Wednesday, June 30, 2010

Award + Tag (?) Lagik... Heh.

Harini tatau nak update apa sebab perut pun nyanyi-nyanyi mintak diisi... Apasal laa selalu time duit limited, time tu jugak la perut buat hal mintak makan macam-macam... Padahal masa ada duit tuu... 2-3 hari tak makan pun takde hal... Tak komplen langsung perut ni. Haih.

Ok la. Proceed kepada award dengan tag. Heh. Baru terhegeh nak buat tag. Padahal dah berzaman dah orang passing tag dengan award tu.

First tag datangnye dari Hadra. Err... Kalo aku copy-paste soklan sekali ngan jawapan ko bley? Malas plak nak taip tiba-tiba. T____T. Tsk. Ok... Ok aku akan cuba gigih untuk menjawap.


1] Adakah anda happy sekarang?

Happy? Boleh tahan happy laa... Kalo sekarang ni... Dia punya feel happy tu kurang memberansangkan sikit berikutan kekurangan duit dalam bank dan juga wallet. Jadi bersabar je la tunggu loan masuk. Bukan untuk enjoy ye... Sepanjang idup aku takde istilah enjoy bila dapat loan. Masuk je loan, terus buat budget. Ye lah, orang lain kot nak enjoy dengan baki loan buat shopping beli baju baru la, kasut, moto, belanja awek... Aku ni nak guna buat beli pakaian dalam-dalam tu pun pikir 100-200 kali. Apa lagi nak enjoy ke arah yang bukan-bukan. Melainkan untuk Jonny. Haih. Tu penting kot untuk keselamatan diri sendiri. Hahahh..


2] Apakah benda yang boleh membuat anda happy?

Laptop tak hang, keje siap on time, Jonny full tank, takde orang ganggu dekat henset, seronok invisible dari orang lain, bila time boleh bawak diri sorang-sorang dalam fakulti tanpa gangguan sebab sekarang jadi macam tekanan pulak bila kawan-kawan baik dah ada, tapi orang-orang yang iye-iye jadik kawan baik untuk semester lepas masih mengharapkan aku lepak dengan dorang. Lepas tu masing-masing dah agak tak sebulu pulak tu dengan kawan-kawan baik aku yang sebelum ni. Haih...


3] Pernahkan anda menerima tag?

Pernah je... Banyak kali dah kot... Maklum la.... Blog ni pun dah berapa kurun dah bertempek dekat sini. Tapi blog cikai-cikai ni just untuk suka-suka je la. Takde la niat nak kumpul viewers paling ramai ke apa. Sapa nak baca, baca je la. Ade aku kisah kalo orang tak nak baca. Tu dia lari topik. T____T


4] Nyatakan warna yang anda suka.

Warna paling suka? Purple. Tak caya tengok je la gelang aku pakai ni. Punya la banyak batu-batu kaler purple kat sini. Dari kecik-kecik lagi suka dah ngan purple ni. Tatau la pasaipa. Tapi suka je la. Tak addict sangat sampai semua benda pun nak letak purple. Ehe. Tapi ada jugak la berangan cincin kawen nanti nak yang ada batu kaler purple. Bukan berlian pun takpe. Janji batu kaler purple.


5] Berikan 9 orang yang anda mahu tag. Sila beritahu kepada orang yang anda mahu tag supaya dapat respond.

Malas nak tag orang. Nanti kena sumpah jadi peti sejuk 3 pintu yang sarat dengan makanan di dalam. Heh.

*Mana no. 6? Aku terdelete kah? Tapi check balik kat Hadra pun takde no. 6. Keh keh keh.*


7] Nyatakan sesuatu tentang orang yang anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpe, asalkan anda happy.

Oh, takde. Terima kasih.


8] Ni soalan cepu emas nih. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?

Sangat-sangat happy dengan apa yang ada. Kecuali tak happy bila duit takde. Sume plan kene pospon. Heh. Lagipun Jonny ada, laptop ada, itu pun dah cukup buat aku happy. Kawan-kawan tu kire bonus la. Tapi kawan-kawan yang ok-ok la. Kadang-kadang ada kawan-kawan pun macam takde jugak. Family pun lebih-kurang je. So, takde efek pun idup. Cukup aa Jonny dengan laptop. Haha. Boifreng takde pun takpe. Enjoy je idup. Keh keh keh.



Second tag datangnye dari Cik Ailebiu. Pun dah berzaman dah. Tapi tag ni sekali dengan award. Jeng-jeng-jeng... Tayang award dulu kat atas baru letak tag dalam scroll di bawah dier. Haha. Poyo je nak display award luar scroll kan? Keh keh keh. Kisah ape aku.


Haa... Amik kau sekali nama dia stalker terhebat tu... Macam tau-tau saja aku suka stalk orang. Tapi memang fun apa stalk orang. Cuma jangan obses sangat la. Nanti orang yang kita stalk tu sedar diri lepas tu start perasan berguni-guni pulak. Tamau-tamau. Kita stalk secara wasatiah. Apa tu wasatiah? Sila bukak buku teks Pendidikan Islam tingkatan 4. Mungkin di situ ada. :)

Jom-jom tengok apa isi tag dia. Boleh aku membebel lagi kat situ. Heh.


1. Bagaimana anda dapat menjadikan blog anda sebagai medan dakwah ?

Err... Susah nak jawap soklan ni... Haih... Tapi ada la sikit kot unsur-unsur dakwah dalam blog aku ni walaupun aku sendiri tak berapa nak betul pun tatacara hidup. Hari-hari nak emo. Emo pasaipa aku pun tatau. Yang penting hari-hari mesti emo. Tapi aku rasa kalo wujud unsur-unsur dakwah pun, maybe nasihat-nasihat yang ringan-ringan (bukan ajak ringan-ringan, ok...) Tu pun nasihat yang ada pun berdasarkan pengalaman aku je la. Mana aku nak tau pengalaman orang lain sebab aku bukan orang lain tu. Lain la kalo pengalaman orang lain tu ada kaitan sikit-sikit secara parallel dengan aku. Secara series takleh sebab huru-hara sangat. Kalo takde kaitan, tu sekadar pandangan aku je. Selain untuk tarik trafik masuk blog, mungkin untuk tujuan publisiti. Heh. Gila lari niat tu. Apa soklan tadi? Pasal dakwah kan? Aku rasa jawapan aku ni dah ke laut pun sebenarnya. T_____T


2. Sumbangan anda selama menjadi blogger ?

Sumbangan aku selama jadik blogger? Aku support Earth Hour. Tu je la. Heh. Paling meriah entry yang tahun lepas punya. Tahun ni aku tak sedar pun Earth Hour bila. Sebab masa tu aku sibuk merayau dengan Fazar kat funfair Kuala Selangor haritu. Langsung tak ingat pasal Earth Hour. Yang aku tau Tesco kat sebelah tu je separa gelap. Tapi funfair tetap meriah. Semua orang bertumpu kat gerai henset tiruan tu. Situ lagi la meriah dengan lampu-lampu.


3. Apa yang anda dapat sepanjang menjadi blogger ? (positif & negatif)

Positif:

  • Dapat ramai kawan-kawan baru.
  • Dari dorang kadang-kadang aku dapat update berita semasa lagi laju dan fun dari baca akhbar online.
  • Boleh tengok ragam orang dan dari situ bleh blaja kenal diri sendiri. =)
  • Ramai sayang aku kat sini. Sob! Sob! Terharu nih...
  • Orang tetap sudi baca walaupun aku meroyan je kat sini.
  • Tekanan perasaan semakin reda bila luah kat sini dari bercerita kat orang secara terus. Oh, aku lebih suka bercerita pada benda yang kurang bagi respon atau benda yang biar aku luah semua sekaligus, hujung-hujung baru kasik komen. Kadang-kadang cerita dengan orang melalui phone atau face-to-face atau YM akan menyebabkan aku makin depress bila aku baru start cerita, orang dah respon. SMS tu another option yang aku jarang nak guna.
  • Speed menaip semakin laju dan tak payah tengok keyboard pun kadang-kadang.
  • Sebab blog ni jugak kadang-kadang aku malas nak kuar bersosial kat luar. Heh.
  • Boleh taip suka-suki hati dan takde sape nak marah sebab tak ikut format, tak formal atau ape je.
  • Rasanya orang lebih kenal aku kat sini dari kenal aku kat luar secara in person. Aku rasa kat sini lebih kepada diri aku sendiri dari realiti. Realiti tu, aku sapa entah. Kadang-kadang kat realiti tu cuma buat-buat hipokrit saje.
Negatif
  • Kawan-kawan kat luar aku dah tinggal yang betul-betul kawan baik saje. Kat fesbuk yang ramai-ramai tu hanya la fatamorgana. Ecewah!
  • Skill menulis aku macam semakin huru-hara. Sebab tulis blog ni ikut suka dan takde format.
  • Aku suka emo-emo kat sini. Buat luahan perasaan.
  • Aku semakin tak berapa pandai nak bercakap dengan orang. Ye lah, masa ko taip, mana ada ko cakap sorang-sorang apa yang ko taip. Jari je menaip sambil mata pandang screen. Siap terbawak-bawak dalam real life sekali kot. Pandang-pandang orang dengan harapan orang boleh baca fikiran aku. Hah. Hampeh bukan?
  • Masa aku habiskan depan laptop saja. Hahahahahaa... Tu pasal makin "comel" tu. T______T


4. Blog yang jenis macam mane (pada pandangan anda) yang anda suka stalk ?

Blog kepada blogger yang fofuler-fofuler je. Heh. Eh, taklah... Tipu je. Blogger yang aku rasa entry-entry dia ada unsur-unsur boleh motivate-kan aku, blog yang jenis personal yang ada cerita sweet-sweet pasal idup dia. Best woo baca blog macam tu. Rasa aduiyai seronok betul hidup beliau. Blog politik kadang-kadang je bila tajuk macam best. Blog-blog orang suka emo-emo pasal life dia macam aku ni pun suka jugak. Syok je baca dia dok kutuk orang. Sama-sama tambah dosa la dengan aku pun. Lepas stalk blog tu biasanya terus aku pegi dekat blog islamik sikit. Selalunye stok-stok ustaz-ustaz yang dah berpuluh tahun jadi ustaz punya blog. Aku kurang berkenan sikit dengan blog "ustaz-ustaz" yang muda-muda nih. Kadang-kadang cara dorang tulis pun emo je lebih. Fikiran tak macam orang-orang lama. Oh, lupe... Kadang-kadang aku terjumpa jugak orang-orang sebaya arwah ayah aku berblog. Tahap tak caya aku orang-orang umur tu blogging lagi. Atau maybe anak dia tolong taip ke apa kan... Tapi maybe tak kot sebab cerita dorang memang sebijik stok-stok arwah ayah aku punya cerita pasal dulu-dulu. Entah. Selalu blog yang aku suka stalk semua aku jadik follower je. Senang nak catch-up cerita baru dorang. Haha. Memang betul-betul stalker aku nih.


5. Tag 5 orang rakan blog anda.
Ini harus aku tag orang sebab ada sekali dengan award.

  1. Kak Syima
  2. Hadra
  3. Huda Luna
  4. Fndrocka
  5. Rezan



Okeh. Selesai sudah. Heh. Sesape yang berkenaan kene tag dekat tag kedua sekali ngan award seperti Kak SyimaHadraHuda LunaFndrocka, dan Rezan... Sile amik ye. Aku malas nak pegi shoutbox korang untuk buat kecoh-kecoh. xP

Tuesday, June 29, 2010

Perempuan Melayu Terakhir

Aku ada sorang "kawan". Dulu aku pernah macam sikit suka tengok cara dia. Sopan-santun, cun, manis, pendek kata memang true la jenis pompuan melayu terakhir, macam Kak Nazia. Dulu dalam kelas pun aku duduk-duduk belakang dengan geng-geng aku selalu jugak curi-curi pandang dia dengan geng-geng dia selalu duduk kat depan. Dengan budak-budak lelaki pun tak berapa campur sangat. Siap budak-budak lelaki pun tak kurang ramainya minat dia dalam diam-diam. Dorang tak berani nak cakap je. Ala, macam la aku tatau. Padahal dengan aku kemain lagi puji-puji melangit pasal minah ni. Dalam hati macam nak berubah jadik macam dia. Dalam diam-diam aku buat dier jadik idola aku untuk lebih ke arah ala-ala pompuan sikit.

Tak lama lepas tu, kami yang pompuan-pompuan satu batch ni cadang nak stay sekali. Maklum la dekat final year pun. Apape senang nak bincang sama-sama. Lagipun pompuan bukan ramai sangat pun. Setakat berapa orang je. Aku siyes la antara paling gembira sebab boleh perhati dia dari dekat. Dalam hati rasa best kot sebab serumah dengan "idola" aku. Konon-konon la.

Tapi bila dah lepas serumah, aku dapati perangai dier yang ayu-ayu dalam kelas tu setakat dalam kelas saje la. Kat umah, phergh. Macam mak tiri garangnye. Lepas tu sikit sombong. Haih. Kenapa la tak sama macam dalam kelas? Semua kontra habis la dengan karakter dia dalam kelas tu. Tatau la nak cover ke apa, tapi aku rasa macam hipokrit. Ok. Tu satu hal.

Lagi satu hal, dalam umah tu pulak kadang-kadang macam puak-puak. Aku je malas nak layan puak-puak ni sebab kos aku pun jenis atas pagar. Dah tentu aku pun kadang-kadang lebih suka duduk atas pagar atau buat je hal sendiri. Tapi bila lepak-lepak dekat bilik geng-geng dier sebab nak servis PC roommate dia, selalunya mesti kuar je dari mulut dia cerita pasal budak umah kami yang bukan geng dia kuar dating. Entah apape je andaian yang dia buat. Aku layan je la suku hati. Baik aku layankan servis PC lebih-lebih kan?

Banyak la yang dia tak berkenan konon dengan couple-couple ni... Tengok gambar aweks-aweks peluk-peluk balaks-balaks pun dia punya reaksi tak suka tu macam tengok najis. Gambar peluk-peluk maybe agak sikit melampau la, kan... Tak heran la dia tak suka. Tapi gambar duduk sebelah-sebelah secara skema pun dia tak suka. Siap bising-bising macam la couple tu tengah buat bukan-bukan. Tak lupa jugak aku pun jadik bahan sebab pernah duduk bergambar sebelah lelaki, eventho aku dengan kawan-kawan aku tu bergambar berempat. Hoih. Hilang hormat kot walaupun sebenarnya dia tu pangkat adik je ngan aku.

Aku pernah cakap, kau tak pernah lagi couple, jangan judge orang lain maha teruk walaupun couple tu sendiri bukan elok sangat pun, baik kawen je terus, kan... Lagi afdhal... Tapi dia tetap jugak nak condemn dieorang semua. Pada dia kenapa perlu sampai macam tu sekali, kan?

Aku jawap la. Mungkin sebab dieorang "terlalu sayangkan" pasangan. So, tande sayang gile muah-muah la tu. Kata trend sekarang, kan... Aku ni jenis ikut trend jugak. Tapi takde hati nak ikut sangat pun. Cuma, kalo kita benci sesuatu, macam tak elok la nak benci lebih-lebih kan? Nanti tak pasal-pasal bende tu berbalik kat kita. Tapi kalo aku yang benci, sumpah aku benci betul. Takde makna dah nak pikir 2-3 kali untuk rasa suka ke apa.

Dan, yes. Benda tu terkena batang hidung dia sendiri. Sejak dia mula rapat dengan sorang lelaki nampak baik ni, ke sana ke sini dengan orang tu saja. Duduk di kelas yang aku selalu lepak-lepak layan blues sorang-sorang tu pun cuma dia dengan lelaki tu. Kalo aku lambat pegi lepak situ la. Aku nak masuk lepak situ buat muka tak malu, segan. Ye lah, ada pasangan hangat bercinta. Duduk pun nak rapat. Bergurau-gurau pun macam dorang saja ada dalam kelas tu. Agak jeles, tapi pointless aku nak jeles pun kan? Heh.

Dulu dia tak suka tengok gambar couple-couple, sekarang dia sendiri pun bila bergambar dengan pasangan tahap macam couple-couple tu. Dekat fesbuk, tempek juga gambar berdua. Pendek kata nampak macam bahagia habis lah. Dan sebab dia manis, selalu jugak la kaum berlawanan jenis tinggalkan komen berbaur nak tekel dia. So, jawapan dia selalu berbaur serius menyatakan yang dia telah berpunya. Aiseh, dia punya tahap confident tu... Memang tinggi wa cakap lu beb!! Siap state rancang nak kawen hujung tahun. Tsk. Aku kalo kapel pun tak pernah ada confident sampai ke tahap tu walaupun pernah bincang pasal kawen apa jadah semua, selagi pasangan aku tu tak confirm nak suruh parents dia meminang aku. Eleh, kapel je pun. Banyak kemungkinan untuk kecundang tengah jalan sebab ikatan tak berapa nak kukuh. Alangkan pasangan artis yang kita tengok bahagia gila kawen pun boleh cerai talak tiga, ni kan plak baru berjinak-jinak kapel.

Then satu hari tu tak semena-mena dia contact aku. Mintak nombor tepon si kawan baik aku. Katanya ada hal penting. Aku pun takde la nak banyak songeh tanya berapa penting urusan dia dengan si kawan baik aku ni. Sebab kami semua sama-sama kenal dia, so aku dengan bodoh dungunye bagi la kedua-dua contact number si kawan baik ni dekat dia.

Tadi, masa pegi kelas tu, aku jumpa si kawan baik, dia tanya aku, kenapa aku bagi no. phone si kawan baik ni dekat "kawan" aku tu. Aku cakap la ape salah kan sebab kami semua kawan-kawan, sama-sama kenal, lagipun katanya penting. So, apa masalah kan?

Rupanya si kawan baik aku tu memang trauma + fobia berabis dengan minah tu. Tau kenapa? Sebab si kawan baik aku ni satu umah dengan buah hati pengarang jantung dia. Tahap selalu jugak call si kawan baik aku ni semata-mata dengan tujuan si kawan baik aku ni bukak loud speaker masa minah tu call kawan baik aku dan dalam masa yang sama call jugak boifreng dia untuk pastikan enset boifreng dia berbunyi dan dia boleh dengar menerusi loud speaker henset si kawan baik aku tu. Wah strategi dia kalah strategi main bola.

Gile aku tatau pun sampai ke tahap macam tu dia nak contact boifreng dia. Si kawan baik aku tu pulak, asal enset bunyi ringtone orang calling-calling je, masa nak tengok screen sebelum jawap tu katanya hati cukup berdebar-debar nak tau sapa call. Kalo minah tu, dia terus cepat-cepat cakap dia dekat luar walaupun dia tengah main DOTA dalam umah. T_________T. Kesian si kawan baik aku. Terasa menyesal pulak bagi no.phone dia dekat minah tu.

Aku tertanya-tanya jugak. Kenapa sampai kena guna si kawan baik aku? Kawan baik aku cakap, dengar citer dier dengan boifreng dia dah clash dan boifreng dia memang takkan jawap phone dia. Kawan baik aku cakap lagi, boifreng minah tu dengan kawan baik aku tu pun agak saling tak rapat sangat, so, macam watpe dia nak sibuk-sibuk hal relation dorang, takkan all the time kena cakap, "Wey, awek ko call ni. Dia nak cakap dengan ko." Annoying bukan?

Baru aku tau clash ni rupanya perit. Tambah plak bila kena tinggal tanpe penjelasan dan takkan ada apape penjelasan. Memang sadis gila ending dia.

Banyak lagi la rupanya aku kena belajar kalo nak jadik ala-ala pompuan melayu terakhir macam "kawan" aku tu. Selama ni aku kalo kene dump dengan ex-ex boifreng aku pun, aku boleh buat party besar-besaran untuk pelepasan satu beban dari otak. Sikit cacat aku kat situ. Memang lari habis tune "keperempuanan". Sebab tu budak-budak kelas suka cakap aku ni "half-half". Haih.

Complicated jugak jadi pompuan ni kan?

Monday, June 28, 2010

Dilemma Sekarang.

Duit yang ada since balik dari Penang haritu hanya berbaki RM 83.30. Thanks la duduk Ipoh kawan-kawan kazen rajin nak belanja makan. Sungguh memahami dieorang. Uhukk... Aku terharu. Sobs!

Sekarang, err... Tadi, pegi kelas la konon-konon dalam kul 10 lebih, kelas pukul 10.30 pagi, dan macam takde, masa bawak Jonny tu, rasa lain macam. Handle asik goyang dengan nak belok pun macam huru-hara. Bawak la 80 km/j je dengan muke paling bosan lagi menyampah ke kelas sebab takleh speeding lebih 100. Takut terbabas, satu hal pula masuk hospital.

Sampai kat fakulti, tengok tayar macam ok, sebab Incik Asrul cakap, kalo bawak moto goyang-goyang sikit tu tanda tayar tak cukup angin. Time nak balik tu Mark cakap tayar blakang kena pam lain, dia rasa kurang angin. Ok. Gegas la pegi pam angin. Tapi all the way balik Kuala Selangor, handle masih jugak huru-hara. Mungkin aku tak reti pam sendiri. Heh. Memang tak reti pun. Bawak la 80 km/j balik dengan muke masih bosan sebab takleh speeding.

Sampai je kat kedai tayar tu, confirm la tayar Jonny bocor. Huhuhh... Patut la dengar bunyi macam ular masa pam tadi. Rupanya tayar bocor. Kecik je bocor pun. Dah tampal. Balik umah dengan senang hati. Tapi tadi belek-belek tayar tu balik, sekali nampak macam rekahan kecik. Uhh... Apa merekah-merekah pulak ni...

Lebih kurang sama besar ngan skru atas no plet tu je. Kene risau ke? Ke tak payah?

Haih... Cemana ni? Tukar tayar je RM 55 untuk 1 tayar BETUL-BETUL TUBELESS, kalo murah kadang-kadang selambe kedai tu tipu, tu belum campo bende lain nak servis sikit sebab lepas balik tu 1001 hal bende longgar-longgar dengan ada yang kene tukar sikit-sikit. Tubeless kalo buat hal memang lahanat jadinye hidup. Nanti nak makan lagi. Ok lah. Anggap makan tu tak berapa nak penting. Nanti nak isi minyak moto lagi. Full RM 5 tahan la untuk ulang-alik pegi kelas sebanyak 3x. Dalam erti kata lain, 3 hari RM 5. Jangan gatal-gatal nak suruh aku pindah umah. Sekarang aku tak cukup duit langsung untuk bayar even deposit umah kalo umah baru. Nasib baik la tinggal dengan Cik Osmet ni, nanti bila betul-betul loan dah masuk je, baru bayar sekali lump-sum untuk satu semester (5 bulan sekaligus). Ada korang jumpe osmet baik tahap macam ni? Ada? Ada? Ada?

Bukan tak try mintak dengan Incik Asrul. Pagi tadi dah antar SMS nak RM 50 sebab nak beli seluar 2 helai buat spare pegi kelas. Entah apa angin merasuk seluar tu sampai semua pun zip nak rosak. Siap reput-reput gugur dia punya besi-besi kecik tepi-tepi tu. Zip semua dah separa togel. Sekali Incik Asrul balas, tunggu nanti 1 Julai buley ka?? Ok. Tak payah nak buat-buat simpati ke apa. Dia pun kekurangan duit. Gaji dia masuk betul-betul hujung bulan. Tak macam government, 25 hb tiap-tiap bulan dah masuk. Baru mintak RM 50 tu. Belum lagi mintak RM 1000. Mau pitam dia berbuih-buih nak reply balik SMS.

Loan bila masuk ah??? Cepat-cepat la masuk wahai loan... Banyak bende penting nak dibuat dengan loan ni... Lebih-lebih lagi bila melibatkan soal keselamatan diri sendiri atas jalan raya.

Ada sapa-sapa kat sini tau tak, tayar moto tubeless tampal selalu bleh tahan berapa lama sebelum kene tukar baru dengan condition tuan dia gila speeding sampai kadang-kadang lupa keadaan tayar yang sebenarnye tahap nyawa-nyawa dugong tu. Tayar bermasalah adalah tayar belakang.

Sile komen, tengss...

Cukup-cukup la membebel kat sini. Huu...

Sunday, June 27, 2010

When Jonny Met Joni.


Wahh... Macam berkurun lamanya tak update. Pegi Ipoh tu ari ingatkan bleh online... Sekali bleh online gune application dekat dalam henset je. Tu pun untuk online fesbuk ngan twitter je. Merepek kat situ melampau-lampau dia tolak duit bila aku lupa nak buat 1 hour subscription untuk online unlimited. Bila try connect dekat laptop? Dia buat perangai. Tapi bagus jugak, kalo tak, maybe laptop aku jadik cc pulak dekat umah kazen.

Ahaa... Seperti yang terancang dalam entry lepas, bahawesenye aku pegi Ipoh tu bukan saja-saja pegi. Tapi orang cakap sambil nyelam, sambil sesat jalan.Eh, silap. Minum air. Lepak umah kazen aku, pastu on the way nak balik Kuala Selangor ni, siap singgah umah si Huda Luna ni lagi. Sebab nak jumpe Joni~~


Wee... Aku antara peminat Joni. Sungguh teruja dapat jumpe beliau secara live. Heh. Mari tengok gambar-gambar sesi Joni bertemu peminat. Malangnye gamba Huda takde sebab beliau terlalu seksi untuk bergambar. T_____T

Joni dan peminat. Aww~~

Lain-lain aksi hot Joni kat bawah ni haa... Teeheeehee. Tengs la Huda coz sudi gak layan aku yang mengada-ngada nak jugak pegi umah ko pepagi bute. Pukul 9 pagi lebih-lebih tu kire awal la lagi kan? Padahal ko kene siap-siap kot pegi reunion.

Kunon-kunon pening laa kann...

Menyamar jadi bebola berduri.

Next time aku rempit ke Ipoh, aku singgah lain mase ko ade, ok. Yang penting mase Joni pun ade. Heh. Dari jumpe Huda ni aa aku tau menatang apa anointing tu, Joni pandai shuffle, apa lagi? Macam-macam la. Paling penting tak mudah dibuli oleh kucing. xP

Fun gila lah bela hedgehog ni. Rasa nak bela jugak la seko. Sebab aku suka tengok dia jalan terkedek-kedek tapi laju. Bukan aku je, kucing umah Huda pun geram. Tapi tu la, sekali tersentuh hedgehog dier ni, agak menyesal tak sudah jugak la kucing tu. Sudahnya dia balas dendam dengan menggigit kaki aku. Entah apa dia berkenan sangat dekat stokin aku yang agak berbau pasal 2 hari pakai tak basuh tu, tatau laa...

P/S: Huda adalah antara blogger yang ke?? telah aku jumpe. Hmm... Aku dah lupe da berapa ramai blogger yang aku dah jumpe secara personal dan boleh jadik kawan baik. Tolak Cik Osmet dan kawan beliau la. Dorang tu time blaja ni selalu sangat dah dok jumpa. Heh.

Friday, June 25, 2010

Akibat Menonton Time Warp Berlebihan.

Aku suka fizik. Aku suka tengok "physics action" dari yang biasa-biasa sampai la tahap extreme yang kadang-kadang tak terjangkau akal. Speeding pun aku suka. Bukan setakat speeding kenderaan je... Semua benda kalo bleh speed pun aku suka tengok.

Tapi aku tak sangka susun cawan pun boleh kira speed dan siap jadik sukan lagi. So far, ni la kegemaran baru pasal speeding. Bak tagline Mr. Ahamed Khan dalam kelas MCS dulu, "Mind your speed, man!"




Ini pertandingan betul-betul punya...

Cuba tengok yang ni pulak.




Siyes aku pun tak boleh buat camni. Huhu... Masa ni umo dia 4 tahun. Tahun ni dia 5 tahun. Mesti lagi super cekap... Pherghh...

Ehem... Ehem... Etensyennn!!!


Ini Jonny. Dalam versi blink-blink. Paling star dalam blog ni. Ini gambar agak lama. Masa tu parut dia semua aku cover dengan blink-blink ini. Saja je ni. Short update. Petang nanti (skang pun da masuk ari Jumaat, kan?) aku dengan Jonny akan redah Ipoh. Maybe stay sana sampai pagi Ahad, lepas tu baru balik ke Kuala Selangor untuk teruskan misi berani-mati sampai hujung tahun. 

Sapa-sapa warga Ipoh Mali yang teringin nak berkenalan dengan Jonny atau bergambar dengan beliau, sila la buat appointment awal-awal dengan tuan Jonny ni.

Machaaa~~!!! Esok-lusa kita dating, jommm~!!! Lu blanja gua ahhh...

Juga dalam perancangan nak jumpe tuan Joni spesis yang ini. Insya-Allah kalo takde apape hal.



P/S: Huda, aku rompak header ko. Kire lebih-kurang halal la eh? Heh.


Wednesday, June 23, 2010

Salah Ke Kalo Pentingkan Diri?

Kadang-kadang aku tak paham dengan sesetengah orang yang suka sangat gune "seniority" sebagai alasan untuk suruh buat apape pun. Padahal bukan tak boleh nak buat sendiri satu-satu hal tu...

Contoh cuci pinggan laaa... Aku emo betul kalo ada pinggan berlonggok-longgok dalam sinki, bukan aku yang buat sebab time makan haram tak ajak aku, tiba-tiba rileks je biar sampai berhari-hari... Sudahnya aku yang kena cuci. Bukan berlaku kat umah sewa je... Tapi kat umah sewa ni lain citer la sebab yang tukang sepah tu selalu ajak aku makan sama-sama... So, tak kisah sangat la kalo nak kene cuci sekalipun...

Tapi ni kat umah ni... Beli/masak bagai nak rak... Dah siap pun kadang-kadang bukan nak ajak makan sekali ke apa... Dah makan semua pastu takde hati nak basuh... Aaa... Sendiri makan, sendiri la basuh... Haih... Aku sebenarnye pantang betul tengok pinggan/periuk ke apa kalo lepas masak, dah masuk dalam mangkuk ke apa pastu biar tak berbasuh. Kalo tengah rendam tu tak kisah la lagi... Tapi biar kosong tak basuh...

Gambar hiasan - Kredit to Pakcik Google.

Kalo arwah mama ade tu... Sah-sah dari pagi sampai ke malam dia bebel. Bagi arwah, takde alasan nak biar pinggan-pinggan/periuk-periuk tu tak berbasuh. Bukan letih sangat memasak pun... Lain la masak untuk 150 orang makan, pakai kawah... Tu sumpah la penat... Ini kalo setakat 2-3 orang makan, lepas tu alasan biar kat dalam sinki sebab kena duduk sama-sama dekat meja, konon orang dah tak sabar-sabar nak makan. Padahal takde sape pun lagi kat meja tu... Ada je masa untuk kemas dulu pekakas yang dah guna semua... Baru duduk makan-makan ramai-ramai...

Aku betul-betul tak paham laa... Tak semak ke tengok sinki semata-mata konon kelam-kabut nak hidang makan, lepas tu kena duduk makan sekali? Pastu dah abes makan pulak, orang-orang yang makan tu pun terus longgok-longgok pinggan dengan sisa-sisa lauk dalam sinki? Macam la takde tong sampah nak buang sisa-sisa dulu semua tu... Buat perangai macam tetamu, padahal dalam umah sendiri...

Lepas tu bila "sorang kambing hitam" yang sentiasa kene suruh cuci pinggan ni start buat baik hati mencuci pinggan, tau pulak nak marah orang tu, komplen sinki takung air. Padahal dia pun 2x5 buat sinki takung air tu tak sedar. Tak nak plak marah diri sendiri. Selalu nak salahkan orang. Padahal orang tu dah cukup baik dah TOLONG nak basuh pinggan/periuk dalam sinki yang banyak-banyak tu.

Aaa... Tak paham aku perangai orang camtu. Sebab tu la aku lebih suka buat hal sendiri je dalam umah. Nak tegur, taknak tegur, baik jangan tegur aku sebab aku akan buat-buat tak dengar je kalo bukan salah aku. Sekarang memang aku pentingkan diri. Penat-penat jaga hati orang, dah lama dok ikut cakap orang, ada orang amik kisah pasal aku? Amik kisah pun kadang-kadang je.

Best jugak jadi "orang asing" dalam umah sendiri. At least aku tak perlu susah-susah nak amik tau hal orang lain lagi dah. Aku cuma akan amik tau hal orang yang amik tau pasal aku je. Jangan tanya lebih-lebih, aku tak suka.

Haih... Kenapa la kalo cuci pinggan je balik-balik aku yang kene?

P/S: Mesti menyampah kan, kene basuh pinggan pun nak kecoh... By the way, memang aku sikit tak puas hati sebab selalu mesti aku yang kene buat, padahal orang lain yang makan atau lebih teruk, ajak aku makan sekali pun tidak... Lain la kalo aku keje kat kedai makan. Annoying, ok?

Tuesday, June 22, 2010

2010 Action Movies

Aku rasa dalam tahun 2010 ni macam banyak je action movies yang menggegarkan panggung wayang. Aku ni adalah antara manusia yang memang minat gile dengan action movies ni (baca : pengaruh Incik Asrul).  Nampak je aku ni macam bajet comel, kiut, harmless... Anyway, dalam hati ada bom nuklear, sapa tau kan? Hoho...Tapi berape kerat je la action movies yang aku boleh tengok kat cinema. Maklum laa... Tahun ni laa final year... Tahun ni la "bajet ketat" sebab takleh mintak duit tanpe sebab.

Pastu mana-mana movie yang trailer dia best, sempoi, yang aku tak sempat tengok, pulun jugak tu download, padahal tak sedar diri harddisk dah semakin penuh. Cuma dalam banyak-banyak action movies yang aku dah tengok, aku paling suka The A-Team. Sumpah sempoi.


Cuma lepas tengok The A-Team tu, aku rasa bosan gila tengok action movie lain yang aku download sebab tak sempat tengok kat wayang. Contoh movie yang masa dia kuar dulu ada orang dok kepoh-kepoh kata best la bagai, iaitu The Losers... Memang loser betul aku tengok citer tu lepas tengok The A-Team tu.

Haih. Nak buat macam mana... Haritu ada masa layan citer-citer action yang stok-stok epic movie macam Prince of Persia, Clash of Titans, Robin Hood semua tu... Lepas tu entah apa benda entah buat aku sibuk sangat sampai nak main game pun takde masa... Ohhh... Sebab sesi guna laptop secara bergilir-gilir... Hahaha... Lupa plak kan balik cuti ni, laptop adalah harta yang kena kongsi secara beramai-ramai...

Sumpah ngantuk layan citer merapu The Losers ni...

Action Movies for 2010 (English) - List ni ikut bulan tayangan. Bukan ranking. Harap maklum.
(source : Top 30 Best Action Movies Of 2010 | Movie Moron)
  1. Green Zone (March 2010)
  2. Clash of The Titans (April 2010)
  3. Repo Men (April 2010--> Kat sini August 2010 plak)
  4. Kick Ass (April 2010)
  5. Machete ( Tukar release date ke September 2010 plak)
  6. Iron Man 2 (May 2010)
  7. Robin Hood (May 2010)
  8. Prince of Persia: The Sands of Time (May 2010)
  9. Killers (June 2010)
  10. The Losers (June 2010)
  11. The A-Team (June 2010)
  12. Knight & Day (July 2010)
  13. The Last Air Bender (July 2010) --> nak tengok walaupun aku tak suka katun dia
  14. Predators (July 2010)
  15. Inception (July 2010)
  16. The Sorcerer’s Apprentice (July 2010)
  17. Salt (July 2010) --> Ni pun aku tunggu gak. Heh.
  18. The Expendables (August 2010)
  19. Takers (August 2010)
  20. Warrior (September 2010)
  21. The Eagle Of The Ninth (September 2010)
  22. Red (October 2010)
  23. Unstoppable (November 2010)
  24. Harry Potter and the Deathly Hallows: Part I (November 2010)
  25. Faster (November 2010)
  26. Red Dawn (November 2010)
  27. The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader (December 2010)
  28. The Mechanic (December 2010)
  29. Tron : Legacy (December 2010)
  30. The Green Hornet (December 2010)

Yang takde garis tu aku blom tengok lagi. Heh. Lepas tu yang dari July sampai December tu aku tak sure plak kalo masuk dalam cinema kat sini atau tak... Alaa... Kalo takde bleh je download kan???? Chinese ngan tamil movies plak takde dalam list ni... Tapi bukan bermakne dorang tak best tau... Heh. Cuma tatau nak selit celah mana... Sebab aku pun Google je list ni. Google mana ada prinsip 1Malaysia macam aku. Agak-agak bosan, cerita stok padayappa pun jalan je takde hal.

Cemana laa aku nak pulun grad tahun ni? Movies tu semua tempting betul... Cemana aku nak concentrate nih? Haih!!

Sapa nak ajak/join aku tengok movies macam dalam list ni, sile inform awal-awal. Yang tak payah inform cuma Cik Osmet je. Sebab dia selalu heret aku pegi cinema terus tanpe banyak soal.

P/s I: Karate Kid bukan action movie eh? Apsal takde dalam list? Tapi elok laaa... Aku tengok citer tu pun guna tiket kanak-kanak je. Takleh nak consider action movie sangat. Apape pun memang best la Karate Kid tu. Jaden Smith cool macam ayah dia, Will Smith. Heh!

P/s II: Citer Ong Bak 3 pun gampang best. Err... Tapi blom kuar lagi... Aku tengok Incik Asrul beli yang dekat pasar malam tu. Gambar sikit blur pun, tapi masih best. Ngehehe.

Monday, June 21, 2010

Bengong Buat Aku Teruja Seminit. Nak Tarik Orang Pun Agak-Agak Laa...

Bukak YM, lepas tu ada notification pasal email masuk. Bukak la mailbox. Tu diaaa... Tak caya aku tengok Dato Dr. Fadzilah Kamsah sudi antar email kat aku. Punya la teruja bagai...


Mau tak teruja tengok macam ni? 

Sekali rupanya scam sudahhh... Kreatif betul cara orang-orang ni nak tarik orang la apa jadah pakai teknik spill-over la apa benda pasal skim cepat kaya tu. Yang jenis cari kaki-kaki ramai-ramai tu... Entah apape. Ramai lagi ke masih percaya benda ni?


Dapat kat aku memang tak selamat laa... Takde makne aku nak kabur-kaburkan apa benda email dia tu... bukan ke dia sibuk-sibuk sangat nak promote mende ni? Sesape yang minat nak kene tipu boleh la pegi link tu... Adoiyaiii...

Tak paham betul aku benda-benda ni... Kalo semua dah jadi downline... Kalo join, sape plak nak jadi downline dia? Upline sengih-sengih la sebab downline bodo... Masuk suka hati je ramai-ramai... Dia tak payah susah-susah dah nak cari downline lagi sebab untung selalu masuk kat dia...

Woiii semuaaa!!! Tak sedar-sedar ke mende ni sejenis skim piramid? Ada jugak ke yang percaya lagi? Huhuhhh... Tolong laahhhhhh celik sikitttt~!!!

Aku Dan Kenangan

Semalam ke hari ni hari bapa? Confuse sudah...

Tahun lepas aku assume 21 June hari bapa. Siap kuar lagi entry ini sehari sebelum tu. Masa aku taip tu kan, kemain excited lagi aku nak call dier kat umah pada 21 June dan nak wish selamat hari bapa sambil *ehem* berkias sikit *ehem* duit aku da ade pade paras minimum sebab 22 June tu aku nak kuar dengan sepupu aku pegi Ipoh.

And I did. 21 June aku dengan hepi-hepi call dia wish selamat hari bapa, tapi agak tak berapa nak berjaya berkias pasal duit tu. Ok la dier kasik RM50 jek. Takde hal. Lagipun minggu tu sebenarnya aku free gila. Cuti ke apa aku pun tak ingat. Short semester mana ada cuti. Tapi ramai yang buat hal sendiri... Lambat lagi nak present project pun. Kata buat kat kedai. Diam-diam duduk tunggu sampai siap, ok lah. xD

Haha. So, 22 June cik kazen pun datang la menjemput. Kitorang pegi KL dulu, dan terserempak ngan membe-membe. Breakfast ramai-ramai semua, pastu masing-masing pun bawak la haluan sendiri. Tak lama dalam pukul 10 lebih sikit, masa tu aku tengah bergelak sakan ngan kazen aku, tibe-tibe abang aku antar SMS cakap arwah ayah dekat spital. Kritikal. Aku kaku. Pelik. Cemana masuk spital nih? Tak caya gile aku. Dia tak reply.

15 minit lepas tu dia antar SMS ayah aku da takde. Aku tanye dier balik, dier tak buat lawak, kan? Huuu... Terus-terus aku menangis dalam keta. Cik kazen da tentu cuak apsal aku tibe-tibe bley menangis dalam keta... Aku SMS dekat osmet aku cakap ayah aku da takde. Sempat kot nak pinjam duit. Huhuhu. Kazen aku pulak memang ade hal dekat Ipoh. Plan asal aku adalah nak lepak ngan dier laa sambil pegi jumpe kawan-kawan lain dekat Ipoh tu... Tapi, sebab dier memang ade hal, so, dier antar aku ke stesen bas kat Ipoh tu untuk balik Penang terus. Haih. Terus la perjalanan ke Penang.

Tapi mase on the way ke Penang tu, tak berenti-renti aku SMS abang aku tanye status arwah cemana... Sebab dier meninggal sebab eksiden. Dalam hati aku, aku betul-betul blur masa tu. Ye lah, tak expect langsung sebab sehari sebelum tu aku siap gurau-gurau lagi dalam phone. Takde mende pelik pun berlaku...

Tapi ajal maut di tangan Allah, kan?

Kenangan yang tinggal tahun lepas. Masih ada lagi tahun ni.


Tiap kali balik, mesti aku pandang je basikal ni. Banyak sangat memori yang ada dekat basikal ni. Lebih-lebih lagi memori dengan arwah.

Selamat hari bapa. Al-Fatihah.

Saturday, June 19, 2010

Babi Atau Kapel?

Credit to Oh! Islam

Simbolik bukan? Aku tujukan gambar ni buat pasangan-pasangan couple yang sibuk-sibuk dok kutuk aku yang masih single dan malas nak kapel. Juge buat lelaki-lelaki yang cop aku jual mahal, andartu, tak laku sebab malas nak layan permintaan dorang nak kapel. Bukan ada faedah pun. Setakat nak try-try tu... Kirim salam la derr... 

Kapel sebab nak test market? Maybe aku layan la sekejap. Bagi orang tu rasa perasan berbakul-bakul... Lepas tu, malas dah nak layan orang perasan gampang macam tu. Bajet bagosss...Tak serius, takde makna la derr...Rela aku sorang-sorang sampai mati dari ada pasangan, tapi setakat nak seronok-seronok, tak serius, takde hala tuju mase depan. Atau macam aku dulu... Ikut trend. Dah la umo makin naik. Heh.

Dan sebab tu jugak la aku dengan housemate aku adore gila dengan babi. Babi tu comel apa. Terpegang pun bleh samak. Kalo ko "terpegang" bukan muhrim? Maksud aku pegang yang lebih dari pegang laa... Pegang tangan pun termasuk. Maybe jawapan simple, boleh bertaubat lain kali. Tapi kalo tak sempat taubat? Tiba-tiba mati kene langgar treler lepas balik berseronok-seronok dengan aweks. Hah!

Dalam gamba tu pun terang-terang dia cakap MELAYU. Ah, nampak sangat la melayu je suke sangat kapel-kapel ni... Tak kapel, kena kutuk. Takde bahan lain kot. Kadang-kadang area umah aku kat Penang ni, mak ayah macam bangga pulak tengok anak-anak pompuan diusung dating ke hulu- ke hilir dengan pasangan masing-masing. Aku yang kuar sama-sama pompuan ni, dorang pandang-pandang sambil bisik-bisik. Aduh, tak paham aku. Heh. Mujur la aku boleh kira melayu celup-celup. Sikit rojak la sebab family aku macam-macam mix dia. Haih, ape la nak jadi ngan melayu-melayu ni.

Kalo kat campus tu, aku pun rajin jugak la lepak-lepak dengan lelaki, dah kelas aku majoriti lelaki kot. Tapi kalo tak lepak ngan dorang pun, aku lepak dengan osmet aku dengan kawan-kawan dia. Dating-dating tu jarang sekali lah. Haha. Itu pun dating dengan best-best fren. Mana pernah aku nak dating secara serius? Haha. Tu pasal ex-ex aku semua tak berkenan. Dorang typikal sangat la. Perlu ke kalo dating nak pegang-pegang tangan, peluk-peluk bagai? Dah la takde ikatan. Uhh... Geli.

Aku rasa kadang-kadang aku rela mengaku aku Islam/ Muslim dari nak mengaku aku melayu. Heh. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Marilah sama-sama kita perbetulkan diri dan perbetulkan apa yang tak betul. Aku pun masih banyak perkara dalam diri nak diperbetulkan. Maklum la kan... Kita ni nak hidup sampai bila ye tak? Entah esok, entah lusa, ajal datang menjemput. Sape tau kan?

Friday, June 18, 2010

Sebab Tu Aku Siap Buat Annoucement Dekat Fesbuk.

Skang pukul 6.20 petang lebih-lebih. Dekat 8 orang aku try call. Tapi sorang pun tak jawap. Aku call pun pilih-pilih jugak. Takde membuta-tuli call orang-orang yang tengah on the way balik rumah dari office. Aku try call orang yang betul-betul aku rasa available petang-petang macam ni. Contohnya cikgu-cikgu dan budak-budak fakulti aku dan fakulti lain yang aku kenal yang semester lepas pegi praktikal dan sekarang memang 100% free tengah cuti. Of course la yang aku agak rapat je aku call... Apa jadah yang aku tak rapat tiba-tiba nak call. Nak kene lempang?

Semua berikutan status aku dekat fesbuk tu. Bleh klik untuk tumbesaran. 


Gigih kan aku buat status macam ni dekat fesbuk. Siap sampai 47 comments. Tapi semua tu respon merapu. Aku serius ok dengan announcement tu... Bukan untuk jual diri ye. Harap maklum.

Aku malas nak call malam-malam. Sebab lagi sedap layan TV malam-malam dari call orang. Nak plak aku kat Penang ni, macam best la pulak lepak depan TV je ataupun online malam-malam. Kacau-kacau orang dekat YM. Lagipun kawan-kawan aku semua jenis keluar malam. Takkan nak kacau dorang kuar plak. Entah-entah tengah sibuk dating ke apa... Mau aku kene maki dengan gf/bf dorang.

Dah la aku punya rekod kena maki dengan gf orang ni sangat cemerlang. Eleh, gf je pun. Bukan bini. Sibuk nak sound-sound plak. Sebab tu malas nak call yang lelaki-lelaki ni.

Ada jugak ke dah tukar nombor? Hadra! Apsal aku call kau tak dapat-dapat?

So, bila masanya patut aku call orang ni? Call petang-petang takde jawap, nak call malam-malam nanti kena maki, nak call pagi-pagi kang kene maki jugak sebab ada yang belum bangun tido. Ala, macam la aku tak kenal perangai kawan-kawan aku... Alangkan kelas pagi pun sanggup ponteng sebab mengantuk, ini kan pulak time-time cuti saja-saja nak bangun pagi-pagi lepas subuh. Boleh masuk 10 benda ajaib dalam dunia kot. Call tengah hari plak kang ada jawap call dengan mulut penuh-penuh dengan nasik. Heh.


Beliau adalah punca kenapa aku siap tahap buat status tu. Bukan pasal sengal.... Tapi haritu aku terdesak sangat nak topap pasal ada agenda penting kene setel yang memerlukan SMS-SMS orang. Lagipun kredit da expired. Tapi sampai skang ni baru 36 SMS luak pun. Menyampah gila. Apa aku nak buat dengan semua baki-baki yang tertinggal tu?


Poster ni pun punca jugak. Heh. Budak kecik kat atas tu la nak sangat poster ni. Aku pun bengong la pegi percaya kedai tu cakap sekarang takde topap jenis RM3, RM5 dengan RM10 tu... Dia cakap sempena piala dunia ni dia jual jenis hot ticket saja. Beli la aku pun RM15. Dapat poster besar gabak ni sekali dengan 300 SMS free, 120 minit call free. 

Sekarang aku ada masalah besar nak abehkan semua tu. Rasa rugi gila pulak pegi topap. Nanti expired pada 00.00 hrs, 20 Jun 2010, dah rugi RM15 aku. Baik tak payah topap je haritu. 

Marah ni. Grrr...

Rasa bengang plak jadi single ni. Sebab takde sape nak kene paksa layan aku abehkan kredit ni. Dulu ada yang aku suka tu. Ada la dulu sekali-sekala aku call. Sebab segan balik-balik dia yang rajin call. Tapi sekarang dia ada awek, malas plak nak menyibuk. Baru-baru ni dekat fesbuk letak single balik siap dengan konon tak percaya cinta la ape lah. Malas nak amik port. Bukan betul pun. Tengok-tengok update gambar baru mesti dengan awek dia. Tak percaya cinta apa macam tu? Lewzerrr!!!

Oh, ye. Dalam 8 orang aku cuba-jaya call tu semua pompuan. Apa pompuan-pompuan tu semua sibuk petang-petang. Nak kata kena jaga anak-anak, masing-masing single dan belum kawen. Haih. Confuse aku. 

Nak call yang lelaki, takde sebab pulak. Nanti ada pulak yang perasan aku nak tekel. Padahal aku ada masalah pembaziran yang besar sekarang ni.

Menyesal! Menyesal! Menyesal topap! Haih!

Musim Durian Datang Lagi~~

Takde kene-mengene dengan lagu Wali Band- Cari Jodoh tu.


Ada 6 bijik durian dalam plastik.


Model durian mesti kena ada sama. Heh.


Upacara membelah durian dijalankan.



2 bijik durian pertama terkorban. Ada 4 lagi.



Uhh... Sorry gamba tak lawa...



Model durian tak larat nak makan sambil duduk.



Durian pose dalam pinggan (last day)


Gambar ni di-kidnap dari profile pic Fizi dekat fesbuk.

Haa... Tempting bukan?? Kaler kuning baek punya... Mujur tak terbeli durian mangkaq*

Berbaloi-baloi... Tapi mahal gila laa... 6 bijik RM100. Awal-awal aritu memang gila punya mahal harga durian ni... Nasib baik la semua durian isi dia lemak, manis, cun, kuning, tebal, apa lagi?

Syiok abes la musim durian sini walaupun ada yang cakap taon ni durian tak berapa nak menjadi sebab cuaca panas sangat... Jadi tak jadi pun... Durian tetap durian... Sape tak makan durian, sangat la rugi... Hoho...

Erm, aritu aku demam pun sebab durian laa... Overdose.

*Mangkaq = buruk/busuk kot??

Thursday, June 17, 2010

Dulu Saya Gemuk, Saya Tak Pandai Bergaya.

Amacam statement?

Tadi bosan-bosan sebab laptop dikuasai oleh si Mirul ni, aku pun main la tekan-tekan remote Astro. Harus la main tekan-tekan sebab takde sape nak marah... Big boss plak tengah tido... Wife dia pi keje... Haahaha... Tiba-tiba aku terbukak cenel time tu ada cerita Pakar Kejelitaan. Kebetulan plak time tu ada sesi yang boleh kurus-kurus tu. Tajaan apa entah.

Teringat balik semalam Fizi gelak kat aku sebab aku cakap impian aku adalah nak tambah ke-chubby-an. 

Da sah-sah la chubby lagi nak tambah chubby? Kang tak laku? 

Aku cakap la, 

Aku apa kisah. Janji aku hepi. Chubby macam Acap. Seksi apa? Dah la pakai losyen tangan.

Berderai gelak dekat fesbuk chat tu. Walaupun line macam celaka kadang-kadang. Sat aku nampak dia online, sat offline, sat aku pulak online, pi offline. Entah apape. Takde nak bagi muka sikit pun.

Oh, berbalik kepada tajuk kat atas tu... Aku memang sikit tak puas hati la. Aku tengok aweks-aweks yang jenis berisi-berisi, comel-comel, macam osmet aku, macam Jumie semua rileks je confident bergaya. Pastu aku belek-belek album kawen kawan-kawan dekat fesbuk... Yang chubby-chubby ni jugak laaa yang dah selamat jadi bini orang. Yang kurus-sexy-hot semua dok letak status frust tahap maharaja dekat fesbuk. Contoh, nak makan buffet, tapi I tengah diet. Demmm...  Ok. Aku tipu. Tapi bunyi lebih-kurang-agak-frust.

Nampak kan relevan aku nak jadik semakin chubby? Heh. Pastu plak dalam segmen tu jugak aku nampak biasa yang pernah gemuk dan sekarang jadi kurus kebanyakkan semua dah tak macam diri sendiri. Dulu elok je pakai pakaian jenis rileks-rileks macam t-shirt, jeans, dengan tudung. Quite nice bagi aku dan nampak sopan. Lepas kurus, hambik kau. Tudung pun terbang. Baju kalo tak curvy, tak sah. Padahal kau dah kurus, nak tayang apa sangat pun?

Kawan-kawan aku yang jenis semulajadi kurus sejak kecik semua pun baju takde la nak fancy-fancy sangat macam Korean/ Japan. Sebab dorang sedar diri dorang Malaysian dan dorang Islam. Pastu kalau dorang pakai fancy-fancy pun takde plak aku tengok terdedah sana-sini. Aku pun suke gak camwhore sexy-sexy kadang-kadang. Buat collection sendiri je. Tak pun letak dekat Tagged. Situ memang tempat aku flirt. Sila jangan gatal tangan nak add aku kat situ.

Entah la. Apa motif orang nak kurus-kurus ni selain dari kesihatan? Saje nak menunjuk-nunjuk? Eheh. C'mon laa... Kurus sangat pun apa sangat la kau nak tunjuk? Aku pun boleh muntah kot... Sekeping. Takde isi. Ajak main pun rasa tulang. Err... Kadang-kadang naluri aku ni boleh tahan ke arah lesbian. Otak aktif je meliar pikir bukan-bukan. Dan ini menjawab pertanyaan Xord pasal kenapa aku suka video clip yang ini. Malas nak letak sini video clip tu. Nanti melampau-lampau pula orang cop aku padahal takde la teruk sangat pun. Cuma feeling-feeling je sikit-sikit.

Aku siyes nak bagi lebih chubby. Pada aku chubby ni comel. Macam aku plak, kalo chubby sikit, nampak la kena sikit dengan umur. Rimas kot pegi mana-mana je boleh tipu-tipu orang bab umo. Siap boleh tipu baru darjah 6 tu paling tak tahan. Dan-dan tu jugak aku save bajet Incik Asrul masa tengok movie citer Karate Kid haritu. Buat-buat muka tak bersalah, bukak spek, berdiri sebelah Mirul, ngaku jadi kakak dia. Baru darjah 6. Setel. Hahaha...

Bab-bab jodoh plak... Pegi mampus la. Selalunya orang yang jenis kawen tengok rupa tak pandang hati budi ni laju je bercerai. Tak kekal. Lagipun, kau kurus, cantik, esok-esok dah tua berkedut jugak. Lain la kau pakai susuk atau botox, kan? 

I love myself. Haha. Lagipun dulu aku memang gemuk. Zaman sekolah-sekolah dulu. Tu pasal aku suka buat hal sendiri. Takde yang sibuk-sibuk nak ajak kapel. Setakat jadi tukang kirim surat kat kapel-kapel tu biasa laa... Lepas tu paling aku takleh lupa adalah gelaran "teddy bear versi manusia". Hmm... Sape ade simpan majalah maktab lagi ye?Aku punya dah hilang. Ada orang rembat sebab aku main tinggal dalam bilik TV. Majalah aku punya best sebab ramai sanggup conteng otograf kat situ. Aku tercari-cari kot lukisan Yuzaizy dalam tu. Siap besar-besar kot letak tu, "teddy bear versi manusia". Dulu annoying, tapi aku suka.

Sapa cakap sekarang aku kurus? Aku rasa aku maintain je la lepas kecik hati dengan arwah ayah aku sebab dia komen masa mula-mula aku kena tendang dari ATMA dulu... 

Anak bapak ni kalo kurus macam ni, nampak sama macam budak darjah 4 tak dapat bantuan makanan tambahan kat skolah.

Sumpah kecik hati dan ingat sampai sekarang.

Skang makin berisi. Serta comel. Heh.

Sebelum Ni Nampak Macam Serabut Dengan Cat Foot Print. Sekarang Rasanya Lebih Ok. =)

Sakit hati tak kalo aku tinggal 1 entry ni je untuk sehari ni?

Haha.

Nanti aku update lain lagi.

Wednesday, June 16, 2010

Sick... Sicko... Sicky... :'(

Ingat nak update citer pasal durian... Sini kan musim durian... Meriah dengan durian... Sampai stall jual-jual air pun dah bertukar jadi stall durian.

Haih. Punya la mengidam nak air tebu... Sampai pusing merata siap redah road-block lagi... Tapi tak jumpa-jumpa. Air kelapa banyak la. Bosan dah tu air kelapa... Incik Asrul la ni... Tadi dia suruh pegi MPPP kat Pisa bayar cukai taksiran. Siap kirim belikan air tebu. Tapi tu la... Stall selalu-selalu jual air tebu tu dah bertukar jadi stall durian.

Air tebu idaman kalbu. Ihsan dari Pakcik Google.

Semalam Baby ngan Am datang umah. Bagitau makcik Baayah ngan mak andak Che Jah dekat umah mak lang Che Nah. Malas nak pegi. Kepala pun ting-tong semalam sebenarnya. Kalo naik moto semalam confirm jatuh tergolek. Jalan pun tak betul semalam sebab kepala sakit sangat. Macam ada orang dalam kepala main ketuk-ketuk. Sudahnya sembang ngan diorang pun ala kadar... Lepas dorang blah, sambung tido sampai pukul 10 malam. Tu dia... Waktu solat semua ke laut. Memang tido mati. Heh. Mujur la masih panjang umo.

Harini pulak, sebab semalam takleh tido... Jadik berjaga laa malam-malam sebab overdose tido petang. Ingat nak amik sleeping pill je macam biasa. Tapi takde sebab pressure ke apa, macam saja-saja plak amik, tak elok plak. Layan Quran MP3 sampai tertido balik. Lepas subuh kot baru lelap. Sedar-sedar dah pukul 10.30 pagi. Incik Asrul suruh pegi MPPP Pisa. Dan kirim belikan air tebu. Cari punya cari, tak jumpa-jumpa. Dari Bayan Baru, pegi ke Bayan Lepas, pusing balik ke Bukit Jambul. Memang takde kelibat air tebu.

Siap kena hujan renyai-renyai. Sekarang dah selsema, badan pun rasa tak best, asik bersin-bersin, idung merah-merah berhingus-hingus, batuk-batuk ringan, mata rasa bengkak macam panda, kepala ting-tong balik, dan rasa macam nak sambung tido. Sambil tu nak mimpikan tebu. Haih. Nak air tebu jugak, kena tunggu hari Jumaat. Pasar malam. Tapi nanti pasar malam tu aku mengidam ice blended mango plak. Cemana ni???

Monday, June 14, 2010

Keciknya Dunia...

Aku ada habit, kalo pegi mana-mana acara yang selalunya jadik tempat orang bertumpu (baca: kenduri) lebih-lebih lagi kalau ada warga-warga tua, yang aku kenal atau apape je la, mesti aku nak ajak salah-sorang ahli keluarga. Err... Tu dulu la masa ada option nak ajak arwah mak, arwah ayah atau abang aku.

Tapi sekarang aku suka heret abang aku sama kalau pegi acara-acara macam tu. Terpulang la kakak ipar aku nak ikut atau tak. Tapi aku tetap suka. Lebih-lebih lagi berkenalan dengan kawan-kawan aku.

Apa??

Aku pun bosan juga balik-balik dia selalu introduce kawan-kawan dia kat aku.

Sebab utama aku suka heret kaum keluarga aku sama dalam majlis macam-macam tu adalah, biasanya laa kan... Tak boleh tak, mesti last-last kami bersembang-sembang dalam keta cakap orang tu, orang ni familiar. Atau, bila macam abang aku agak berani dan confident sikit, pegi approach orang tu terus. Selalunya ending dia mesti... Macam... "Dia ni adik-beradik kita jugak. Tapi jauh-jauh sikit."

Hoh. Selalu sangat aku alami benda macam tu. Tu aku rasa takut gila bila nak rapat dengan orang. Tambah pulak bila orang yang aku cuba nak rapat tu stok-stok ada kaum-kerabat dalam Penang. Atau belah-belah utara. Sedara-mara aku sebenarnya sangat la ramai. Dan kebanyakkan sedara-sedara aku yang dah kawen-kawen tu semua pun kawen dengan yang jenis keturunan ramai-ramai.

Cuma dalam sedara-mara aku, cuma aku dengan abang aku je paling minimum. 2 beradik. Ada lagi minimum pun. Macam Darweena. Tapi so far takde la pulak yang anak tunggul tunggal dalam salasilah keluarga aku.

Pernah sekali aku tepuk dahi mengucap panjang bila aku dapati kuarge angkat aku masa kem PKSN yang dekat Batu Feringghi tu rupanya sepupu arwah ayah aku sendiri. Kalau tak sebab dia antar aku balik umah, mungkin la aku rasa bangga sikit sebab dapat jugak ada relation dengan orang yang takde relation kuarga dengan kami (konon-konon la).

Rasa macam keciknya dunia. Mana-mana pegi pun, kalau bukan sedara sekalipun, mesti berkait-kait dengan kawan-kawan. Sudahnya dari tak kenal pun jadi kenal sebab pernah kenal dengan orang yang sama yang orang tu kenali. Heh. Paham tak??

Tapi bab sedara tu... Sebab tu la aku kemain lagi nak cari jodoh jejauh. Kalau boleh biar takde kaitan langsung dengan kuarge-kuarge aku. Tapi tak semestinya bangsa lain. Eh, bangsa lain pun ada bau-bau bacang dengan family aku tau? Warna kulit dalam list sedara-mara aku pun macam-macam. Jenis mix-mix pun ramai. Yang ada title, takda title apa jadah semua pun kadang-kadang boleh terkena jugak kaum-kerabat aku sendiri.

Memang la kita semua asal dari keturunan yang sama, Nabi Adam A.S, tapi bila dah banyak-banyak manusia ni... Kadang-kadang nak la jugak aku cari-cari la jugak yang kalo boleh takde kaitan dengan kawan-kawan, takde kaitan dengan kuarge, nanti baru la aku ada banyak keja nak cerita pasal sorang-sorang kaum kuarge aku kat dia. Tapi kalau da kenal tu sikit-sikit agak bosan jugak. Amacam? Best tak statement aku?

Aku memang jenis suka cari sedara-mara kadang-kadang. Punya fokus sampai satu tahap kadang-kadang tu bila aku start rapat tiba-tiba dengan orang, bila dia mula citer pasal family, adik-beradik segala, tiba-tiba aku boleh rasa kami adalah related. Oh, sungguh bahaya bila berperasaan sedemikian. Bukan related yang jenis hati ke hati tu. Kalo related macam tu punya feeling layan jugak la, bila da layan, takde la aku single sampai sekarang. Tapi jenis rasa related yang lebih ke arah sedara-mara. Aduh. Nak explain pun susah. Nanti salah cakap, orang tu pulak ingat aku suka-suka hati je nak mengaku sedara. Tak. Bukan macam tu. Bila dah tau kata sedara ni, lain kali takde la rasa segan-segan. Segan-segan macam mana, aku pun susah jugak nak explain.

Hmm. Nak letak gambar, tapi aku tatau nak letak gambar apa. Google semua pun macam tak best. Rasa nak stop kat sini la dulu. Tiba-tiba rasa nak beli bihun tomyam. Dah 3 minggu lebih aku kat Penang ni tak makan-makan lagi bihun tomyam.

Babai. :*

Heh. Gedik tak siap dengan kiss-kiss lagi?

Sunday, June 13, 2010

Bantahan Berlabuh?

Mula-mula aku macam nak sokong mende nih.

Tapi bila fikir-fikir balik... Macam tak jadi pulak.

Oh, ye. Incik Asrul cakap, kalo dieorang betul-betul nak boikot kapal Israel yang berlabuh kat sini, maknanya beliau boleh rileks-rileks tak payah pegi keje. Wife dia pun sama bleh luangkan masa 24/7 dengan anak-anak. Cuma aku heran, gaji dieorang nanti cemana ye?

Sebab?

Kilang-kilang dalam Penang ni boleh kira berapa ketul je pun yang raw material datang dari China. Kebanyakkan kilang-kilang ni milik US. Sekutu Israel tu lahh. Raw material pun biasanya originally datang dari Israel. Yang lain-lain plak macam German punya company, Japan punya company, Korea semua tu pulak, pelabur-pelabur dieorang semerata negara. Tipu la kalo Israel takde dalam senarai pelabur. Kan? Kalo diboikot berlabuh kat Port Klang, maknanya nanti tak nampak da la lori-lori kontena lalu highway... Secara logiknye, takkan la kapal tu nak berlabuh saja suka-suka kalo takde barang yang dibawak...

Siyes beliau sangat suka hati sekarang.

Kami juga bercadang nak bela kambing lepas ni.

Oh, aku takde baca surat khabar pun pasal kapal jenis apa dari Israel yang bakal berlabuh. Aku assume jenis bawak barang-barang untuk kegunaan kilang-kilang itu je. Kalo betul la kapal-kapal angkut barang, kontena-kontena ni semua, boleh aku betul-betul confirm dengan Incik Asrul. Esok jugak kami nak pi buat loan beli tanah dengan beli kambing untuk ternakan. Beliau pun nampaknya addict gila dengan Farmville tu.

Hoii... Bukan senang kot nak dapat peluang rileks-rileks tak payah buat kerja... Oh, beliau keje dengan Plexus. Aku plak pernah praktikal dekat Intel. Malaysia, China, mana ada produce die wafer nak attach dekat chipset. Ok la. Korang menang la kan sebab gigih nak boikot barang-barang ni semua. Tapi, aku cuma tertanya-tanya apa la nasib pekerje-pekerje kilang besar-besar dekat Penang ni kan... Kalo semua pun nak boikot... Nak boikot Intel, pakai AMD. Pening gila kot dengar. AMD tu pun asal dia dari Intel jugak. Dalam dunia ni pun ada 2 je company buat processor. AMD boleh naik sebab dorang pernah sub-con dengan Intel. So, agak-kira-curi-idea-sikit-dan-buat-sendiri laa...

Ahahhh... Ok, mari teruskan boikot sampai kilang-kilang besar dalam Penang ni bankrupt dan hampir semua rakyat yang menyibuk-nyibuk duduk dalam Penang ni hilang pekerjaan.

Oh, yeah, boikot sampai orang ramai hilang pekerjaan baru la true punya boikot beb!! Mesti orang respek gila la dengan kau. Bukan calang-calang boleh ajak boikot sampai separuh penduduk Penang hilang pekerjaan.

Ada apape cadangan untuk buat dorang ni semua senang hati walaupun kilang tempat mencari rezeki kena tutup? Selain bersesak-sesak dalam kilang-kilang milik Japan, Korea, German, atau mana-mana negara yang agak-agak setengah tahun je terus tukar management, atau tak sampai 2 tahun kerja, terus tutup?

Aku dah muak baca resume abang aku nak mintak kerja dengan Kolej Apa-ke-nama-nye-tu, datang je part sebab-sebab berhenti kerja je, mesti dia tulis company tutup. Aku translator resume dia, beb! Bosan gila baca. Kerajaan pun bukan nak bagi dia kerja senang-senang walaupun pengalaman dia 15 tahun dalam bidang technician. Kalo dia master holder, dah tahap senior engineer dah agaknya.

P/S I : Aku tau mesti ramai nak hentam aku lepas ni. Well... Aku suka jugak kalo kene hentam pun. Tapi Aku malas nak accept pandangan orang yang tak pernah tahu flow kerja dalam kilang, yang jenis cakap membabi-buta. Awal-awal aku warning ni.

P/S II : Sekarang aku masih lagi dalam mood bercuti. Memang otak tinggal tepi jalan pun. So, mana sempat je ni aku taip. Sekarang pun fikir pakai lutut je ni taip. Takyah nak ulang-ulang frasa aku takde otak, atau aku berfikir tak guna otak. Sebab aku sendiri dah sedia maklum. Ok?

Friday, June 11, 2010

Contest Gambar Best By AsaDa


Ngahahaha... Kali kedua aku join contest. Tahniah kepada diri sendiri. Kali ini contest dari Incik Asada. Rasanya berzaman dah beliau buat contest ni. Tapi sebelum sampai tarikh tutup, jadi aku pun dengan senang hati la join. Selalu-selalu tu dok ingat nak join contest, selalu je miss. Mesti dah expired.

Gambar best?!!! Tak semestinya gambar tu kena ada muka aku skali kan? Malu la nak enterprame ni nyahh~!!

Tanpa banyak soal, meh aku tempek gambar aku rasa agak best la. Sebab ini adalah gambar candid. Ni aa dia...


Tatau apasal, tapi aku tetap rasa gambar ni paling best dalam banyak-banyak folder gambar yang aku ada. Nampak macam lotong ni frust gile-gile-gile-gile dengan couple yang nampak kabur-kabur tu. Oh, ni memang originally gambar dari aku punya folder dalam laptop. Lokasi adalah di Bukit Malawati Kuala Selangor. Haritu aku dengan housemate sibuk bergambar sebab nak menenangkan hati aku yang gundah-gulana sebab tangan kena sengat dan nervous lagi seminggu kena present pre-tesis.

Lagipun bertepatan dengan keadaan news feed aku dekat fesbuk tu. Walaupun minggu ni ramai kawan-kawan dah selamat melangkah ke alam baru (Kawen laa) tapi boleh tahan ramai jugak yang tengah frust. Kira macam simbolik laa nih... Heh. Aku pun tengah frust jugak sebab result tak seperti dijangka. Huhu...

Tatau nak komplen apa lagi dah. Harap-harap gambar ni boleh la join sekali contest AsaDa yep!!

***Update***

Lupa plak nak kredit dekat housemate yang tengah sibuk dengan kenduri adik dia skang ni sebab dia yang gigih tangkap gambar ni guna kamera DSLR mahal dia. Aku jadi model je aritu. Join sekali ngan lotong-lotong kat situ. Biasala, mesra haiwan-haiwan la katakan...

Wajah Baru.

Heh. Korang jangan ingat salah blog plak ye. Saje-saje je tukar-tukar serba-serbi bagi nampak lebih ceria walaupun isi blog kadang-kadang tu emo je lebih. Harap korang selalu-selalu la singgah ye. =)

P/S: Feeling-feeling kanak-kanak rebina la plak.

Macam Mana Boleh Tak Sedar Ni?

Tengah belek-belek name card orang tu ha, yang aku ikut pegi kenduri tu la. Rasa macam ada yang tak kena. Gigih jugak pikir.

Rupanya...

Cemana la aku boleh selambe je gurau-gurau sembang la bagai segala dengan dia, padahal bukan aku tengah dalam sesi konfrontasi ke dengan dia seperti mana dalam entry ni? Siap bleh pegi kenduri sesama lagi. Lama kot aku konfrontasi ngan dier. Sejak awal tahun aritu.

Yep. Dalam entry tu, aku memang terasa gila kot ngan dier. Masa tu dia post apa tah dekat wall aku. Tak sampai 2 jam terus dia remove. Sebab memang aku tak respon langsung segala apa pun lepas dia letak post pasal konon ada berbunyi macam kalau aku begitu, takde la aku nak hadap hidup macam ni. Aaa... Bunyi lebih kepada nak buat aku macam menyesal dengan pilihan idup aku dulu. Takde point aku nak menyesal, okeh? Aku cakap, aku ok je kalau itu yang ditentukan. Tapi bukan pasal post dia tu je, pasal apa dia reply lepas tu. Gila apa, wall aku tu kawan-kawan aku pun boleh baca kot. Kena plak kalo masa tu ada yang tengah bengang dengan aku ke, mesti ada point nak buat aku down kalo baca statement dia. Hujung-hujung dia cakap gurau je.

Terus aku diam je sampai ke semalam lah. Aku tak sure dier ingat ke tak ingat yang aku tengah bengang dengan dier lagi. Tapi aku pun macam dah lupa yang aku tengah gaduh ngan dia. Heh. Memang gaduh teruk jugak la. Sampai Kak Syima jadik orang tengah kami. Last-last tak jalan jugak pun. Hilang macam tu je.

Alih-alih semalam-semalam tu siap antar SMS ajak pegi kenduri. Aku plak tak pikir panjang ok kan aje. Tapi lepas subuh aku cakap tak jadi plak. Dalam pukul 8 pagi lebih-lebih, jadi pegi pulak. Haha. Blur T_T

Sebenarnye mase skolah dulu aku langsung tak kenal sape dier ni. Tatau cemana dan bile tibe-tibe bleh jadik rapat plak. Rajin contact segala. Tak contact bila dia naik kapal je. Tu pun aku tatau bila pun sebab aku memang takde sebab sangat nak contact dier. Hoih, serius cuak kot nak contact orang hensem ni selalu-selalu. Dalamkan yang tak hensem pun selamba aku dapat warning dari awek-awek dorang. Ni kan pulak jenis hensem-hensem dan agak baik macam dier. Heh. Mungkin terus kene bunuh kot aku kang ni kalo selalu-selalu coba-coba buat onar.

Memang sepanjang hari tu aku tak teringat langsung pasal kitorang tengah gaduh. Siap bukak cerita lama-lama segala. Dan aku memang jakun sikit pegi Kedah ni. Bertahun jugak tak jejak Kedah. Kenduri akak Apit pun aku tak pegi. Sangat jakun ok tengok pokok petai belalang, ayam-ayam kampung, semua-semua la. Ye la, Penang kalo belah pulau tu mana ada sangat macam-macam tu semua. Rindu ok, aku pun budak kampung jugak dulu. Heh. Dia ingat aku kutuk Kedah plak.

"Nanti dapat jodoh orang Kedah, baru tau. Selalu la boleh tengok semua ni." - Dier

"Haha. Orang Kedah? Kalo orang lain aku tamau kot. Kalo hang, ok la." - Aku

Ops.

Terus diam sampai sudah.

Thursday, June 10, 2010

Sangat - Sangat Rindu, Tapi Jeles Tengok Mereka.

Masih lagi dalam "lingkungan" citer semalam.

Lepas balik kenduri, aku lepak dekat kedai mak ayah Jalila Begam. Umah dia adalah umah kedai dan sangat dekat dengan stesen bas Shahab Perdana. Mula tu memang la nak jumpa dia saja. Tapi sebab dia pun takleh kuar pi mana-mana sebab jaga kedai, so, lepak saja situ.

Sebenarnya antara punca-punca aku keluar dengan kawan-kawan, tapi jarang nak lepak sekali dengan mak ayah kawan-kawan ni terutama waktu-waktu sekarang ni adalah disebabkan aku sangat cemburu tengok kawan-kawan aku yang rapat dengan mak ayah dieorang. Aku dulu pun macam tu. Tak dinafikan aku sebagai anak bongsu sangat-sangat-sangat manja dengan parents. Baik arwah mak, atau arwah ayah. Tiap kali balik kampung mesti peluk-cium bagai. Walaupun time balik sekolah zaman sekolah-sekolah dulu. Tiap-tiap hari. Serius.

Orang tengok pun kadang-kadang macam meluat je dengan reacting aku dekat mak ayah dulu. Manja tak hagak-hagak. Terutama masa dekat MRSM dulu. Aku la tu yang sampai kena tegur dalam surau. Heh. Salah ke makan bersuap-suap dengan mak ayah? Bukan suap-suap dengan boifren pun. Itu pun nak kecoh.

Lepas tu kawan-kawan yang ada abang dah kawen. Dieorang ada kakak ipar la kira. Pun ada setengah yang aku jeles jugak bila tengok kakak ipar dieorang sangat la mesra macam kakak betul. Yang aku ni. Dah 11 tahun pun kenal, duduk sebumbung, tapi dia tetap macam orang asing bagi aku. Kata nak sembang, gurau-gurau bertepuk-bertampar macam antara aku dengan adik angkat Incik Asrul dulu tu, langsung takde.

Aku tau dier sayang aku. Tapi. Kenapa ye takleh nak mesra ngan aku? Bercakap pun jarang-jarang. Kadang-kadang aku dah super ceria nak cakap-cakap dengan dia, tapi takde respon. Baik cakap dengan dinding. Hai, dinding!

Oh, tabiat suka nak bermanja-manja ni cuma kawan-kawan baik, rapat aku saja yang tau. Macam Iryani, Hajar. Mak dieorang pun tau. Kadang-kadang aku sangat-sangat nak hug theraphy. Lebih-lebih lagi masa aku balik time mak ngan ayah aku takde. Masa arwah mak dulu, tau sape yang peluk aku, tenangkan aku? Cousin aku. Kak Balqis. Mase arwah ayah plak, lagi la. Tau sape? Mak Dzul. Takde kaitan langsung.

Ok. Memang serius aku tak pernah nak buang tebiat tibe-tibe nak bermanje-manje dengan kakak ipar aku macam mana aku selalu-selalu dengan arwah mak aku tu. Dengan abang aku lagi la kekok. Ngan arwah ayah pun lain. Tapi kalau dengan kawan-kawan (Pompuan je laaa) takde plak aku nak kekok-kekok segala. Lebih-lebih lagi yang dah lama kenal.

credit to Google

Since aku attend konvo orang, wedding orang, macam-macam lagi acara yang mendatangkan sesi-sesi terharu-terharu, nangis gembira, peluk-peluk ni semua... Terus aku imagine. Macam mana aku nanti?

Heh. Orang mesti ingat aku suka nak komplen benda remeh-remeh, tapi cuba lalui apa yang aku lalui. Cuba amik tau kenapa hati aku agak keras. Kenapa aku malas nak berubah jadik matang ikut umur. Entah la, tapi sesungguhnya aku memang jeles dengan kawan-kawan yang jenis rapat dengan family segala. Sebab aku pernah macam tu dan aku dah kehilangan semua tu untuk jangka masa hampir 7 tahun, dengan arwah mak aku dan hampir setahun dengan arwah ayah aku.

Aku memang tak kuat sangat. Baru 7 tahun. Tak pun, baru setahun pun tak jumpe dieorang, tak nampak kelibat dieorang, cuma tengok gambar-gambar je... Tapi sayu kot hati... Sekarang aku pendiam gile dalam umah. Dulu, masa ada dieorang, selalu dieorang la yang akan dengar aku cakap-cakap semua. Happy kot. Sekarang aku da jadik macam tak pandai nak cakap sangat dengan orang.

Siyes cakap aku agak benci diri aku sekarang. Sebab sekarang kalau aku gembira-gembira sekalipun aku rasa macam aku tak pernah nak gembira betul-betul. Semua tu karut je. Hipokrit. Buat-buat gembira je. Sampaikan setiap apa yang aku buat semua aku terfikir yang aku dah susahkan orang. Cemana nak gembira?

Aku rindu arwah mak ngan arwah ayah. Sobs.

22 Jun ni genap setahun arwah ayah pergi.

Ok. Aku taip ni sambil nangis.

Noob.

Semalam Pegi Kenduri Kawan Dekat Kuala Nerang.

First time kot aku pegi kenduri kawen kawan-kawan. Tu pun sebab MKAP ajak. Kalo tak, takde la aku nak kuar umah semalam. Dah la tepu duduk umah. Frust sebab result yang agak sikit kecewa kat situ. Sabar... Sabar... Maseyh takde rejeki agaknye.

Bukan dekat kenduri tu. Punya la nak bawak diri pasal frust dengan result. Gigih pegi kenduri kawen yang dekat Kuala Nerang sana. Sapa yang tau Kuala Nerang kat mana mesti kagum sebab tempat tu tersangat la hulu nya dalam kawasan Kedah. Lagipun ada kawan ajak. Ok la kan.

Semalam jugak first time Jonny merasa naik feri. Ye. Jonny naik feri. Sebab aku cari tempat park moto dekat Jetty Raja Tun Uda tu tak jumpa-jumpa. Sekali termasuk dalam lorong motorsikal naik feri. Bantai je la Jonny oii...



Waa... Kire hebat aa Jonny... Dah merasa naik feri. Kalo korang nak tau, kazen aku si Aten tu pun dah 15 tahun idup kat muka bumi ni pun tak pernah naik feri sampai la hujung tahun lepas baru dia merasa naik feri. Hoho. Sapa lagi tak pernah merasa naik feri walaupun dia anak jati Penang? Jangan ingat takde tau...

Best woo rasa pi kenduri kampung-kampung. Dia punya gulai ikan kering sangat superb. Nak tambah 2-3 kali, segan plak sebab tukang ajak tu ada hal lain. Nak kena cepat. Gambar dengan pengantin? Alahai. Segan la nak upload. Sebab rasanya wakil Beserian yang pegi pun kami berdua je. Dengan kawan dia lagi sorang.

Kepade Maizatul, semoga berbahagia di dunia sampai ke akhirat.

Tuesday, June 8, 2010

Tak Leh Tido T_T

Aku rasa aku dah sama spesis dengan kelawar dah skang. Tido tak kira masa. Tapi semenjak-dua menjak ni aku takut nak tido malam-malam. Balik-balik nightmare. Balik-balik nightmare. Kalo nightmare mengarut-ngarut macam mimpi kene kejar hantu tu takpe la jugak. Kurang-kurang kalo mimpi lari-lari masa tido, bangun esok berpeluh-peluh, letih kot boleh la turun berat sekilo-dua. Tak payah nak susah-susah plan jogging yang selalunya ke laut je pegi plan tu.

Ini nightmare stok-stok kejadian lepas-lepas dalam hidup aku yang susah-payah aku nak buang jejauh. Lebih 4 tahun aku cuba nak lupakan. Tapi tak boleh-boleh. Asal terjaga mesti pedih je mata sebab menangis dalam mimpi. Kat luar aku memang tough. Degil. Nakal. Tapi bila datang hal macam ni. Takleh nak lawan.

Betapa aku mengharapkan wujudnya orang yang betul-betul boleh terima aku, masa silam aku tu, aku yang akan datang, dan jugak betul-betul boleh faham apa yang pernah aku lalui sebelum ni sekarang. Tak boleh la nak share semua dalam blog. Gila apa. Simpan sikit untuk masa depan. Oh, aku susah nak percaya orang. Simpan untuk diri sendiri je lah. Tapi bila tertekan, aku kena cerita kat orang.

Aku harap nanti ada la orang yang aku boleh percaya untuk aku kongsi segalanya. Mungkin.

Sambung main Supercow. Heh.

Monday, June 7, 2010

Tag Dan Award Dari Kak Ell =)

Kak Ell adalah sorang blogger yang senang dapat award dan suka bagi award dekat orang lain. Heh. Selalu award dia mesti ada sekali dengan tag. Tapi takpe laa... Aku pun dengan rela hati amik award ni dan jawap tag.

Ekceli ada 2 award kat entry dia yang ini. Tapi sebab mengada-ngada, aku amik 1 je. Heh. Memang dasar mengada-ngada kan... Ok, here goes the award and tag.


  1. Suka melukis tak?
    Dulu sangat suka melukis~~ Selalu wakil sekolah dalam pertandingan melukis. Heh.
    .
  2. Bosan-bosan suka buat apa?
    Bosan-bosan... Tido laa ape lagiii... Heh.
    .
  3. Kenapa siput babi berjalan lambat? Haha :DD
    Siput babi berjalan lambat sebab dia tak pasang turbo kat badan. Heh.
    .
  4. Cute tak orang yang bagi award ni?
    Akak Ell yang kasik award ni memang cute. :p
    .
  5. Orang-orang yang saya nak tag adalahhh..........
    Siapa yang terbaca post ni, kena amik. Kalo tak, tamau kawan!! Heh.

P/S : Macam menarik je nak tayang award-award dekat side bar semua. Tapi aku dilanda kemalasan untuk buat macam yang baru aku tengok dekat blog Pereka Cerita yang ni. Nanti la aku rajin, aku tukar segala-gala dalam blog ni. Heh.

Cinta vs. Suka Yang Rupanyaa...

"Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Tapi di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum..

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata...
Tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu..
Tapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis...
Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan CINTA bermula dari mata,
Perasaan SUKA bermula dari telinga...

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita SUKA, umpama kita membuang telinga kita...

Tapi jika kita cuba menutup mata, CINTA berubah menjadi airmata.."

Aku cilok dari sini. Jangan risau... Da mintak izin tuan blog tu da pun. Heh. Sekarang aku dah dapat jawapan kenapa dulu aku takde nak stay sangat dengan ex-ex aku. Rupanya aku cuma suka je kat dieorang tu. Banyak term suka ni. Suka kacau, suka tengok, suka usya, banyak la lagi suka-suki lain. Sampai sekarang pun aku setakat suka orang je.

Sori, gambar syok sendiri dan takde kaitan. Heh.

Dan sukaaaaa sangat kacau orang, mana-mana pun, termasuk la dekat YM, fesbuk chat, etc. So, kawan-kawan sekalian, kalau rasa rimas sebab selalu kena kacau, lebih-lebih lagi buat pengikut aku yang berbondong-bondong suka follow aku pegi mana-mana pun dalam fakulti, peneman makan dekat kafe, geng-geng study sama-sama, kalau aku kacau korang lepas waktu kelas tu maknanya aku suuukaaaa sangat dengan korang. Suka jadik kawan korang. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku.

Cinta?

Apa benda tu?

Sunday, June 6, 2010

Kalau Aku Adalah...

Aku baru baca blog Ondscene pasal eksiden Myvi tersepit tu. Sebelum tu kuar notes dekat fesbuk maki-maki atendan stesen minyak BHP pasal eksiden tu... Beberapa hari yang lepas. Mula-mula aku buat bodo je sebab takde kaitan dengan aku pun, tapi sebab macam ramai sangat berminat nak pertikaikan, so aku pun saja plak nak membebel kat sini... Maklum la, internet laju-laju ayam sikit. Sempat la nak blogwalking sebelum dia kiok balik. Heh.

Banyak jugak komen dekat blog dia sampai malas aku nak baca. Semua sibuk gaduh pasal atendan stesen minyak tu dengan Akina. Tatau la sapa dia tapi sekarang aku cuba nak letak situasi aku berdasarkan komen-komen tu. Ada yang backup Akina, ada yang backup atendan stesen minyak tu. Macam-macam. Siap kuar segala jenis-jenis law la. Kena Google siap.

Kalau aku adalah Akina - Marah la pasal kita mintak elok-elok tapi kena gelak dengan attendan stesen minyak tu plak. Memang lepas tu gaduh dan mengamuk-ngamuk la jadinya. Normal la manusia macam tu. Lagipun ko cuba nak selamatkan nyawa orang kot. Pastu sedar cctv pun ada rakam muka ko, no plet keta, aksi melempar IC, dll. Sebab ada state dalam notes dia dekat fesbuk tu, jarak kejadian +/-500m je. Kita punya jarak penglihatan pun bleh tengok jauh-jauh lagi. Aku rasa atendan minyak tu pun bleh nampak eksiden tu (Kalau takde lindung bangunan tinggi-tinggi la. Mana la aku tau tempat tu cemana kan?) Tapi kalo aku dalam situasi dia pun aku tak puas hati kalo ko tengah serius panik, lepas tu orang yang ko nak mintak tolong tu boleh ajak bergurau pulak. Hangen atau tak???

Kalau aku adalah atendan stesen minyak - Buat apa nak argue lama-lama siap boleh gelak-gelak lagi dekat Akina yang tengah serius nak mintak tolong? Kata ada 2 orang, sementara sorang cakap2 dengan Akina, apa salah yang lagi sorang tu terus direct call polis kalo rasa Akina tu meragukan dia. Time beb! Time!! Ni dari notes yang aku baca dekat fesbuk tu aku dengan tak pasal-pasal imaginasi aku sungguh liar pikir atendan tu tengah gelak-gelak dengan kerenah panik Akina. Perompak, kalo nak merompak sekalipun, mana ada masa nak bergurau-senda bagai. Main serang terus takde cakap elok-elok punyalah. Lagipun sama-sama lelaki. Lepas tu lagi sorang tu terus sambung marah-marah balik Akina tu. Apa point dapat? Ada jugak komen tu cakap takleh bukak pintu sebarangan sebab sambung direct ke balai polis la apa benda semua. Hah! Lagi bagus apa... Kau bukak pintu, passing pemadam api tu, lagi sorang call polis. Eh, kata ada 2 orang lah. Takkan sorang lagi tengok saja kot. Takkan nak tunggu orang tu (Kalau Akina adalah perompak) kuarkan senjata nak rompak baru nak call polis?

Okeh. Heh. Memang senang bukan kalo taip-taip nak condemn-condemn orang ni. Aku pun suka jugak nak kutuk-kutuk orang punya decision kadang-kadang. Padahal aku punya decision pun selalu-selalu pun kelaut jadinya. Lepas tu baru terhegeh-hegeh nak menyesal.

Cuma aku tak setuju je orang salahkan atau backup atendan minyak tu. Atau dok kutuk-kutuk Akina berlagak nak jadi hero. Pada aku Akina tu kira bagus la niat dia nak tolong. Mintak sampai dapat walaupun tak dapat-dapat. Orang macam ni la patut jadik contoh dalam buku sekolah-sekolah. 2 orang atendan minyak tu plak pada aku maybe dieorang macam aku lepas exam. Otak tertinggal merata-rata. Kalo tak tinggal merata-rata, mesti laju dah amik tindakan macam aku state dekat atas tu. Kata 2 orang kan... Entah lah.

Saja pun aku merepek kat sini. Sebab aku tetap nak salahkan pemandu Vios yang 2 orang tu. Dah la memandu secara melulu. Dengar-dengar kata bawah pengaruh alkohol lagi. Kesian kot dekat pompuan dalam keta Myvi tu. Tak pasal-pasal je mati sia-sia atas kecuaian orang lain. Kalau nak cuai pun sendiri-sendiri cuai, lepas tu sendiri-sendiri tanggung akibat cukup la. Ni nak tarik orang lain jugak. Grr. Geram tau tak...