Sunday, June 27, 2010

When Jonny Met Joni.


Wahh... Macam berkurun lamanya tak update. Pegi Ipoh tu ari ingatkan bleh online... Sekali bleh online gune application dekat dalam henset je. Tu pun untuk online fesbuk ngan twitter je. Merepek kat situ melampau-lampau dia tolak duit bila aku lupa nak buat 1 hour subscription untuk online unlimited. Bila try connect dekat laptop? Dia buat perangai. Tapi bagus jugak, kalo tak, maybe laptop aku jadik cc pulak dekat umah kazen.

Ahaa... Seperti yang terancang dalam entry lepas, bahawesenye aku pegi Ipoh tu bukan saja-saja pegi. Tapi orang cakap sambil nyelam, sambil sesat jalan.Eh, silap. Minum air. Lepak umah kazen aku, pastu on the way nak balik Kuala Selangor ni, siap singgah umah si Huda Luna ni lagi. Sebab nak jumpe Joni~~


Wee... Aku antara peminat Joni. Sungguh teruja dapat jumpe beliau secara live. Heh. Mari tengok gambar-gambar sesi Joni bertemu peminat. Malangnye gamba Huda takde sebab beliau terlalu seksi untuk bergambar. T_____T

Joni dan peminat. Aww~~

Lain-lain aksi hot Joni kat bawah ni haa... Teeheeehee. Tengs la Huda coz sudi gak layan aku yang mengada-ngada nak jugak pegi umah ko pepagi bute. Pukul 9 pagi lebih-lebih tu kire awal la lagi kan? Padahal ko kene siap-siap kot pegi reunion.

Kunon-kunon pening laa kann...

Menyamar jadi bebola berduri.

Next time aku rempit ke Ipoh, aku singgah lain mase ko ade, ok. Yang penting mase Joni pun ade. Heh. Dari jumpe Huda ni aa aku tau menatang apa anointing tu, Joni pandai shuffle, apa lagi? Macam-macam la. Paling penting tak mudah dibuli oleh kucing. xP

Fun gila lah bela hedgehog ni. Rasa nak bela jugak la seko. Sebab aku suka tengok dia jalan terkedek-kedek tapi laju. Bukan aku je, kucing umah Huda pun geram. Tapi tu la, sekali tersentuh hedgehog dier ni, agak menyesal tak sudah jugak la kucing tu. Sudahnya dia balas dendam dengan menggigit kaki aku. Entah apa dia berkenan sangat dekat stokin aku yang agak berbau pasal 2 hari pakai tak basuh tu, tatau laa...

P/S: Huda adalah antara blogger yang ke?? telah aku jumpe. Hmm... Aku dah lupe da berapa ramai blogger yang aku dah jumpe secara personal dan boleh jadik kawan baik. Tolak Cik Osmet dan kawan beliau la. Dorang tu time blaja ni selalu sangat dah dok jumpa. Heh.

3 comments:

Mindbreaking said...

waa comelnya...ada sorang lg blogger yg MM knal pelihara menatang ni...

Huda Luna said...

akhir nye joni bertemu juge dgn jonny

thanks wehh dtg umah aku ^^,

Aslina said...

::mr.mind::

haha...comel kan menatang hedgehog ni?? =) adakah orang yang anda kenal itu adalah orang yang komen selepas anda? atau buah hati beliau mr.sigg???




::huda::

hehe... bertemu jugak la walaupun jarak sikit jauh. maklum la jonny mana boleh masuk dalam umah orang suka-suka hati... hehehehe...