Sunday, June 6, 2010

Lagenda Budak Setan

Da tengok movie ini??



Aku sebenarnye bukan la peminat cerita-cerita mellow penuh jiwang-jiwang yang seangkatan dengannya tu. Tapi aku punya la eksaited nak tengok cerita ni sebab aku pernah addict dengan novel dia dulu. Heh. Percaya atau tak dulu aku suka gila baca novel.

Cuma tak macam orang lain la. Orang lain makan berhari-hari baca novel. Aku plak novel tebal gila babi tu biasa aku boleh abeskan dalam masa tak sampai setengah hari. Hoh? Aku adalah jenis manusia yang baca laju-laju. Entah kenapa aku boleh baca semua isi satu page dengan hanya sekali imbas. Siap boleh ingat ayat yang best-best dalam tu kot. Novel je pun. Ko tak payah nak pikir panjang. Lain la kalau suruh baca klausa syarat apape ke. Sumpah sampai setiap perkataan pun aku sanggup siap eja betul-betul takut salah baca/salah paham.

Sekarang ni bagi aku novel? Aku boleh layan Ramlee Awang Murshid punya novel saja. Tu pun separuh hati. Tolong la kembalikan semangat aku baca novel. Komik pun dah kurang sekarang. Aku rasa sangat cacat tiba-tiba. Tu la pengaruh teknologi kuat sangat. Aku lebih suka baca blog. Heh.

Aku takde nak citer pasal sipnosis citer ke hapa. Sebab orang yang baca novel dia mesti da tau jalan cerita cemana. Cuma kalo yang belum tengok cerita ni, aku syorkan pegi la tengok. Tapi untuk orang yang pernah baca novel ni atau yang memang jenis minat cerita jiwang-sedih-tapi-agak-kelakar-dan-sweet je bleh tengok. Overall aku santai jugak tengok cerita ni. Takde la sedih sangat pun aku. Tak macam lelaki lembut sebelah kiri seat aku tu. Siap nangis bertisu bagai tengok Ayu kene pukul. Setakat touching sikit-sikit tu stendet la.

Nak tau kenapa?

Aku syak director dia ni jenis hardcore fan novel ni. Heh. Sumpah setiap scene aku tengok, flow ok, takde tergantung ke apa... Sambung elok-elok je semua macam dalam novel. Paling aku suka adalah setiap scene dalam citer ni adalah lebih-kurang dengan apa yang aku imagine masa baca novel dulu. Cuma hero-heroin la tak bajet pun Farid Kamil dengan Lisa Surihani. Tapi lepas tengok cerita ni, gigih jugak aku pikir siapa lagi yang layak bawak watak macam dieorang tu. Heh. Sumpah sweet.

Dan scene feveret aku, kenapa Kasyah tak suke pompuan jugak telah di visualise dengan baik. Heh. Itu yang aku tunggu-tunggu pun. Kalo baca novel, huh jenuh kot nak imagine pasal tu.

Kelemahan dalam citer ni pun benda remeh-remeh je. Macam, mase Ayu eksiden tu, kalo dia tunjuk cermin kereta pecah berderai cacak-cacak kat muka, pastu claim muka hancur teruk, ok la. Lepas tu time Kasyah tengah sedih-sedih, ape ke letak bunyi efek burung gagak bising-bising banyak-banyak? Sumpah annoying. Lepas tu yang kepala si Ayu terhentak dekat pasu sampai hilang ingatan pun lepas kuar spital takde parut tu beb!!! Aku syak hospital ada sponsor pakai bio-oil. Tu je la bende remeh-remeh yang buat slek sikit.

Lain-lain bagi aku memang sebijik feeling macam baca novel. Sampai ada yang kuar dari cinema tu, terus berazam nak cari novel dia. Aku la salah sorang tu sebab dulu aku ada novel tu. Lepas tu main passing-passing sampai aku tatau ada kat sapa last-last. Dah la novel pemberian ex aku. Nak cari  balik walaupun ex aku adalah gay sekarang.

Hoihh... Bukan senang tau aku nak layan cerita jiwang-jiwang macam ni, tauu!!!

Pendapat aku je lah. Orang lain aku tatau la. Aku pun bukan pro sangat pasal filem ni. Asal ok, pada aku ok lah. Heh. So, aku memang suka cerita ni. Sweet dan babak romantik ke apa jadah dalam ni takde nak buat aku muntah-muntah sebab loya. Semua sweet dan agak gila-gila.

Last word. Aku suka cikgu Loga. Hahahahahaaa...

P/S: Sesape yang jenis hati kaca-kaca, baca novel dia pun dah menangis, awal-awal aku nasihatkan bawak la tisu spare dalam 2-3 kotak.

3 comments:

Ahmad Tajuddin said...

cam aku je ko nih..hahaha,even aku laki tapi aku x pernak boleh pisah dengan novel..hua3...Ahadiat Akasyah punya novel bahasa sempoi gila...minat jugak dengan Ramlee Awang Mursyid especially Hatiku di Harajuku..memang best...skang tengah cuba usha2 novel pembinaan jiwa seperti cinta Andalusia,Ketika Cinta Bertasbih,mELODI Hati,Gersang....


aku pun minat jugak novel jiwang2 nih tp x banyak...sampai lo ni aku duk ulang baca Manisnya Cinta...best syiok..wakaka,...

rammyd said...

pehhh lagenda budak setan ni memang tunggu movie die.. tapi lom tengok ag ler.. huhu

Aku tak tahu ape aku buat kat sini.

Unknown said...

rasa disisihkan bila pembaca novel cam aku tak taw pasal citer LBS

"Aku syak hospital ada sponsor pakai bio-oi"

ten point for that