hidup dia stabil sebelum settle down. Aku? Sama macam dia dan banyak lagi mission aku belum tercapai. Kalo bleh aku nak capai sebelum settle down. Tah la. Easy-peasy sangat relation kitorang sampai kitorang decide ikut flow je. 

2013 - Ada la sikit cabaran dan dugaan dari orang yang tak penah kenal aku camne, dia camne, tapi nasib la. Bawak la citer camne pun, ada aku nak melenting? Ada je orang pertikai pasal kenapa aku pilih dia... Boleh tengok balik kronologi dari atas sampai perenggan ni... Walaupun jauh, tapi kebanyakkan masa dia je rajin layan aku, bagi nasihat, buat aku hepi, tak pernah aku tengok dia sedih, marah (kecuali time phone dia kene curi la - tapi marah tak teruk sangat pun). Entah la. Tak abes kenal lagi pun, tapi dalam ramai2 lelaki yang penah aku kenal, dia je la straight terus tak ragu2 nak jumpa abang aku. Call aku pun, kalo ada apape, dia sembang jugak ngan abang aku... Selain dia, takde lelaki lain yg berani nak jumpa family aku direct (except first crush aku la. Haha)

Peh jauh betul aku cerita. Bertahun2. Dari 1998 sampai 2013 semua sebab gambar kat atas tu... Berapa baldi dah korang muntah ni? Ada rasa loya2 lagi tak? Tak abes lagi ni... Hahahaaa... 

Aku punya prediction untuk taon 2014 antara aku dengan dia? Entah la. Tak jadi kawen lagi pun aku tak kisah. Aku tetap jugak akan tunggu dia. Aku tanak orang lain. Aku nak dia jugak walaupun aku nervous gila bila berdepan face to face dengan dia. Face to face kat facetime pun kadang2 aku jadi malu2. Camno? 

Penah baca kisah orang yang degil camni? Haha. Aku je la yang degil tu agaknye. Degil sebab dia je. Degil sebab manusia bernama Jeffri Ramli.

Okey habis.

No comments: