Tuesday, October 23, 2012

AES - automatik ekor saman

Sana sini komplen pasal AES. Haha. Aku jumpe gelaran cam tajuk tu kat mana tah... Memang kelakar la... Pastu ramai lak tengah plan bajet bayar saman. Maklum la kalau dulu, setahun, 2-3 kali je kne saman... Skang ni sebulan je dah 3-4 kali kne snap kata dorang.

Dalam Penang ni aku tak sure la ade ke tak mendelah ni pasal 2-3 hari lepas aku ade terbaca kerajaan negeri tengah pertimbangkan nak pasang atau tak. Tapi semalam aku rasa ramai dah warga Penang share2 location AES ni... Ntah, aku pun tak sure kat mana dan camne rupe bentuk dia sebab dalam Penang ni cctv mmg ada merata2 pasal nak pantau jenayah.

Aku rasa kalo gaji gempak gila sekalipun, kalo dah sebulan sampai 3-4 kali kne saman, sama gak gaji tu tak dapat utk diri sendiri... Adakah menteri2 kita sendiri menggalakkan rakyat menyertai MLM untuk tambah pendapatan? Untuk bayar saman? Haha. Musyikil kat situ.

So lepas ni nak selamat, naik basikal je lah. Pegi keje, balik keje, pegi travel ke apa kita naik beskal je. Aku cam berkenan tengok basikal leh lipat2 siap ade enjin dan max laju 60km/j. Confirm tak kne snap dengan AES kan??

Bukan tanak support kenderaan awam... Tapi kenderaan awam cam horror sangat la... Segala warga asing ntah datang dengan izin ke tanpa izin ke semua dah blend sekali dan merupakan pengguna tetap kenderaan awam... Isk... Kenapa la Malaysia camni kan...

Tetibe aku rasa macam pegi mana pun tak selamat... Takut macam2. Paling hebat, takut duit habis bayar saman la. Haha.

Tapi kan, org luar yang dtg sini dan lepas geram bawak keta lelaju contohnye Singapore ngan Thailand kan... Dorang kalo kne saman pon still lagi leh balik negara dorang sendiri... Pastu bulan depan masuk balik rekod clean sebab saman lupus. Angah la citer ni. Rasa macam tak adil lak kan? Kita buat hal dekat negara dorang, selagi tak bayar saman, selagi tu takleh balik... So, ade AES ni, strict tak kat warga asing yang lain? Ke sama je? Ye lah, kalo VVIP kan bawak laju camne pon takkan kne saman...

Rakyat biasa je ke dorang aim untuk saman ni? Ada orang siap komen target saman sampai RM10juta... Macam, wow... Hebat la siap ade target lagi... Mesti untung besar kan?

No comments: