Wednesday, June 16, 2010

Sick... Sicko... Sicky... :'(

Ingat nak update citer pasal durian... Sini kan musim durian... Meriah dengan durian... Sampai stall jual-jual air pun dah bertukar jadi stall durian.

Haih. Punya la mengidam nak air tebu... Sampai pusing merata siap redah road-block lagi... Tapi tak jumpa-jumpa. Air kelapa banyak la. Bosan dah tu air kelapa... Incik Asrul la ni... Tadi dia suruh pegi MPPP kat Pisa bayar cukai taksiran. Siap kirim belikan air tebu. Tapi tu la... Stall selalu-selalu jual air tebu tu dah bertukar jadi stall durian.

Air tebu idaman kalbu. Ihsan dari Pakcik Google.

Semalam Baby ngan Am datang umah. Bagitau makcik Baayah ngan mak andak Che Jah dekat umah mak lang Che Nah. Malas nak pegi. Kepala pun ting-tong semalam sebenarnya. Kalo naik moto semalam confirm jatuh tergolek. Jalan pun tak betul semalam sebab kepala sakit sangat. Macam ada orang dalam kepala main ketuk-ketuk. Sudahnya sembang ngan diorang pun ala kadar... Lepas dorang blah, sambung tido sampai pukul 10 malam. Tu dia... Waktu solat semua ke laut. Memang tido mati. Heh. Mujur la masih panjang umo.

Harini pulak, sebab semalam takleh tido... Jadik berjaga laa malam-malam sebab overdose tido petang. Ingat nak amik sleeping pill je macam biasa. Tapi takde sebab pressure ke apa, macam saja-saja plak amik, tak elok plak. Layan Quran MP3 sampai tertido balik. Lepas subuh kot baru lelap. Sedar-sedar dah pukul 10.30 pagi. Incik Asrul suruh pegi MPPP Pisa. Dan kirim belikan air tebu. Cari punya cari, tak jumpa-jumpa. Dari Bayan Baru, pegi ke Bayan Lepas, pusing balik ke Bukit Jambul. Memang takde kelibat air tebu.

Siap kena hujan renyai-renyai. Sekarang dah selsema, badan pun rasa tak best, asik bersin-bersin, idung merah-merah berhingus-hingus, batuk-batuk ringan, mata rasa bengkak macam panda, kepala ting-tong balik, dan rasa macam nak sambung tido. Sambil tu nak mimpikan tebu. Haih. Nak air tebu jugak, kena tunggu hari Jumaat. Pasar malam. Tapi nanti pasar malam tu aku mengidam ice blended mango plak. Cemana ni???

2 comments:

epalejau said...

haha :) sini banyak air tebu, tapi aku pulak mencari air kelapaa. ;)

ko tak sihat ke? kejap je chat ngan ko tadi. malam aku on9, ko da takde pulaknye. :))

Aslina said...

::hadra::
aku da tepu tengok air kelapa... tu nak cari tebu... tapi tamau malam2 yang jual kat pasar malam tu... nak yang jual tengah-tengah hari...