Tuesday, September 28, 2010

Aku Emo Ke Syok Sendiri??

Aku tak rasa kot aku yang emo... Cuma ada rasa orang suka sangat memain sampai aku leka sekejap... Lepas tu tak pasal-pasal aku boleh emo sendiri-sendiri...

Takde ke yang jenis jujur habis yang buat aku senang hati dan confident yang dorang tu... Ehh... Dorang... Macam ramai la pulak... Yang dia tu agak-serius-dengan-aku?? Kalo ada jujur habis pun jenis bagi attention yang buat aku rimas-serimas-rimasnya sampai aku emo jenis marah yang mengakibatkan persekitaran aku jadi kurang sihat akibat macam-macam benda boleh terbang kalo ada yang salah tegur.

Aku da macam malas nak simpan harapan yang sape-sape nak serius dengan aku. Ramai sangat panggil aku sayang kot. Sampai lali sudah. Banyak pun aku rasa memain. Ehh... Tapi aku rasa walau cemana sempoi pun aku ni, tapi bila soal hati aku rasa aku jarang sangat nak kompromi. Banyak simpan dalam je. Tapi bila simpan dalam, makin orang sangka aku takde perasaan la. Makin ramai yang suka main-main dengan hati aku.

Salah ke aku nak letak harapan kalau orang tu rajin antar mesej, bagi perhatian? Sebab mungkin korang akan cakap aku percaya too much dengan mesej?

Salah ke aku nak letak harapan kalo antara mesej-mesej dia, dia, dan dia dulu ada berbunyi:

  • Awk tetap insan istimewa
  • Nk tambat hati awk la.
  • Npe agknye ye, tp ati ni da trtawan.
  • Btul la... Sye syg awk je.

... Dan lain-lain. Malas nak list banyak2... Makin aku baca dalam henset lama ni makin sakit hati rasanya...

Tapi tu bukan setakat datangnye dari "sorang". Dah 2-3 orang pun macam tu. Mesej lebih-kurang. Alangkan ada jenis tak pernah jumpa sekalipun berani mesej aku macam tu, lama-lama kau tak layan ke? Kalo jenis selalu jumpe plak, just say hi, sengih-sengih, dan main jeling-jeling. Eh, kalo jumpe sekalipun, kalo dah selalu buat camtu...

Aku perempuan beb. Walau keras cemana pun style aku, walau abes lasak sekalipun karakter aku, tapi aku tetap perempuan. Just nak remind diri sendiri yang aku ni perempuan. Kalo da layan aku macam tu, lama-lama aku pun cair jugak. Tapi?? Siapa la aku ni kan untuk orang peduli??

Memanglah atas sebab-sebab perkara lepas-lepas yang dah terjadi kat aku buat aku sikit keras, layan kaum berlainan jenis kadang-kadang macam singa betina, kadang-kadang macam layan-tak-layan sampai ramai kot yang terlupa yang aku ni perempuan.

Tak ke kau rasa sakit hati, rasa tertipu, annoying, semua lepas segala mesej-mesej yang 100% berjaya psiko hati sendiri sampai HAMPIR yakin bahawa ada jugak makhluk yang sudi nak rapat dengan kau, tiba-tiba orang tu hilang. Tak mesej langsung dalam jangka masa yang agak lama. Kau pun la tak berani nak kacau. Mungkin dia sibuk. Tapi dengan tak semena-mena tiba-tiba mamat yang ko harapkan ada hati sama kau, boleh pulak letak gambar yang 100% in love dengan orang lain dalam fesbuk. Siap ada dah bertunang. Kawen pun ada.

Tak ke kau rasa sakit hati? Rasa tertipu atau dikenakan secara teruk? 

Ihsan dari Google

Remuk tak hati?

Kenapa mesti jadi kat aku? Aku rasa aku jarang nak dump orang, kecuali yang tahap membosankan hidup aku. Walaupun dia membosankan hidup aku, tapi aku dump dier sebab dier ade pompuan lain. Apa kau ingat aku jenis terbuka sangat ke kalo bab nak kongsi kasih sayang? Alangkan belum ada apape ikatan dengan aku dah pasang lain... Alasan dorang adalah aku konservatif sangat. Nak pegang tangan pun tak dapat, tapi couple. Lorhh... Apa punya sempit minda... Kata couple. Belum lagi nikah. Apa hak dia nak pegang-pegang aku? Salah ke aku nak jaga maruah sendiri? Kalo aku tak dump orang, orang dump aku secara diam-diam... Jugak sebab ada perempuan lain. Biar la dorang.

Kalau la CUMA SORANG je dalam dunia ni yang buat aku macam tu... Boleh la nak label aku over-over-over emo. Tapi cemana bila dah lebih dari 5 orang? Salah aku ke? Awal-awal semua cakap sayang aku, simpati dengan aku atas apa yang terjadi kat aku almost 5 tahun lepas, bla, bla, bla, lepas tu siap kutuk kaum sendiri yang buat aku macam tu, bla, bla, bla, dan tiba-tiba terbagi harapan kat aku... At the end, dorang sendiri act macam mamat yang awal-awal dorang kutuk sebab tak hargai aku tu.

Kau tau hati aku dah hancur gila tahap teruk sebenarnya bila wujudnya orang-orang macam ni sampai sumpah aku rasa takut gila nak commit relationship. Fobia. Amat-amat fobia. Sakit. Bila seseorang perempuan tu dah "get used" of being dumped, dia akan jadi kebal.

Luaran orang tak pernah nampak aku menangis sebab hal ni. Ye. Pada aku memang remeh. Tapi sebenarnya aku pun macam PEREMPUAN lain jugak. Apepun aku still perempuan. Ada masa aku touching dengan semua ni. Tapi bukan depan orang la. Cuma sekarang ni too much. Sampai aku takleh nak tahan dan kena luahkan kat sini memandangkan aku tatau kat mana lagi nak luahkan.

Salah ke aku nak hepi? At least ada sikit rasa disayangi oleh orang lain selain keluarga sendiri? Aku tak mintak banyak pun. CUMA SIKIT je. Kalo putus tengah jalan sebab hal-hal lain, ok, aku tak kisah. Aku boleh terima. Asalkan sebelum putus tu dapat la sikit aku feeling-feeling macam orang lain jugak. Sekurang-kurangnya aku yakin sikit orang tu pernah sayang aku. Itu saje.

Sape taknak bahagia beb? Orang gila pun nak duduk dalam hospital bahagia. Tengok? Nama pun bahagia jugak.

Kepada yang lain-lain tu, terima kasih sebab dah berjaya hancurkan selumat-lumatnya hati aku.

Aku sangat menghargai jasa kalian. Terima kasih banyak-banyak supaya lepas ni aku akan jadi lebih kebal dan almost takkan percaya dengan lelaki.

P/S: Lepas ni sape-sape berani nak buat luahan perasaan emo-emo pasal boifren tinggal ke apa, pastikan kisah korang tu lagi dahsyat dari kisah aku kat atas ni. Kalo tak... Memang aku tak layan. Cerita kene cerai dengan suami, aku boleh accept lagi.

Saturday, September 25, 2010

Rubix Cube

Aku sebenarnya banyak keje... Pastu demam plak harini... Plan nak buat apa pun macam musnah je... Melepak berehat dalam umah sambil dijaga rapi oleh Flora. Pandai jugak dia ni nursing orang demam macam aku. Sudahnya dia tido atas aku sebab protes lambat bagi makan. T.T


Lepas tu habis semua plan aku konon-konon nak start buat report thesis, wat assignment yang banyak-banyak seperti dihempap oleh trak 10 tan yang perlu diselesaikan dalam minggu ni, kena antar minggu depan, study untuk test minggu depan semua... Semua tak jadi konon-konon akibat demam. Padahal boleh je kuar naik moto petang-petang pegi pasar malam beli yong tau foo.

Kemudian akibat konon-konon tak larat tahap kritikal akibat demam... Sudahnya melepak sambil meroyan main rubix cube siap cari cara nak solve dalam Youtube. Gila tak gila. Keje lain pulak dibuatnya.

Hasilnya, tadaaa~~!!! Rubix cube yang dah berzaman duduk dalam posisi macam dalam gambar kat atas tu akhirnya dah berjaya disetel dengan riang gembira. Takde short-cut -short-cut ok???



Hahahaha~~!!!!

P/S: Masih takde mood nak proceed buat keje. Sila lempang aku laju-laju sekarang.

Thursday, September 23, 2010

Puaka betul. Kenapa harini baru sedar terlupa register subjek yang 0 credit hours?? Semalam pegi taklimat bayek punye sampai hampir tertido-tido dalam lecture theatre tu, sekali lepas balik rumah bukak portal sebab nak tengok list subjek register semester ni rupa-rupanya tertinggal subjek tu...

Agak-agak kena denda tak? Nak bayar pun tatau celah mana pasal 0 jam kredit.

... Kamu Boleh Janji Tak Ni...??

Ayat paling killer aku dapat petang semalam.

Kitorang mintak extend project tesis kitorang. Masing-masing tengah sarat ngan macam-macam masalah... Ada PIC burner burn laa... Paling haru sekali dengan laptop-laptop pun jahanam. Tu dia dasat tak dasat penangan tesis... Yang aku ni pulak... Give-up tak memasal...

Kalo ikutkan jadual... Lagi 2 minggu je due date untuk present segala nih. Tapi masing-masing mintak extend sampai hujung bulan 10. Sampai lepas final.

Orang lain aku tatau la sembang dengan supervisor cemana... Tapi supervisor aku 50-50... Maklum la... Student yang dier supervise ni kata nak jumpe dier... Jauh sekali ahh... Hahaha... Masing-masing buat hal sendiri je...

So, sekarang ni dia nak kitorang janji. Boleh ke tidak siap 100% functional kalo dorang setuju extend masa. Harap-harap tu siap laa... Hardware aku pun macam... Hmmmmm...

Panjangkan hmmmmm aku tu... Adeihhh... Takpe. Report nanti boleh goreng pasal banyak benda aku kene hadap dalam nak siapkan projek ni...

Oh, tolong la doakan aku habis semester ni jugak. Tak larat dah nak masuk semester depan walaupun aku bukan dalam kategori extend. Tapi mana tahan woiii dari diploma, sambung degree... Pulak tu macam-macam hal bukan-bukan lagi yang datang sepanjang aku diploma ke degree...


Dengan semester ni exam sederet seminggu paper takde kesian-kesian... Harap-harap aku takde nak repeat ke apa...

18/10 - DCS.
19/10 - Paper repeat yang dirahsiakan.
20/10 - Fuzzy
21/10 - ++++ FREE [tarikh ni-2nd year arwah mama pegi] ++++
22/10 - DSP.

Yang aku tatau cuma SE je. Harap-harap tu hujung-hujung jugak la...

Nak keje lepas ni. InsyaAllah kalo takde apape halangan... Ada la kejutan yang menanti. Hehehe...

Tuesday, September 21, 2010


... Taknak cakap banyak... Tolong la sebar-sebarkan... :'(

Friday, September 17, 2010

It's Been A While...

It's been a while
Since I could hold my head up high
and it's been a while
Since I first saw you
It's been a while
since i could stand on my own two feet again
and it's been a while
since i could call you
But everything I can't remember as fucked up as it may seem
the consequences that I've rendered
I've stretched myself beyond my means

It's been a while
since i could say that i wasn't addicted and
It's been a while
Since I could say I love myself as well and
It's been a while
Since I've gone and fucked things up just like i always do
It's been a while
But all that shit seems to disappear when i'm with you
But everything I can't remember as fucked up as it may seem
the consequences that I've rendered
I've gone and fucked things up again

Why must i feel this way?
just make this go away
just one more peaceful day

Its been awhile
Since I could look at myself straight
and it's been awhile
since i said i'm sorry
It's been awhile
Since I've seen the way the candles light your face
It's been awhile
But I can still remember just the way you taste
But everything I can't remember as fucked up as it may seem
I know it's me i cannot blame this on my father
he did the best he could for me

It's been a while
Since I could hold my head up high
and it's been a while since i said i'm sorry 





.... Sorry, entah apasal mood aku bleh jadi kacau-bilau pulak malam ni. Tambah pulak dengan rasa nak demam segala. Clip aku letak ni pun bukan yang official punya pasal aku respect dorang punye embedded disable request. Satgi kene saman kot pitam nak membayar,kan...

Entahhh... Huhu... Patut gembira la kan pasal pegi beraya, jalan-jalan... Pastu besdey anak buah aku lagi... Follower bertambah jadik 150 orang lagi... Hmm...

Maybe sebab internet slow kot... Harghhh~~!!!

Layan je la lagu ni sampai lebam...

Wednesday, September 15, 2010

Balik Kuala Selangor pada hari AHAD~~~

Horeeyyyy~~!!!!!


Mood : Sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat GEMBIRA.

Oh, sekejap. Apa? Tesis?

T___________________T

Nanti remind balik. Sekarang nak bergembira-gembira sebelum terlewat dulu.

Kelas Prof? Boleh kawtim la bagi alasan yang boleh tahan konkrit. Sebab apa??? Kak Zai dengan selamba je bak kata Mark Royston memberitahu Prof bahawasanya beliau stranded dekat Sarawak dan takde tiket nak balik awal. T____T. Best gila. Entah betul, entah tidak. Bukan haritu dia cakap dia beraya di Melaka ke?

So, aku?

Apa alasan aku? Takkan nak cakap sape-sape sakit pulak. Ye lah, dulu Fariz pun yang pakcik dia meninggal pun Prof boleh cakap "That's not my problem" Padahal kira emergency kekeluargaan tu. Tatau la dia cakap takziah ke tidak. Kan tengah sedih tu?

Bak kata orang lain, Prof bukan terima alasan sangat. Tapi alasan Kak Zai tu macam dia accept pulak. Maybe sebab Kak Zai dengan dia sama-sama dah dalam kategori orang-orang tua. HAHA. T____T"

Tolong bagi alasan paling bernas untuk aku berada di tempat kejadian yang kalo aku takde di tempat kejadian, kejadian tersebut takkan berlaku.

Tolong sila. Peluang sampai Ahad ni.

 P/S: Oh, sungguh eksaited nak publish bagitau semua sampai lupa letak tajuk.

Tuesday, September 14, 2010

Aaaa... Malasnye Nak Update...

T________T

Banyak nak citer. Tapi malas pulak nak menaip. Ala.. Malas-malas pun sudahnye dekat 1 page penuh aku membebel.

Raya agak best sebab aku berjaya membuatkan beberapa orang terkejut tengok aku balik kampung rupenye. Apa gila aku tak cukup gagah ok nak tinggal sorang-sorang dekat sana. Nak pulak bila tiba-tiba tadi Thinna antar SMS cakap kelas esok cancel. Sumpah aku malas nak balik. Kelas Khamis pun tengah pikir-pikir nak pegi atau tak. Ye lah. Tak patriotik la kalo tak cuti, ye tak?

Sebenarnye aku sikit geram dengan Prof. Entah la kelas dia Khamis ni wajib atau kelas ganti, tapi aku tetap sikit marah. Ye lah, bagi orang yang tahap mampu macam dia tu, macam la tak boleh tunggu lain kali nak buat umrah. Kalo haji tu aku bleh terima lagi sebab memang ikut giliran pun nak buat haji ni.Ini tak. Nak jugak amik waktu kelas. Sudahnya kitorang free waktu kelas, tapi busy nak ganti kelas waktu weekend.

Tahu la dier tu komited. Tapi agak-agak laa... Lain la dia, umur dah banyak, anak-anak, cucu-cucu, siap bercicit dah yang kena balik umah dia untuk sambut raya. Lagipun dia peduli sangat ke nak balik-balik kampung ni?? Tau la jugak subjek tu penting. Hmm... Rasa berbelah-bahagi tu.

Tapi entah lah. Komplen lebih-lebih pun... Yang dapat gaji triple dia... Sebab buat kelas masa cuti umum. Tapi kat kitorang takde plak nak bagi markah triple kalo masuk kelas dia. HAHAHA... Mesti la berkira, ok???

Hilang sikit mood raya aku bila terkenangkan kelas dia tu. Haish. Berkorban la sikit untuk masa depan. Satu sem ni je lagi. Next semester dah takde kat Unisel dah. Nanti rindu-rindu pulak kat orang tua tu. HAHA...

Ok lah. Kita cerita pasal raya pulak. Raya aku kali ni sungguh best sebab tindakan aku balik kampung naik moto tu mengakibatkan aku tak ditanya dengan soklan cepu-cemas bagi insan-insan yang masih single seperti aku. Lagipun aku tak abes study lagi agaknya. Sebab tu orang pun malas nak tanya. Tambah pulak aku adalah spesis sikit kanak-kanak. Ade ke orang kisah? Raya tahun lepas je aku ditimpa dengan soklan cepu-cemas terbabit. Tahun ni?? Selamaatttttt~~~!!!!

Sayang gila aku kat abang aku. Macam tau-tau je orang nak tanya soklan cepu-cemas tu kat aku. Ye lah, macam tahun lepas... Lepas sibuk-sibuk tanya aku abes blaja bila, mesti dorang sambung dengan soklan berbentuk bila nak kawen... Atau lebih moden, ada bf tak?? Lepas je orang tanya aku bila abes study, abang aku terus potong cerita aku balik kampung sorang diri naik moto.

Sumpah aku rasa popular sekejap walaupun lepas tu berbakul-bakul aku kene bebel dengan sedara-mara. Eleh. Dorang boleh la main sedap cakap je naik bas awam lagi selamat dari aku balik sorang-sorang naik moto...

Sapa cakap naik bas awam tu selamat? Cuba letakkan diri dorang dalam situasi aku. Aku cakap camni sebabnya dah 5 tahun aku guna khidmat bas balik ke Penang dari Kuala Lumpur. Macam-macam dah aku lalui. Dan aku sangat penat nak tunggu orang jemput aku dari stesen bas.

