Wednesday, June 2, 2010

Lepas Ni Aku Tengok Movie Pun Cuma Cerita Melayu Saje.

Heh. Macam jahanam je tajuk kan??

Dengan bangga nak cerita... Sepanjang dah dekat 2 minggu aku duduk di Penang ni... Best betul life aku takde nak pikir pasal belajar sangat, pasal tesis, pasal fakulti punya persatuan tu la semua. Memang cuti abes lah!!

Tambah plak skang ni online pakai broadband Maxis kat umah. Wohhh... Super-duper laju bila datang mood dia nak laju-laju. Aku pun laju je layan movie-movie online takyah download. Heh. Cakap je citer ape... Sampai so far movie-movie dalam top 5 movies dekat Prof's Blog tu, dalam masa 3 hari je aku dah khatam 5-5. Hohohh~~

Ni speed test bandwidth dekat Kuala Selangor nun.


Ni speed test bandwidth dalam Penang ni. Hoho...

Bandwidth speed test ni adalah di amik dari blog Akak Ell kat entry sini. Gigih kot pegi cari balik. So far aku rasa agak puas hati jugak la dengan speed kat Penang ni. Kadang-kadang je macam celaka. Ada masa best.

Tambah plak skang ni Incik Asrul dah menyediakan beberapa kemudahan dalam umah supaye aku takde hati nak kuar berpoye-poye buat reunion dengan kawan-kawan... Sebab dia pun paham kawan-kawan aku tak semua ada masa free macam aku... Antaranya adalah TV baru... Peti sejuk yang penuh dengan macam-macam barang makanan, tunggu masak je... Tapi aku tak kisah pun tu semua... Janji dapat pakej internet yang laju ni pun aku dah suka gilaa...

Ah, lagipun balik-balik kuar dengan Iryani. Balik-balik kuar dengan Iryani. Jiran-jiran aku pun sampai jemu nak jadi busybody tengok ngan makhluk mana aku kuar dating. Dah la sama-sama pompuan. Heh. Nak buat cemana... Tu je kawan aku yang available. Lain-lain semua dah kawen. Malas aku nak menyibuk rumah tangga orang... Kang aku cakap nak kuar ngan kawan-kawan aku... Time tu la sibuk nak hangkut laki, anak semua. Ingat aku tak jeles ke?

Sekarang aku tengah layan movie Prince of Persia The Sands of Time buat kali ke-3. Heh. Sengal tak sengal. Tapi best woo walaupun confuse-confuse banyak sangat ulang-ulang sebab Dastan tu kadang-kadang gatal-gatal tangan nak test sand of time tu. Princess Tamina adalah comel, kuat membebel dan aku suka loghat dia bila cakap. Heh.

Syiok woo layan movie online. Macam layan dvd ori. Takde scene yang kena potong-potong. Takde subtitle yang makan dekat separuh screen macam dalam movie kat cinema. Pendek kata memang syiok habes lah.

Rasa macam takmau balik Kuala Selangor pulak. Heh.

2 comments:

profwacko said...

gila arr... tengok movie direct dari internet tu! laju2..

ko dah tgk sex n the city 2?? best ke?? aku rasa tak best langsung movie tu..

Aslina said...

::profwacko::
tengok... tapi skejap je laaa...
malas aku nak tengok sampai abes... citer orang tua kot... mana aku suka... haha... takde gadis-gadis hot situ. yang da nak menopous ada laa...

pastu cari balik link dia, da tak jumpe da...

lagipun sepanjang ko kenal aku la kan... ko rase aku layan ke citer-citer jenis camtu? kekeke...