Thursday, September 2, 2010

Kalau Dah Tau Harga Tak Masuk Akal, Kenapa Beli? [Versi Pandangan Jauh Sejengkal]

Harini aku nak tulis versi pandangan jauh seperti lecturer aku plak. Boleh kata tiap-tiap kali aku masuk kelas dia pun, bukan setakat ilmu subjek tu saja aku dapat... Ilmu-ilmu pasal bisnes, pasal life, kadang-kadang bahasa arab, cara nak berfikir di luar kotak, semua ada.

Dan untuk harini, tiba-tiba dia buat satu statement yang buat satu kelas agak terdiam bila dengar penjelasan dia.

"Apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang baik? Dalam konteks sebuah negara?"

Soalan ni katanya dia dapat masa pegi promote fakulti engineering U kitorang tercinta ni dekat negara sebelah Malaysia.

Orang yang tanya diorang tu jawap balik soalan yang dier sendiri tanya tuuu... Antara ciri-ciri pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memberi rahmat kepada semua rakyat jelata bawah beliau dan segalanya sama-rata.

Serta...

Mengadakan barangan buatan negara terbabit adalah mampu-milik untuk semua rakyatnya.

Wah. Serius terdiam. Mana taknya... Masing-masing tiba-tiba ter-imagine iklan "barangan buatan Malaysia" tu. Harga beratus kot baju tu. Cuba cakap dengan aku, berapa ramai sangat mampu nak beli baju harga macam tu? Dah tu beli satu, boleh pakai sehari je.

Beza kan, kalo beli baju lebih-kurang sama corak, tapi kata laa... Made in Thailand. Dengan kain, semua lebih kurang la. Kualiti je kurang sikit. Tapi at least capai 80% dengan yang asal yang ditiru. Ok la tu 80%. Dah gred A la tu kalo kira exam grade. Lepas tu harga dia tak sampai puluhan ringgit.

Kata la ko ada duit sebanyak nak beli baju yang sehelai tu, tapi ko boleh dapat baju lebih-kurang dengan yang mahal tu dalam 5-6 helai dengan nilai sehelai. Ko nak pakai baju jenis sama, corak lain-lain tiap-tiap hari pun takde sape nak bising. Siap kalo nak buat basahan pun macam takde masalah je.

Senang cerita berapa ramai la sangat nak pakai baju bergaya-bergaya macam tu buat panjat pokok la, aktiviti lasak la segala??? Ok. Tu contoh baju. Kadang-kadang tu tanpa kita sedar, pasal jenama pun boleh buat satu-satu benda tu mahal. Padahal kualiti lebih-kurang je dengan yang original.

Cakap dengan aku sekarang, kalo dari segi pakaian, apa benda yang menyebabkan sesuatu pakaian tu original atau celup. Kalo kata sebab dia made in China atau made in Thailand, macam kita semua tau, sekarang ni kos buruh dari negara-negara tu sangat murah dan efisyen. So, kat mana originality? Nak pulak bila dah kena kuarkan dalam kuantiti yang banyak... Celah mana la originality? Pandang kiri-pandang kanan, semua orang pun pakai benda yang sama. Brand yang sama. Kot-kot kena kaler sama. Hah. Boria sudah.

Lepas tu same goes with gadget elektronik. Trend skang kan tak sampai 6 bulan, mesti kuar latest product. Dulu aku review benda murah-murah dari sudut negatif. Sekarang, sebab persoalan kat atas tu, aku nak review dari sudut positif pulak.

Kita semua tau China adalah negara yang sangat besar dan mempunyai rakyat ramai. Tenaga buruh ramai dan jugak kepakaran imitate balik segala benda-benda yang dah feymes. Hey!! Jangan gelak tau, sebab sebenarnya kepakaran dorang tu sangat hebat. Ye lah... Sejak-sejak aku dah nak abes belajar ni, baru aku sedar cabang engineering ni giiilaaaaaaaaaaa luassssssss... Dan semakin hari semakin mencabar dan tak macam dulu. Kadang-kadang rasa macam apa aku belajar teori-teori ni zaman silam punya dan bila kitorang kena berfikiran kreatif dan kritis dengan teori-teori baru... Sebenarnya orang dah pun invent teori tersebut. Alahaiii....

Lepas tu pulak kan... Dalam kita sibuk-sibuk pelekeh barang-barang dorang, berapa banyak pulak kita mampu nak buat sesuatu yang macam dorang buat sekali gus BUAT BENDA TU MAMPU MILIK UNTUK SEMUA ORANG.

Tambah pulak kalo barang elektronik. Komponen semua makin kecik. Bila dah kecik, jangan la nak berharap jangka hayat dia boleh panjang macam benda besar-gabak zaman dahulu-kala... Dan macam aku cakap awal-awal tadi laa... Sekarang sampai tahap hampir tiap-tiap bulan pun keluar benda baru. Kalo kata henset sekalipun, sapa laaa nak pakai henset sampai 7-8 tahun yang sama?? Setiap mende pun ada expired date jugak.

Oh, ya... Memang aku baru nampak mende-mende tu sekarang.

Dan aku terfikir...

Apa gunanya kita produce kereta sendiri, tapi sebenarnya kereta tu bukan la dalam kategori mampu milik untuk semua rakyat kat sini...

Nak amik lesen kereta pun macam bangsat punya mahal. Aduihhh...

1 comment:

Anonymous said...

kereta tak mampu milik..

tapi

minyak petrol mampu milik!

itulah hakikat di malaysia..

p/s: cuba banding harga proton persona yang dijual kat negara luar...murah gile taw ~!