Sunday, April 28, 2013

Cakap Orang

Aku suka gambar ni. Serious. Suka hati la korang nak cakap apa, tapi memang aku suka gambar ni.

Tapi sebenarnya aku pun takde sebab apesal aku boleh suka dengan gambar yang aku sendiri edit.

Kitorang berdua kadang2 ade penyakit edit gambar masing2 letak sebelah2 kekonon bergambar sekali la kan.

Semalam tu sebab bosan la aku sampai post gamba tu kat album dlm profile aku. Bosan sebab takleh nak kuar umah, keta takde Angah pinjam, pastu nak kuar ngan moto lak hujan... Main Candy Crush dah lebam dah. Boleh kira gambar aku dengan dia yang aku upload ada berapa. Memang tak banyak gambar kitorang bersama2.

Kalo ada pun, dia je la upload, pastu tagged aku. Life aku couple dengan dia, tak macam couple lain. Weekend je spend masa sama2 dating. Kitorang takde. In fact, aku jumpa dia real life pun baru 2x.

Camni la long distance relationship. Bila rindu jadi macam2. Edit gambar la, kadang2 antar msg. Tak kira la fbchat ke, whatsapp ke, wechat ke, walaupon time zone berbeza, walaupon sedar, time antar tu, tah2 orang kat sana tido ke, atau dia antar, tapi aku tengah tido ke kan, tetap tak peduli. Janji luahan hati tu sampai.

Orang senang je bagi cadangan suruh kitorang kahwin cepat2. Tapi dorang tak penah terfikir. Aku syak la tak pernah agaknya, pasal ongkos dia nak balik sini... Memang la orang cakap boleh buat majlis simple, tapi tau kan protokol pasal nikah dalam Malaysia ni camne?

Pastu skang aku ade komitmen keje kat sini, dia plak ada komitmen keje kat sana. Yang mana biasa suruh aku kawen cepat2 ni semua bajet dia kat luar negara tu just untuk outstation. Hakikatnya tak. Dia kat luar negara tu keje kat sana sebab dia memang serve kat sana. Jadi kalo aku pilih untuk kawen cepat, memang aku kene let off everything. EVERYTHING.

Masalahnya, aku sendiri tak bersedia nak buat pengorbanan sebesar itu.

Kitorang serasi. Sangat2 serasi. Sebab sangat2 serasi jugak la aku jadi takut plus sangsi... Lepas kawen kalo, dia akan berubah tak? Sebab aku masa tu aku dah korbankan seluruh life aku tinggalkan Malaysia untuk dia, tetiba dia berubah?

Aku percaya kalo bende2 macam tu jadi, memang aku akan hilang pedoman. Aku tak cukup kuat. Aku susah nak terima orang yang aku dah get used dengan habit dia, karektor dia, by long distance selama 15 tahun, tetiba boleh tukar watak sekelip mata sebab tinggal sekali.

Honestly aku takde sape2 dalam dunia ni except abang aku dengan family dia, pastu sepupu aku, Atin. Tapi dorang ada life dorang dan kalo terjadi bende tak sepatutnya antara aku dengan dia, aku sorang2. Aku takde parents nak mengadu.

Pastu ada yang sambung, ko buat je la solat istikharah mintak petunjuk. Ingat senang2 je ke camtu... Kadang2 kita kene sabar sebab nak absorb cerita sebenar. Petunjuk tu bukan datang semata2 dalam mimpi. Ye lah, alangkan mimpi sendiri pun kadang2 aku tak paham, ni kan plak yang ada petunjuk2.

Senang cakap la, aku dah terbiasa dengan long distance relationship ni. Takkan lepas kawen pun nak stay long distance relationship jugak kan? Keje aku bukan la hebat mana sangat untuk aku pujuk dia aku kena maintain stay sini. Dia dengar gaji aku pun dia gelak. Gaji dia berkali ganda gaji aku kot. Takkan dia nak let go kerja dia sebab aku tanak ikut dia?

Entah la. Aku tak larat nak jawap. Letih. Dan sememangnye aku cemburu gila dengan couple atau married yang rajin spend time dengan partner masing2. Aku memang takde peluang ah camtu. Paling2 pon dia tatap muka selenge aku bangun tido tetiap pagi via facetime je.

Tak tahu la, cakap2 orang kan? Sampai bila pun takkan habis orang bercakap. Semua sibuk nak bagi pendapat. Semua pikir pendapat dorang saje betul.

Oh, last but not least. Agak2 kalo la kitorang decide nak kawen luar dari Malaysia je, agak2 ramai tak sedara-mara rasa kecik hati sebab kat overseas jarang la plak aku dengar pasal hantaran 9 berbalas 11 ni. Nak pulak jenis tak suka bercampur dengan community orang melayu kat sana...

Agak2 camne eh?

Saturday, April 27, 2013

Pilihanraya

Da dekat2 pilihanraya ni, dengan manifesto2 tetiap partinye, dengan orang2 yang fanatik taksub partinye... Takde ke mana2 parti yang boleh menjanjikan perkara2 yang paling aku nak dengar sangat2 macam kat bawah ni...

1) Parking free lebih banyak, dan kalo boleh, kalo ada tukang kutip parking tu, semua kena berhemah sikit. Jangan gangster sangat. Petak parking ni kene bayar camne pun aku tak nampak motif kene bayar sebab tapak parking tak kena buat maintenance sangat. Kata nak kurangkan harga keta, apa hal kalo parking kena bayar.

2) Masih lagi pasal parking. Hapuskan sistem parking bermeter untuk bangunan yang punya opis, pekerja opis dia kerja 8 jam sehari. Aku tak kuase kot nak turun setiap 2 jam nak topap parking meter tu.

3) Pasal parking lagi, tapi parking jenis auto, yang bertiket tu. Kalo boleh pass bulanan takyah la caj mahal nak mampos. Sekali lagi, maintenance apa je yang wujud untuk parking ni. Alangkan setengah tempat tu, tandas masuk percuma pun masih boleh maintain suasana tandas yang superb.

4) Pasal jalan kecil2. Jalan kampung/bandaran. Tolong pay attention nak repair jalan secara berhemah sikit boleh tak? Jalan tak rata kot. Brape kali aku nyaris jadi superman masa bawak moto akibat jalan tar tak elok. Bukan bawak laju pun, 50km/j je. Alangkan 50km/j pon nak terbang. Apa lagi yang bedal 110km/j. Tapi belum lagi la dengar cerita orang meninggal sebab jatuh moto jalan tak rata/berlubang.

5) Masalah banjir. Hujan sikit banjir. Hujan sikit banjir. Apa ni? Pastu keta yang redah banjir, total lost. Mungkin elok jugak la kot harga keta turun.

6) Pasal insurans. Boleh tak kawal sikit agen2 insurans yang ada dalam Malaysia ni, kadang2 harga macam tak masuk akal, especially untuk keta or moto, tapi nak claim bukan main payah lagi. Ke camne longgarkan sikit syarat pasal insurans ni... Kasik murah sikit ke...

7) Tandas awam. Mana2 tandas awam yang berbayar, walaupon bayaran murah, tapi mesti la ada maintenance yang best, tiptop macam dalam shopping mall. Tandas shopping mall yang paling aku suka adalah dalam Gurney Plaza dan Straits Market, Straits Quay. Tu masuk free kot weh!!!

8) Atasi masalah jem. Korang tau tak sebabkan jem ni kadang2 ada sesetengah penunggang moto jenis terdesak dan berani mati suka2 hati je pecahkan cermin keta orang dan sambar beg penumpang kat sebelah seat driver? Ha, alert tak? Aku tanak cakap pasal yang bawak keta sorang, tapi beg letak kat seat sebelah, tapi pasal naik keta dua orang, still penunggang moto yg terdesak tu slambe boleh menyambar beg mangsa yang duduk sebelah seat driver.

9) Banyakkan kawasan riadah public yang secara percuma lengkap dengan swimming pool. Tak kuasa aku nak pegi Setia Pearl weh. RM15 utk whole day access gym, sauna, swimming pool rasa macam tak berbaloi... Huhu. Aku harap SPICE yg ganti PISA ni siap takde la caj merepek2 bukan2 dorang kenakan utk sekali masuk. Aku tak duduk kat apartment yang ada semua kemudahan camtu secara percuma, weh!

Hurmm cukup la 9 dulu kot. Nanti aku terfikir bende lain, aku tambah lagi.

Cemburu??

Semenjak dua menjak ni kadang2 aku suka tengok abam2 polis... Especially yang nampak kacak, macho, berkarisma, dan sebagainye lah.

Smart kot tengok dorang dalam uniform. So biasalah, polis kan kadang2 kena senyum utk tunjuk peramah, jadi kekadang tu melting jugak la nengoknye... Alaaa... Rileks laa... Aku bukan ade commitment lagi... Setakat cuci mata je apa la sangat kan...

Ada la sekali tu, keta polis kat blakang keta aku, so nampak laa dorang kan, sebalik2 cermin, pantulan2 banyak, of course la nampak macam hensem2 sikit. Aku post la kat instagram dengan fesbuk.

Aku rasa Incik Jep memang perasan la ape pun yg aku share. Actually aku bangga gila kot, aku in serious relationship dengan dia, tapi aku takde la macam sesetengah couple, nak kena remind suruh tengok page partner kadang2... Dia public figure kat UK, tapi still rajin2 stalk page aku yang langsung orang tak berapa kenal pun kat Malaysia ni...

Semalam msg2 kat whatsapp, aku perasan la dia baru potong rambut. Tapiii... Just nampak rambut dia boleh buat pacak2 macam dulu la, actually dia tau aku suka tengok lelaki rambut ala2 flat top gitu... Kemas bergaya. Aku perasan tu, aku perasan. Sebelum ni dia potong rambut ala2 kat tengah tu boleh sisir ke tepi. Mullet style tu. Dia sent gamba, and the conversation goes...


Hehe... Cam comel je rasanya... Actually bunyi cam cemburu la tu, tapi tanak mengaku :P

Bosan

Nak update blog. Macam2 nak citer. Tapi confuse. Nak terus sambung citer pasal Incik Jep ke atau nak share tips kawal budget kalo pegi travel sorg2?

Bab kawal budget tu dah tentu korang boleh menuntut dalam video 3 hari 2 malam yang Air Asia terbitkan suatu ketika dulu ye dok?? Hehe...

Nanti la aku sambung cerita lain. Cuma aku nak bagitau, aku baru discover something kat opis tu. Nampak macam berkesan, tapi user tu tak rasa malu ke kene gune mende alah tu yang pada aku, budak baru masuk keje okey la guna. Ini dah dekat 2 taon keje. Haha. Cam gampang je. Sape terasa nasib la. Poyo sangat sapa suruh.

Saturday, April 20, 2013

Translator

Aku kekadang prihatin la jugak dekat buah hati yang tengah sebok nak amik exam proficient utk korean language. Dia amik secara professional, tau? Bukan sebab terikut nak jadi femes macam Psy.

Hehe... Pastu kekonon kite ni caring la sangat kan, padahal takyah pegi kat wall fesbuk pun sebab hari2 pon bila free berbalas2 msg. Tak cukup fbchat, dengan whatsapp lagi bagai... Memang saje la kot. Ye la macam trend kot nak pegi tulis2 kat wall orang yg kite sayang. Saje la ikut trend. Hahah!

Maka jadi la mende camni.

Bajet awek yang best la kan pegi tulis2 kat wall boifren camni...

Pastu tadi ni, sembang2 la... Rupenye ape kite tulis kat wall tu tak masuk akal sket... Alahaii... Hahaha...





Walaupun begitu, dia tetap juge encourage saye cepat2 blaja lebih dari 3 bahasa yg saye tau. Hurmm... Katne nak enroll bahasa Korea ni?

Friday, April 19, 2013

Petrol Free

Dalam org kalut2 harga petrol tak turun2... Tetibe tadi mase pegi isi minyak kat Shell ni, ada budak offer aku nak isi petrol free tak?

Aku pandang je dia tak caya.

Sekali dia cakap ade org tinggal kad kredit dalam kad slot petrol pump. Hurmm... Aku mula2 nak la jugak. Tapi pikir balik, bukan duit aku, bukan duit budak tu, kang apape kang ditariknya buat pengganti. Huhu...

Budak petrol pump tu tengah hepi buat kenduri minyak free. Katanya dlm kad tu ada RM3k. Sempat lak check? Nak pulak org main tinggal2 kad dlm petrol pump punye card slot? Hurmm...

Aku rasa budak tu bukak offer sampai abes shift dia la kot. Haishhh...

Sunday, April 14, 2013

Terapi

Haha! Terapi.

Terkesan ngan tag Hadra kat fesbuk. Haha. Aku tengah sakit perut pon tetibe bleh rase nak update. Kot2 la sakit perut bleh lega kan, da pegi toilet patblas kali pon tak jalan. Kata terapi kan? Kih kih kih...

Kire da update la ni. Aci tak camni? Bahahaha...

Ok serius serius...

Takde idea sangat nak cerita apa...

Cuma bebaru ni la cousin aku yg abes spm tu, cam emo2 lagi. Sebab boifren da 2 hari tak balas sms. Tu la aku gitau awal2 dulu jangan beriya sangat...

Citernye minah ni agak la amik inspirasi cinta jarak jauh macam aku... So terikut la jugak ade boifren berjauh-jauhan macam aku... Bezanya aku jenis rileks2 je... Kadang2 aku tanak orang tau sangat pun pasal aku ngan Incik Jep. Tapi kalo kat blog tu lain la. Tak ramai kengkawan kat blog ni yg aku add kat fesbuk... Blog ni wujud pon macam tak ramai yang tau. Sebab aku tukar link kan? Lepas tukar link, da tak rajin nak update...

Pastu dorang plak cam muda lagi, jauh lagi perjalanan... Tetibe nak emo2 pasal couple tak serious, rase tak best ah. Aku selalu jugak kot kacau2 cousin ni ha... Angkut pegi jejalan merata2... Tak syiok jugak ah skang ni kaco dia je asik tarak mood je...

Aku ngan Incik Jep plak... Memang aaa jauh... Tapi contact ikut flexibility dengan availability... Memang contact la tapi tak kerap sangat, tak jarang sangat... Skang pun dia bz, aku paham.

Next week rabu dia ada test bahasa korea plak. Hurmm... Kadang2 tu kau mampu jadi itik dengan ayam bercakap? Dia cakap korea, aku belasah hokkien. Tapi tak selalu la. Biasanya aku buat muka blur je lebih. Haha!

So tu je la update. Nak makan nasik jiran sebelah umah antar ni. Bye!

Saturday, April 13, 2013

Ironiknya Hantaran



Aku terjumpa page ni kat fesbuk. Tetiba je muncul kat timeline aku. So aku pon bukak la page tu dan scroll tengok amende isi page tu. Dan aku ternampak statement yg mcm aku printscreen kat atas tu...

Klakar lak rasenye hala tuju page ni. Sebab ape tau? Ironiknya, tetibe ramai je aku dengar2 dah selamat jadik second wife... Second, third, yg keempat pun ada...

Yang berbini lebih dari satu tu ada yang sorok dari first wife lagi. Wife kedua pun tatau dia bermadu. Dorang tak pulak banyak bunyik pasal hantaran mahal? Kawen yang second tu sama je grand macam kawen yang pertama tu...

Acaner citer tu?

Klakar. Aku tetibe terpikir. Serious. Haha... Takkan buat loan dengan bank pasal nak kawen kot... Ape ko cagar kat bank? Anak ko? Agak2 la weh.

Anyway, sape yang nak kawen lebih dari satu tu, study betul2 citer p.ramlee madu 3 tu. Jangan ah plak plan kawen 2-3 tapi ujung2 mintak duit bini2 nak share2 tampung kehidupan. Tu zalim namanye, bro!

Baik bini tu stay single dari hidup je bersama, sedap sama2, ada anak sama2, tapi bini tu ada tanggungan tambahan - menanggung biawak idup. Hahahh...!!

Akhir kata, kepada perokok2 esp yang lelaki dan masih single yang tengah terbakar hati baca blog aku... Hayatilah gambar dibawah... Lepas 20 taon bleh kawen 4, bro!!

Friday, April 12, 2013

Bersosial-sosialan... Haha...

Lama kot tak update lepas online transaction tu. Malas nak update. Tatau nak update apa.

Tapi macam nak cerita pasal weChat. Haha. Tetiba femes lak weChat ni. Boleh kata sejak kuar iklan Shaheizy Sam dengan Lisa Surihani pasal weChat tu, tetiap hari je ada notification friend recommendation.

Dah la lama kot weChat aku berkubur sejak aku ngan Incik Jep lagi seronok mengacau2 sesama sendiri kat FBchat je... Siap post2 gambar. Sebelum tu tetiba gile whatsapp. Time org tak berapa nak guna, baru kitorang hegeh nak guna...

Tapi weChat ni, time tak femes, kitorang rajin guna. Siap main cakap2 ala2 polis guna walkie talkie lagi kot. Haha. Takleh blah...

Oh ye... Nak bagitau, aku pon dah ade KEEK juge... So sape2 ade keek, rasa2 nak mengeratkan silatulrahim dengan aku atau sesaje nak stalk apa aku buat selalu, bleh la follow aku kat KEEK!! Username aku ashaslina. Follow la follow laa... Hahaha...!!

Boring kan entry takde gamba?

Nah amik aku letak gamba sendiri seketul dua. Agak2 nanti terjumpa aku tepi2 pasar ke jangan la lupa tegur2 ye.

Eh, lupa... Aku ni suke gak kdg2 berfesyenista kekonon tudung mcm2 style... Tapi kat luar je la. Kat opis still selebet macam biasa. Macam first gamba tudung hitam tu. Agak2 nampak macam muda2 cantik jelita waktu2 weekend, dah tentu la aku kan. Hehe jangan lupa tegur, nanti boleh kita KEEK bersama2...





Wednesday, April 3, 2013

Online Transaction

Lama kan tak update? Hehe... Kali ni topik lain sket sebab Hadra cakap asik citer pasal ehem jee kat sini... Maka harini spin sikit. Wordless wednesday pon cancel.

Harini kite citer pasal online transaction. Aku ni bleh dikatakan antara manusia yang tegar gila buat online transaction. Tak kire la shopping ke, apa ke, memang aku rajiiiiinnnnn sangat guna kemudahan online ni. Salah satu sebab aku tak suka pegi sesak2 kat tempat sesak lebih2 lagi time sale! Rimas, lemas, panas dan macam nak pitam. Haritu pegi USS pon kemain redha je beratur pepanjang, padahal kepala dah tahap nak meletup tahan panas/rasa nak pitam.

Oleh itu, maka memang kerap la aku guna perkhidmatan online banking, dan google wallet. Apesal aku tak guna paypal? Haa... Paypal ni okey sebenarnya, tapi sebab dia banyak sangat prosedur, nak kena register, match segala benda termasuk la nama, hurup kecik besaq, alamat tempat tinggal kena 100% sama. Aku pulak bangsa melayu, agama Islam, maka bab nama ni memang ada la tak sama sikit berbanding yang agama lain2 tu... So alkisahnya kat paypal aku register macam lain... Sudahnya sampai bila2 pun takkan match dengan apa yang aku register dengan dealer... Hurmmmm... Bencik je kat situ...

Tapi paypal ni bagusnya dia punya method shipping ade pelbagai jenis... Ko nak shipping dari murah (jenis makan bulan baru sampai) sampai la ke jenis mahal (antara 6-10 hari sampai) so banyak pilihan, maka takyah la susah2 dealer nak refund balik kat korang...

Google wallet pulak, ada setengah dealer, dia tak amik kisah sangat pasal nak list shipping method utk kemudahan pengguna online ni. So shipping method dia cuma wujud yang mahal je. Konon 6-10 hari tercongok la barang tu kat depan pagar ko... Biasanya abam2 DHL la yang hantarkan. Haha. Kalo hensem, sempat ah cuci mata. Kikikiki...

Ada certain dealer, dia particular sket pasal customer dia, so bila ko dah pilih payment method pakai google wallet sebab ko tanak pening2 modified paypal punya detail nak match antara ko dengan rekod dealer, sebab kdg2 dealer punya rekod dalam paypal pon tah apape jugak katanya, janji ada... Plus dia pon guna paypal antara negeri2 dia je (biasa kat United States la) so takde la banyak songeh sangat. Bila cross country ni yang kadang2 service boleh buat darah naik menggelegak ni... Tapi! Google wallet punya option shipping lak cam lahanat. Aku tak sure la mungkin kot enset aku yg problem tanak list semua or memang camtu je pilihan dia...

Maka, dealer tu pon baik hati la email kita balik tanya confirm ke nak shipping mahal? Shipping mahal tu plak eventually lebih mahal dari barang korang beli... Confirm la tanak kan? Biar lambat sampai takpe, asalkan shipping punya kos, jangan sampai korang boleh buat beli benda yg sama dalam gandaan 2-3-4...

Cuma... Bila dah confirm beli, dah tentu kita bayar kan? Dah tentu bank potong siap2 amount yang kita bayar (aku plak pesen taknak dan takkan apply kad kredit, so most of the time aku guna debit card aku je... Biasa maybank visa tu lahh - senang... Dia potong je duit aku, so hujung bulan ko takyah pening2 ketar tangan nak bukak kredit kad punya statement).... So sekarang maknanya ko dah terlebih bayar sebab amik shipping mahal dan takde pilihan bila guna google wallet... Satu hal pulak dealer nak refund.

Yang lagi tambah panas ni, kat Malaysia... Ye saye ulang, Malaysia... Duit ko keluar sebab nak bayar dealer tu cuma antara ko dengan dealer je... Tapiiii... Bila refund, aku tak paham kenapa perlu melibatkan bank negara... So duit tu pusing merata dulu, duit disiasat, lepas sebulan lebih or almost 2 bulan baru la duit ko dapat kat ko. Duit sendiri tu weh!!

2 bulan! Bapak ah lama. Ntah apa la dorang soal siasat duit tu...

Macam aku skang ni nak kena tunggu refund USD$30.25... Haduih... Kemain la tunggu 2 bulan lagi. Apesal la takleh direct je masuk akaun? Duit kita sendiri kot... Lain la beribu-riban, ko nak siasat tu ade la jugak faedahnye. Tapi apsal sampai 2 bulan maximum??

Kenapa eh??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...