Tahukah korang bahawasanya aku membazir lebih-kurang 8-9 jam untuk balik naik bas berbanding hanya 5 jam untuk sampai betul-betul depan pintu rumah kalo balik naik moto?? Dari segi kewangan pulak, biasanya aku akan habiskan sekitar RM 65- RM 70 kalo balik dengan bas awam. Sekali balik. Pegi-balik je dah RM 140 maksimum. Cuba aku balik naik moto? RM 15 je untuk balik. Pegi-balik baru RM 30.

Cemana aku cakap 8-9 jam tu? Haa... Pasalnye tiap kali aku balik Penang, aku mesti balik dengan POKET KOSONG. So, by the time aku sampai stesen bas, dalam wallet aku cuma akan tinggal RM 2 kebawah. Tak cukup untuk naik bas. Apatah lagi teksi. Tambah pulak bila aku balik sampai Penang pukul 3-4 pagi. Kena kalo time tu abang aku keja malam, aku kene tunggu sampai pukul 7.15 pagi baru dia datang pikap aku kat stesen bas.

Hoii... Sila pikir baik-baik ok... Mujur la time-time camtu takde sape sibuk nak culik + rogol + bunuh aku tau??

Cuba bila jadi kejadian macam tu? Takde dah korang nak baca blog aku lagi kan?

Lagipun setiap kali aku balik Penang je, masa arwah ayah ada pun, mesti at least aku kene tunggu dalam sejam dekat stesen bas tu walaupun stesen bas dengan umah aku tu takde sampai 15 minit perjalanan.

Aku jeles ok dengan orang lain. Macam dulu kazen aku cakap dia datang Penang. Naik bas waktu sekian-sekian, lepas tu nak arwah ayah pikap dia kat stesen bas. Tuuuu diaaaa... Lagi setengah jam bas minah tu nak masuk jambatan, arwah dah bising-bising dah cakap lambat nak pi amik dia... Cuba kalo anak sendiri? Bukan tak pernah aku tipu dia cakap dah sampai kat stesen bas masa aku baru dekat atas jambatan Penang tu. Tapi sudahnye 10 minit jugak la aku tunggu. Point aku kat sini adalah aku benci menunggu.

Aku jadi serik dan sangat-sangat serik untuk menunggu sebab ramai orang tak paham bahasa aku letih, takde mood nak beramah-tamah sibuk-sibuk nak ajak aku bersembang. Lain la topik orang tu hal-hal akademik, aku boleh lagi terima. Ni sibuk-sibuk nak tanya hal personal. Sudahnya aku jawap je aku janda anak 5. Terus diam taknak tanya dah. Padan muka.

Bab tunggu dan bab bajet memang aku takleh nak kompromi. Kenapa tak naik kereta?? Ehh... Korang ade ke sponsor aku amik lesen keta atau beli keta?? Helloooo???

Balik dengan moto actually masa aku lebih fleksibel. Boleh balik bila-bila masa pun. Tau tak haritu balik raya ni aku pack barang 10 minit sebelum aku kuar umah untuk balik Penang? Stylo kan? Ada ke orang nak buat macam aku ni??? Mati la nanti lepas kawen kang kene bebel dengan laki aku. Ehh?? Kawen ke aku nanti? Hak hak hak hak...

Cakap pasal kawen... Aku rasa maybe lambat lagi kot aku ni kawen... Mana taknya, haritu nak tengok Resident Evil: Afterlife pun budak kaunter tu boleh confirm betul-betul dengan Iryani dengan Kak Ana yang aku ni dah lebih 18 tahun. Muka over muda sangat ke aku ni? Kalo nak kata sebab tinggi... Aku rasa aku lebih tinggi sikit dari Kak Ana. Tapi aku yang di-aim-nye. Hampir-hampir jugak tu nak mintak IC. Huhuhh... Cemana ni nak daftar kursus kawen? Nanti tak pasal je pendaftar tu sibuk bahankan aku konon baru habis skolah dah sibuk-sibuk nak pegi kursus kawen. Aku dah 25 ok????

Abang aku dah pasrah dah rasanya bila aku cakap aku kawen lambat lagi. Ye lah. Underage apaaaa.... Hahaha... Sian dier kene jaga aku lagi. Hehehe...

Tengok?? Malas-malas pun berjela-jela entry aku membebel kat sini. Hahaha...

Selamat Hari Raya ke-5...

Wednesday, September 8, 2010

Nah, Kad Raya.



Selamat hari raya semua. Mintak ampun dan mintak maaf sepanjang berblog kat sini. Semoga terhalal la segalanya. InsyaAllah lepas raya tak buat dah.

Heheheehee...

P/S: Tak sabar nak tunggu raya sambil buat kejutan ke atas "mangsa-mangsa" seterusnya.

Biarkan dorang tertunggu-tunggu...

Ahh!!! Tak Tahan!!! Tak Tahan!!!

Konon tamau balik kampung aa kan pasal busy gila dengan cuti yang tak berapa nak cuti.

Sekali masa presentation semalam kumpulan first present punya slide ending letak lagu raya. Sekali dia tarik lagu Mamat. Dah la gila nostalgic lagu tu dengan aku masa zaman-zaman amik SPM dulu-dulu.

Sekali confuse. Nak balik... Taknak... Nak balik... Taknak...

Poji dengan Afif dah iye-iye tanya aku lepas kelas tu aku balik Penang ke tak... Boley la join dengan osmet dorang yang rakyat Penang jugak. Errmm... Takpe la. Aku segan sikit nak join balik ngan orang yang aku tak berapa kenal. Ye lah. Sedangkan classmate aku yang satu kelas tu pun balik Penang tak ajak. Padahal last year punya raya elok je datang umah aku dengan "boifreng" dier. Umah kami pun tak jauh mana.

Oh, lupa. Dia kawan dengan aku sebab "ada sebab".

Balik umah, aku call sepupu aku kat Shah Alam. Sekali dalam kata tak balik tu masa aku lepak-lepak umah dia aritu... Rupanya dia cakap kat aku, dia balik.

Arghhh!!!! Terus la aku pun decide nak balik.

Balik dengan apa?

JONNY!!! Itu je mampu aku pikir. Tiket bas kalau ada pun mungkin dari Klang ke Penang. Yang dari Penang ke Klang?? Ntah-ntah blom tentu ada. Bukan bleh caya tu. Cuti aku dah la super dahsyat. Kelas Prof hari Khamis tu, consider burn. Sumpah aku tak kuat nak tahan tak balik raya. Even actually aku takde sape-sape selain abang aku nak beraya.

Yep. Doakan keselamatan aku. Insya Allah aku akan over berhati-hati di jalan raya nanti.

Alfaizal - Thanks atas nasihat dan segala peringatan awak. Saye tau awak risau, tapi jangan risau sangat, insyaAllah saya ok. =)

Hoh? Skendel baru? Ayookkk... Tatauuu... xP

Sunday, September 5, 2010

Iklan Raya

Sana-sini orang kepoh pasal iklan raya TV3 yang tak masuk akal tu. Tapi iklan tu memang buat orang pening pun. Tambah-tambah yang jenis imaginasi tinggi menggunung macam aku. Mula-mula tu aku sangka imaginasi aku je yang tinggi sangat sampai sangka tu iklan Hari Natal instead of Hari Raya, tapi dalam versi Hari Raya.

Tapi lepas terjah beberapa blog, memang banyak pun benda yang buat imaginasi aku cakap tu iklan Krismas bukan Hari Raya tu ade la betulnye. Memang la kot niat nak kasik nampak 1 Malaysia ke apa... Tapi tu bukan dah tahap 1 Malaysia tu... Tu da macam nak samakan perayaan dah tu.





Iklan Raya TV3 2010

Pada pendapat aku, tiap-tiap perayaan ada identitinya sendiri. Buat apa susah-susah Hari Raya nak tiru style imaginasi Krismas?? Macam identiti Hari Raya selalunya ada cerita pasal balik kampung, salam mintak ampun mintak maaf, budak-budak hepi dapat duit raya, main mercun, pasang langsir, etc.

Atau paling gempak sekali, muka ceria setiap kali tunggu pengumuman penyimpan mohor besar yang feymes tu. Agak-agak nak buat moden sikit, boleh buat style webcam ke apa ke... Still suasana raya. Cuma cara iklan TV3 tu sikit tak masuk akal in terms of takde identiti raya sangat. Entah la kalo aku taksub sangat dengan identiti perayaan ni. Eh, tapi why not aku anggap tiap perayaan ada signature dier seniri kan?? Baru laa sekali pandang, ahahh!! Aku tau... Ni mesti pasal perayaan bla...bla...blaaa... Kan??? Atau korang nak cuba tengok perayaan seperti hari Gawai dalam bentuk Deepavali pulak?

Neway, dalam banyak-banyak iklan raya kat TV kan, aku paling suka iklan ni. Nampak la jugak macam 1 Malaysia. Tapi masa ni kita ada kongsi raya kan??





Iklan Raya Marlboro 1997

Korang camne? Apa iklan raya paling best yang korang suka???

Iklan-iklan Petronas pun best jugak. Tapi takkan la aku nak tempek semua kat sini. So far iklan-iklan Petronas tak pernah spoil mood raya aku dan dalam banyak-banyak iklan Petronas, yang tahun ni punya la boleh buat aku hampir pecah perut gelak. Dengan klasik hitam-putih dia... Haha...!!!





Iklan Petronas 2010

Yep. Arini mood aku layan iklan raya dari layan lagu-lagu raya. Sambil tengok cerita Isabella kat TV3. Oh, rasa sungguh zaman dulu-dulu harini.

Cuma aku sikit musyikil... Apsal dulu-dulu punya iklan pendek-pendek je ha? Sekarang punya iklan... Macam tahap short-film dah. Tapi best kot zaman dulu-dulu. Iklan pun tak banyak sangat kan? Oh, ye... Agak-agak rindu nak tengok iklan lama-lama dekat Youtube, pegi la subscribe cenel Abangcantik.

Rindunya nak sambut raya macam zaman dulu-dulu... Masa duduk kat umah kampung dulu... Dengan sepupu-sepupu... Haihh... Rindunyeeee...~~!!!!

Saturday, September 4, 2010

Kali Pertama Dan Terakhir Buat Kuih Raya.

Lepas arwah mama takde, ni boleh kira ni la kali pertama balik berkecimpung dalam bidang pembuatan kuih raya. Ini pun secara ad-hoc. Jadik assistant je sebab serumah. Sebenarnya yang beriya-iya nak buat kuih raya ni adalah osmet aku tu ha. Ikut hati aku, macam malas-malas je nak tolong.

Konon-konon sibuk nak buat esemen la bagai kan punya la bagi alasan tamau tolong. Last-last melepak sama buat kuih. Macam-macam jawatan jugak rupanya ada walaupun buat kuih paling simple dalam dunia kuih-muih raya. Antara jawatan aku dapat adalah bukak apa benda cup kecik tu, sprinkle-sprinkle gula apa benda yang kecik-kecik kaler-kaler tu, susun kuih dalam tray sebelum bakar la, on plug ketuhar la, jawap call laa, tengok fesbuk, amikkan air untuk chef nak minum la, ngan macam-macam la lagi.

Paling takleh blah adalah part aku gigih bukak cup tu secara susah-payah. Serta sesi aku kantoi tak pandai tiup belon sebab bukak cup tu secara susah-susah. Sebab chef ajar main tiup-tiup je untuk cerai-cerai benda cup-cup tu. Last-last pandai jugak aku cerai-cerai cup tu guna dua jari saje. Cheh! Awal-awal taknak ajar yang tu.

Lepas kejadian buat kuih-muih raya yang baru sejenis tu, aku bertekad...

Tahun depan dan tahun-tahun akan datang, bila dah keje, ada duit sendiri semua, aku akan beli je kuih raya. Main tempah-tempah ikut suka.

Sumpah jemu buat benda yang sama secara banyak-banyak.

Kesimpulannya aku takde la setabah orang lain dalam hal-ehwal buat kuih raya. Jadi aku kagum berabis la dengan orang-orang yang amik tempahan buat kuih raya banyak-banyak tu. Kalo takde orang macam aku ni, sape lagi kan nak beli kuih raya dari usahawati-usahawati yang muncul pada musim raya-raya ni?

Nak tengok hasil kuih raya kitorang?

Bahaya sikit kuih ni. Gambar dia aku cilok dari fesbuk cik osmet.


Takut tak? Takut tak?

Siap seal dengan stiker forensik. Itu je selotep yang ada dalam umah. Selotep lain mana pi entah. Nak kuar pi beli pun, malam sangat dah. 7E kat sini bukan boleh harap nak jual selotep. Time orang nak biasanya dah sold-out.

Sapa nak rasa kuih ni, nanti pi la raya umah osmet aku kat JB nun. Pi kat blog dia mintak alamat umah, okeh?

Thursday, September 2, 2010

Kalau Dah Tau Harga Tak Masuk Akal, Kenapa Beli? [Versi Pandangan Jauh Sejengkal]

Harini aku nak tulis versi pandangan jauh seperti lecturer aku plak. Boleh kata tiap-tiap kali aku masuk kelas dia pun, bukan setakat ilmu subjek tu saja aku dapat... Ilmu-ilmu pasal bisnes, pasal life, kadang-kadang bahasa arab, cara nak berfikir di luar kotak, semua ada.

Dan untuk harini, tiba-tiba dia buat satu statement yang buat satu kelas agak terdiam bila dengar penjelasan dia.

"Apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang baik? Dalam konteks sebuah negara?"

Soalan ni katanya dia dapat masa pegi promote fakulti engineering U kitorang tercinta ni dekat negara sebelah Malaysia.

Orang yang tanya diorang tu jawap balik soalan yang dier sendiri tanya tuuu... Antara ciri-ciri pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memberi rahmat kepada semua rakyat jelata bawah beliau dan segalanya sama-rata.

Serta...

Mengadakan barangan buatan negara terbabit adalah mampu-milik untuk semua rakyatnya.

Wah. Serius terdiam. Mana taknya... Masing-masing tiba-tiba ter-imagine iklan "barangan buatan Malaysia" tu. Harga beratus kot baju tu. Cuba cakap dengan aku, berapa ramai sangat mampu nak beli baju harga macam tu? Dah tu beli satu, boleh pakai sehari je.

Beza kan, kalo beli baju lebih-kurang sama corak, tapi kata laa... Made in Thailand. Dengan kain, semua lebih kurang la. Kualiti je kurang sikit. Tapi at least capai 80% dengan yang asal yang ditiru. Ok la tu 80%. Dah gred A la tu kalo kira exam grade. Lepas tu harga dia tak sampai puluhan ringgit.

Kata la ko ada duit sebanyak nak beli baju yang sehelai tu, tapi ko boleh dapat baju lebih-kurang dengan yang mahal tu dalam 5-6 helai dengan nilai sehelai. Ko nak pakai baju jenis sama, corak lain-lain tiap-tiap hari pun takde sape nak bising. Siap kalo nak buat basahan pun macam takde masalah je.

Senang cerita berapa ramai la sangat nak pakai baju bergaya-bergaya macam tu buat panjat pokok la, aktiviti lasak la segala??? Ok. Tu contoh baju. Kadang-kadang tu tanpa kita sedar, pasal jenama pun boleh buat satu-satu benda tu mahal. Padahal kualiti lebih-kurang je dengan yang original.

Cakap dengan aku sekarang, kalo dari segi pakaian, apa benda yang menyebabkan sesuatu pakaian tu original atau celup. Kalo kata sebab dia made in China atau made in Thailand, macam kita semua tau, sekarang ni kos buruh dari negara-negara tu sangat murah dan efisyen. So, kat mana originality? Nak pulak bila dah kena kuarkan dalam kuantiti yang banyak... Celah mana la originality? Pandang kiri-pandang kanan, semua orang pun pakai benda yang sama. Brand yang sama. Kot-kot kena kaler sama. Hah. Boria sudah.

Lepas tu same goes with gadget elektronik. Trend skang kan tak sampai 6 bulan, mesti kuar latest product. Dulu aku review benda murah-murah dari sudut negatif. Sekarang, sebab persoalan kat atas tu, aku nak review dari sudut positif pulak.

Kita semua tau China adalah negara yang sangat besar dan mempunyai rakyat ramai. Tenaga buruh ramai dan jugak kepakaran imitate balik segala benda-benda yang dah feymes. Hey!! Jangan gelak tau, sebab sebenarnya kepakaran dorang tu sangat hebat. Ye lah... Sejak-sejak aku dah nak abes belajar ni, baru aku sedar cabang engineering ni giiilaaaaaaaaaaa luassssssss... Dan semakin hari semakin mencabar dan tak macam dulu. Kadang-kadang rasa macam apa aku belajar teori-teori ni zaman silam punya dan bila kitorang kena berfikiran kreatif dan kritis dengan teori-teori baru... Sebenarnya orang dah pun invent teori tersebut. Alahaiii....

Lepas tu pulak kan... Dalam kita sibuk-sibuk pelekeh barang-barang dorang, berapa banyak pulak kita mampu nak buat sesuatu yang macam dorang buat sekali gus BUAT BENDA TU MAMPU MILIK UNTUK SEMUA ORANG.

Tambah pulak kalo barang elektronik. Komponen semua makin kecik. Bila dah kecik, jangan la nak berharap jangka hayat dia boleh panjang macam benda besar-gabak zaman dahulu-kala... Dan macam aku cakap awal-awal tadi laa... Sekarang sampai tahap hampir tiap-tiap bulan pun keluar benda baru. Kalo kata henset sekalipun, sapa laaa nak pakai henset sampai 7-8 tahun yang sama?? Setiap mende pun ada expired date jugak.

Oh, ya... Memang aku baru nampak mende-mende tu sekarang.

Dan aku terfikir...

Apa gunanya kita produce kereta sendiri, tapi sebenarnya kereta tu bukan la dalam kategori mampu milik untuk semua rakyat kat sini...

Nak amik lesen kereta pun macam bangsat punya mahal. Aduihhh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...