Saturday, September 1, 2012

Tak Puas Hati

John yang ikut Incik Jep bercuti sekali tu cukup tak puas hati dengan aku & Incik Jep. Dekat beratus kali dia cuba korek rahsia dari mana aku dengan Incik Jep kenal.

Aku pun ingat2 lupa cerita sebenar. Kalo nak cerita pun, memang mati hidup balik orang cakap cerita aku rekaan semata2. Sentap2 si John pikir camne kalo2 ada coincident yang membolehkan kitorang berjumpa waktu first time berkenalan. Mana lah tau kot2 ada kem2 kecemerlangan pelajar ke, ko-kurikulum ke apa yang mengakibatkan kitorang boleh kenal...

Incik Jep membesar di KL. Aku membesar di Singapore dengan Penang. Incik Jep dengan aku beza umo 5 tahun. Incik Jep pernah dtg Penang sekali je, tu pun masa umo dia 10 tahun. Kata nak terjumpa lalu kenal, masa tu aku baru 5 tahun dan mungkin juga masih di Singapore. So? How? Nak kata coincident time skolah2 lak, waktu aku darjah 2, dia darjah 6 kot paling logik kalo kata nak jumpa, leh terlibat dalam kem apape ke sebab time tu sama level skolah rendah. Tapi itu semua adalah mustahil... Dia skolah rendah kat Sungai Besi kalo tak silap... Aku plak Sungai Nibong, Penang... Celah mana nak combine apape xtvt??? Darjah 2 ngan darjah 6 kan apa la ada sangkut paut... Darjah 2 mana ada masuk unit beruniform lagi...

Kitorang kenal sejak aku form 1, aku 13 tahun, Incik Jep dah 18 tahun. Masa form1-3 aku full time dlm Penang, dan rasanya Incik Jep takde urusan langsung nak ke Penang. Sebab dia buat diploma civil kat UiTM Shah Alam, langsung takde kene mengena dengan Penang, kena praktikal kat Penang ke apa ke takde sama sekali. Aku plak sejak masuk form 1, arwah dah tak berapa nak bawak jalan2 ke KL apa lagi Shah Alam tu. Memang takde ke mana2 sangat pun.

Korang percaya pasal long last relationship built in via internet?

Aku rasa tu la cerita sebenar, macam yang aku pernah cerita kat sini dan sini. Masa relation kitorang masih lagi adik-beradik berangkat2 nih. Tapi macam dongeng sangat. So tolong la aku nak cari cerita realistic sikit supaya nampak sikit cerita perkenalan kitorang lebih logik dan diterima akal oleh masyarakat setempat.

Penat tau pikir sebab bila cerita benda betul, semua orang tak nak percaya. Semua orang tak puas hati.

Paling orang takleh terima hakikat adalah, sepanjang 14 tahun aku kenal dia...

Gambar di bawah ni adalah kali ke-2 aku berjumpa in person dengan dia. Serious la wey... Betul ni!!!