Monday, December 31, 2012

Last day of 2012

Harini last day 2012.

Esok dah tahun baru.

Macam2 jadi kat aku tahun 2012 ni. Sangat happening dan meriah. Penuh dengan drama, gembira, sedih (tak la sedih sangat sebenarnya), bahagia.

Mostly memang bahagia je rasa 2012 kali ni sebab yang mana pahit2 tu semua aku dah buang jejauh. Aku nak jadik lebih positif untuk 2013 nanti.

Nak recap balik, banyak benda aku dah achieve dalam 2012 ni...

1) dapat lesen keta (bulan feb dulu)
2) bercuti ke cherating dengan kawan2 yang disayangi muah muah (bulan april)
3) tahu, tak bertepuk sebelah tangan (:P)
4) dapat iphone 4s (sblm raya, ehem!)
5) dah jadi permanent staff kat tempat keje...
6)sesi ikat janji tapi takde majlis dengan buah hati sambil berkenalan dengan family masing2 (seminggu raya)
7) bercuti ke sabah juga dengan kawan2 kesayangan muah muah (bulan 9)
8) dapat keta baru (lepas delay2 bulan 10)
9) jadi pengapit wedding Hajar.... Hahahahahahahahahahahahaha
10) buah hati pon da dapat keje tetap, so bertambah2 terase la hubungan jarak jauh antara kitorang...

Untuk 2013....

Plan bercuti ke Bali ngan kak syima lagi. Hehe...

Pastu takde lain dah kot. Mungkin akan cuba selesaikan apa yang tak selesai suatu ketika dahulu... Supaya tenang sket hati orang tak menggelabah cakap kita ni tak setaraf ngan dorang... Btw, ade aku kesahhhhh...

Plan kawen? Kalo panjang umo lah. Aku pun tak pasti aku dapat ke idup sepanjang 2013 nanti... Malas aku nak pikir advance2. Lagipun kitorang jenis go with the flow. Buat masa sekarang aku lagi selesa dengan long distance relationship camni... Tanya aku memang manjang je la aku tak ready nak idup ngan dia... Jauh satu hal, dia kena tanggung aku lak satu hal...

So kesempatan ni aku mintak maaf kepade sesape je yg bace blog ni yg dia rasa aku ade buat salah ke apa... Mintak maaf ye.

Sebab aku pun tak pasti berapa lama lagi aku mampu hidup... Aku kan pelik sikit, dari org menggelabah tolong pikir pasal bile aku nak kawen, aku plak pikir boleh ke aku idup utk setahun lagi nanti... Mati kan sesuatu yang tak dijangka.

InsyaAllah, panjang umo. Itu yg aku harapkan.

No comments: