Monday, September 12, 2011

Nilai Hantaran.

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini (Ringgit Malaysia) dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000

Yang mana satu calon isteri anda?


Gelak guling-guling aku bace status yang kemain ramai sibuk share sekitar last week dekat fesbuk memasing. Erm... Perlu ke letak hantaran camni punya banyak ikut standard blaja pompuan tuh...

Dulu-dulu masa aku kecik-kecik ada la jugak aku berangan hantaran tinggi-tinggi sebab jiran sebelah umah aku cakap aku pandai. Huahahaa... Apa kaitan ntah. =..="

Tapi skang bila dah merasa pegang duit sendiri dan terasa agak sakit hati, macam dikhianati bila orang senang-senang pinjam duit kita yang kemain berhempas-pulas la cari duit tu tapi last-last bila mintak balik atau request untuk duit tu pegi ke hala lain banyak pulak alasan dia, maka aku pikir balik tak relevan ah nak letak hantaran tinggi-tinggi nih...

Aku rasa bende camni lebih kepade nak menunjuk-nunjuk kat orang. Pastu boleh tak pikir betapa remuk relai hati tengok duit yang korang penat-penat kumpul selama setahun (kalo ada yang bertunang setahun la... Atau ada dari start kapel lagi dah simpan duit siap-siap mungkin amik masa 2-3 tahun) boleh habis dalam masa 3 bulan terakhir persiapan kawen? Worst to worst rasa macam penat-penat kumpul RM30K, tetibe abes camtu je dalam masa 3-4 bulan atau macam satu hari je???

Kalo pertikaikan downpayment keta boleh bayar apsal kawen takleh kan??

Cube pikir sikit... Ko kawen tu... Majlis-majlis tu kan ade ke benefit untuk diri kau? Setakat nak tayang kecantikan dan ke"mahal"an baju tempah, sewa, pinjam untuk satu hari kat orang ramai, rentikan leee... Kalo keta ke, ada jugak benefit mase depan. At least emergency ko ade la jugak kenderaan nak bawak ko ke spital walaupun bukan ko yang driving... Ini majlis kawen. Sorry, aku tak nampak benefit untuk diri sendiri kat situ.

Nak ke orang ramai-ramai yang attend majlis kawen kau tu nanti nak tolong kau kalo kau terdesak tiba-tiba terpaksa kena jugak mintak tolong lebey-lebey lagi soal duit... Silap-silap haribulan, bukak pintu pelawa masuk umah pon takde...

Tapi nak buat camne kan kalo tak buat meriah-meriah orang sibuk mengata. Eleh biar je la orang mengata. Bukan boleh cacat fizikal pon kalo dengar orang mengata. Pas 2-3 tahun stop la dorang mengata kan... Nak pulak kalo kau buat majlis simple-simple pastu tak lama lepas kawen sebab rezeki murah dan berkat pasal majlis simple tu terus ko naik pangkat la hape... Kan diam kan orang yang mengata tuh? Kau pon senang hati takde hutang keliling pinggang semua...

Aku dah la pesen berkira sikit semenjak pegang duit sendiri nih... Aku suka nak guna duit hasil penat lelah aku keje sengkang mata sampai dekat-dekat rabun ngadap PC pejabat tu ke arah benda yang bagi aku puas hati dan rase berbaloi-baloi. Contohnye pegi bercuti. Ini kenduri kawen? Alahaiii... Dah la kena jamu orang makan. Lauk tak sedap orang komplen plak... Pelamin tak cantik pon komplen... Semua benda nak komplen...

Mintak sponsor? Tau plak dok diam-diam...

Tak kira lahhh... Nanti kalo aku nak kawen, aku nak jugak sponsor. Tak kira. Hahahaha... Hantaran kalo separuh WAJIB masuk dalam ASB aku. Hahahahahahhh... Pedulik hapa akuuu... Takde mase aku nak pikir tema la apa benda kat majlis aku nanti... Asal selamat sudah. Ahahahaha...
Post a Comment