Monday, October 29, 2012

Rezeki Tak Terduga

Duuuluuuuu... Dalam 2-3 bulan yg lepas (kot?) ada la sorang hamba Allah ni kan berkata2, malas nak citer a.k.a bukak aib katanya yang aku blom grad ni sebab nanti dia bukak citer, susah aku nk dapat keje.

Jenuh aku pikir dan aku sangat musyikil. Hebat sangat ke minah ni kan sampai boleh influence org yang nak amik aku keje dengan cerita aku blom grad?

Atau sebab cerita dia jugak ke, tempat keje aku skang tak ragu2 amik aku ke permanent tanpe banyak bicara dan bila aku tanya pasal cara2 nak berenti bila dah permanent, mcm kne buat notis berapa bulan, etc, cepat2 je dorang offer mcm2 (ehem, ini confidential antara aku dengan HR sahaje. Hihi)

Dan baru tadi ni, tengah2 takde mood nak menghadap VDI yang entah apa la jadi tu sebenarnya sampai skrin aku sekejap lembab sekejap laju tak tentu hala, tetibe ada 3 offer call.

1-Comp. Engineer (tarikh interview nak decide lain, next week dorg call lain utk discuss)
2-Network Engineer (yang ni kne travel banyak katanya... Tapi lokasi kat Melaka, aku takde idea nak lepak umah sapa utk interview, juge discuss lain sebab dorg ade cwgn lain juge kat key hell)
3-Project Engineer (pon nak discuss jugak sebab first 2 weeks November ni aku macam busy sket takleh nak apply cuti utk interview)

Alhamdulillah semua offer gaji lebih dari yang sekarang ni dan juge insyaAllah permanent.

See? Rezeki di mana2 je kan? Tak kira la kau dah grad ke, kene buang universiti ke apa...

Alaa... Bill Gates tu pun blaja separuh jalan, dan kawan dia grad cemerlang... Tapi kawan dier engineer je kat Microsoft... Dia? Owner Microsoft tu sendiri... Jadi, jangan nak pandang rendah atau suka2 nak sakitkan hati orang sebarangan... Apa lagi jadi talam 2 muka dan penghasut. Hurmm...

Dilemma ni...

No comments: