Sunday, January 31, 2010

Random #24

Ayat paling legend minggu ni:

"Lagu2 Siti Nurhaliza kamu boleh hapal... Takkan assembly language simple 2-3 page camni kamu takleh ingat kot?" -En. Zulkifli Abd. Rahman.

All I Wanted...

Think of me when you're out, when you're out there
I'll beg you nice from my knees
And when the world treats you way too fairly
Well, it's a shame I'm a dream

All I wanted was you
All I wanted was you

I think I'll pace my apartment a few times
And fall asleep on the couch
And wake up early to black and white reruns
That escaped from the mouth, oh, oh

All I wanted was you
All I wanted was you
All I wanted was you
All I wanted was you

I could follow you to the beginning
Just to relive the start
And maybe then we'll remember to slow down
And all of our favorite parts

All I wanted was you
All I wanted was you
All I wanted was you
All I wanted was you
All I wanted was you



Rasanya lagu ni takde kaitan pun ngan citer New Moon tuh.
Tapi currently aku suke lagu nih.

Saturday, January 30, 2010

=(

Aku cuba ingat apa yang aku mimpi pagi tadi. Bersungguh2. Tapi sampai skang ingat sipi2 je. Cuma lagu ni je terngiang2 dalam kepala ni. Dulu2 join nasyid mase skolah rendah. Ada la nyanyi lagu ni. Tapi dalam mimpi tu bukan aku menyanyi lagu ni. Entah. Background ade lagu ni plak.

Huhu... Tercari2 jugak mp3 lagu ni. Dulu2 ada kaset lagu ni, tapi tajuk dier ayah. Sume perkataan ibu dalam tu da jadik ayah. Tapi entah mana pegi dah kaset tu... Pindah2 umah dulu kan...Tah2 dah terbuang. Ish, rugi...

Pape pun jom layan lirik nasyid ni...


Sewaktu
Azan mendayu-dayu
Ibuku
Pergi meninggalkanku...

Perginya takkan
Kembali lagi
Kerna takdir telah menentukan...

Doa restu
Kuutuskan untukmu ibu
Semoga diri
Ibu bahagia
Di akhirat yang kekal abadi

Ibuku
Walau kau pergi dulu
Namun
Ku tetap mengingatimu
Kasihmu padaku seperti dulu
Hanya Tuhan dapat membalasnya

Selamat tinggal ibuku...


Sedar tak sedar rupanya aku menangis dalam tido... Bangun tido je rase mata bengkak2 je... Lama da tak rasa situasi camni...

Random #23

Sejak tukar relationship status dekat fesbuk tu, rasa macam selebriti dah sekarang. Sumpah!

Tolong jangan berebut2 kalo nak bergambar atau amik otograf, ye?

Friday, January 29, 2010

TM...Haihhhh~~!!!

TM patut antar servant dorang kat Kuala Selangor ni yang duduk depan2 kaunter untuk layan pertanyaan pelanggan pegi kursus. Antara yang disyorkan adalah:
  • Cara2 senyum dengan lebih menawan dan bukan fake.
  • Cara2 berdiplomasi dengan pelanggan yang blur dengan cara yang betul.
  • 44 hari 44 malam mendalami pakej2 TM dengan jitu dan saksama.
  • Peringatan untuk meminta maklumat pelanggan sebelum memberi ceramah.
  • Ikut nombor pelanggan walaupun tak ramai.
Cukup la 5. Lebih2 kang berbuih2 pulak mulut dorang nak absorb pengetahuan.

Lain Kali Ikut Instinct.

Patut la pagi tadi rasa malas gila nak bangun pegi mandi, siap2 untuk pegi lab. Sekali lab cancel. Cerrie [bukan spesis buah-buahan] tepon lect. Aku tepon tamau plak angkatnye. Tukar nombor ke apa sejak kawen ni...

Balik dengan rasa kecewa, lalu makan nasi lemak yang dibeli tanpa menghiraukan penyusutan duit yang telah berada tahap kritikal.

Bila loan nak masuk ha?

Thursday, January 28, 2010

Punitive = Punishment Native

Kenapa penuh? Kelas penuh laaa...

Kelas 8.30-10.30 pagi. Next session 10.30-1.30 petang. Lepas tu 2.00-5.00 petang. Lepas tu lagi 5.00-7.30 malam.

Ha... Tak ke non-stop tu? Sempat makan mee goreng je. Pukul 10.30 pagi. Sebab lapar gila. Next time aku nak niat puasa hari Khamis je. Lagi bagus tak?

Anyway, dalam sibuk2 kelas penuh2 ni pun, aku rase gembira sebab balik umah tak jadi zombie, ataupun terserempak dengan mana2 zombie bergerak tepi2 hutan.

Kelas2 harini tu semua nampak je tough gila. Tapi aku masih rileks sebab dalam kelas adalah tak ramai. Yang penting aku dah boleh overcome rasa menyampah dengan 1 kelas tu. Siap duduk depan, ok? Mujur Prof tu tak perasan aku adalah makhluk repeat subjek. Siap bajet aku first time dalam kelas tu. