Friday, June 4, 2010

Harini Adalah Last Day Sekolah Bagi Budak-Budak Sekolah. Esok Start Cuti. Heh.

Dua minggu aku dekat sini, salah satu keje aku adalah amik anak buah aku balik sekolah. Maksud aku yang pompuan tu. Yang lelaki tu biasa nak balik jalan kaki dengan kawan-kawan dia.

Dari pemerhatian aku, anak buah aku yang pompuan tu agak ikut habit aku sikit-sikit. Masa sekolah rendah masa balik umah je mesti jadi antara orang paling-paling last keluar dari pagar sekolah. Aku pun tak tahu kenapa. Dan dia pun lebih kurang. Letih jugak la aku pegi awal-awal tunggu dia. Sekali keluar last-last. Dah la tu sorang-sorang pulak tu. Aku dulu ada la jugak kawan nak balik seiring sejalan. Sape lagi, Hwei Sue dengan May Qi la. Sebab tu tak ramai budak-budak nak kawan dengan aku dulu. Dieorang sangka aku Chinese.

Tapi aku yakin. Nanti dia sekolah menengah mesti ada semangat nak keluar kelas awal-awal. Aku pun dapat semangat keluar kelas awal-awal masa sekolah menengah adalah kerana nak duduk atas seat yang empuk dalam bas. Bosan kot asik kena berdiri je dalam bas. Pegi sekolah, berdiri. Balik sekolah, berdiri. Bas pulak pack macam tauhu sumbat. Haih. Rindu kot zaman berebut-rebut tempat duduk bila naik bas. Kalau kena berdiri, biasa bila pegi sekolah, lalu dekat area-area ada road block, driver bas tu suruh semua yang berdiri tu duduk. Sumpah rasa macam PATI. Oh, zaman dulu-dulu naik bas, driver bas tu kitorang panggil Achek. Tatau kenapa. Tapi semua bas pun sama. LOL! Nanti-nanti aku sambung cerita kenangan best-best naik bas zaman sekolah-sekolah dulu.

Sepanjang masa aku tunggu anak buah aku tadi... Demm!! Budak darjah 6 pun lagi tinggi dari aku. Terus rasa down dan malas nak pikir panjang-panjang dah. Siot betul.

No comments: