Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru~~!!

Selamat hari guru kepade semua yang bergelar pendidik. Most of my life banyak dengan cikgu-cikgu kot walaupun orangnya berbeza-beza. Tapi selain mak ayah, dorang la antara yang banyak influence life aku. Tanpa dorang, aku takde la nak lulus UPSR, PMR, SPM. Tanpe dorang, aku takde life yang macam-macam kat skolah. Tanpe dorang, takde la sape nak layan kerenah nakal-nakal aku dengan kawan-kawan. Tanpe dorang, aku rase, ilmu aku mesti bergantung dengan Google je.

Selamat hari guru kepada guru-guru tadika, guru tuisyen, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, guru sekolah khas guru sekolah jenis kebangsaan, guru sekolah teknik, guru MRSM, guru sekolah sains, guru sekolah pondok, guru sandaran, guru rasmi, guru tak rasmi, guru-guru yang tak pakai tittle guru seperti lecturer, guru-guru silat, guru karate, guru taekwondo, guru semua seni pertahankan diri, guru ilmu hutan, bakal guru, guru-guru pencen, tak lupa jugak dekat Kumaraguru. Eh? Takde kaitan eh? Haha...

Ok. Selamat hari guru. Sayang cikgu-cikgu semua. Muah! Muah!

No comments: