Friday, December 10, 2010

Henset Yang Tak Canggih

Finally henset aku dah bleh accept MMS, dan bleh online macam biasa~~~ Yippa~~

Dia macam tau-tau je aku da berkira-kira nak tukar enset nanti ni. Tapi....

Kalo dia masih buat perangai display SMS macam ni...


Dikala aku tengah randomly SMS dengan lebih dari 5 orang dan lebih dari 3x dapat SMS camni tanpa ketahuan punca sapa yang reply, waktu line super-duper clear full bar siap ada 3G lagi... Memang tak ragu-ragu aku nak pegi tukar baru.

Ugut ni. dengan harapan henset sendiri boleh baca ugutan ini. HAHAHAHH~~

Sayang wohh nak tukar enset nih. Walaupun ada kamera dan nampak murahan, tapi henset ni la ada kamera PALING SHARP untuk tangkap gambar "nota-nota-separa-berkat-yang-boleh-bertukar-jadi-toyol-secara-tiba-tiba-dikala-kecut-perut-tak-ingat-rumus-yang-banyak-super-lahanat-masa-test"

Dan jugak berjasa kat library. Sebab aku malas nak pinjam buku. Apa ko expect nak amik nota satu chapter je tapi kene pinjam sebijik buku yang sangat tebal sebab takde kad access nak guna mesin fotostet? Baik aku main snap-snap je. Takde nak bawak beban buku mahupun nota fotostet.

Enset ni da buruk?

Hmm... Yang sliding tengah yang ilang tu still boleh ganti baru dengan harga RM25. Dan jugak calling-calling yang cuma bleh dijawab menggunakan loudspeaker tu pun boleh fix balik dengan harga bawah RM100. Dari aku nak tukar gune enset idaman hati yang berharga bukan main lagi mahal seperti RM1000 ke atas. Sudahnya tak reti nak guna jugak. Dah la jenis touchscreen plak tu si idaman hati.

Memang parah la si idaman hati kalo dapat tuan jenis super ganas macam aku ni. Sikit-sikit nak baling phone, sikit-sikit nak baling phone.

Takpe la sebab henset ni dah ok, jadi loan yang ada balance begitu banyak tu nanti boleh digunakan untuk beli makanan yang banyak-banyak dan merasa makan makanan mahal-mahal secara berleluasa simpan dalam ASB dan biar dia banyak-banyak faedah nanti boleh bayar balik secara banyak-banyak sekaligus. :D

3 comments:

Asfan Ash said...

whew norkiah. ok la tu enset je pun....simpan dlm poket/handbag bukan nak tyg kt muka haha

epalejau said...

hahahaha..asfan sengal. nset asal buleh sms dan call kira okey da bagi aku. masalahnya nset ko ni, dengan sms dan call dia buat sengal, sangat menyakitkan hati la kannnn..

Aslina said...

::ARC™::
norkiah tu la dah 2 taon idup bersama tu... hehe...kdg2 selalu gak guna wat cermin sebab nak check cili celah gigi. :p


::hadra::
sms sekarang mcm dah elok seperti sedia kala. yang mcm lahanat skang ni call... abeh da takde privacy. T_T