Tuesday, April 12, 2011

Phone Gile

Mejik jugak phone ni. Dulu aku penah je biar SMS dalam inbox, sent box, save, letak gambar, ringtone sampai dekat penuh phone memory nih... Sampai nak tangkap gambar je dier suh pilih memory lain padahal time tu takleh detect memory card. Kira dah overwrite abes la phone memory ni sebenarnye. Dah full.

So, aku godek-godek la phone ni betulkan balik slot memory card supaye nanti bleh detect balik memory card... So far dah ok la... Dan buat pembersihan transfer apape yang bleh transfer dari phone memory pegi memory card. Lepas tu mesej-mesej SMS kawan-kawan pun semua la dah setel delete abes. So, lega la sikit. Tapi tu cerita tahun lepas laa.....



Tahun ni plak...


Akibat banyak bergosip liar dengan classmates secara SMS, dan jugak ada makhluk memberi perhatian khusus seperti konon what so called balak bak kata hipster zaman skang tapi dengan tak semena-mena menghilangkan diri sejak seminggu yang lepas (eh, dah seminggu rupanya) maka tiba-tiba inbox dan sent box penuh seperti dulu.


Dan memandangkan keperluan nak antar-terima SMS macam agak penting tapi mula nampak penuh box-box tu macam hapa je maka, proses pembersihan SMS mula la berlaku seperti tahun lepas. Ye lah, sebelum tahun lepas tu ade tukang delete SMS yang rajin check henpon dan suka delete SMS tak berkenaan sekaligus dengan nombor-nombor yang diyakini menggugat kredibiliti beliau sebagai boifren tersayang (blweekkk~~!!!), so, tak kisah langsung bab nak delete-delete SMS ni. Aku memang pemalas sikit nak delete SMS. Biar je dalam tu banyak-banyak.


Start la delete. Sekali phone padam plak. Bateri kong. Time ni la bateri pun nak manja-manja buat hal kan? Charger plak entah mana-mana dah kene baling. So, try on balik. Berjaya, maka bukan bateri problem. Tapi memang saja-saja nak bermanja.

Dah on balik kemain lama kau tunggu mesej semua ready... Ada la dekat setengah jam tunggu.


Check-check inbox...

Tengok-tengok, sebelum start delete tadi SMS dalam tu ada 1258 je. Lepas aku on balik ni ade 1719. Itu dalam inbox je.

Mujur kat sent box tu dah berkurang tinggal 387 mesej je. Nampak la jugak dia buat keje delete sent box dulu. Huhuhh...

Slambe betul pegi restore balik dekat 461 SMS dalam inbox tu. Last-last lantak kau la. Dah malas nak gigih men-delete SMS ni. 

Lagipun semenjak-dua menjak ni dah tak gaduh nak bergosip liar mahupun perhatian yang tiba-tiba dahsyat dari kawan-kawan mahupun orang lain. Semua dah lost. Haha. 

Kawan-kawan ada fesbuk kan? Ok... Kite chat bergosip dekat fesbuk je la eh? Hehe. :D

No comments: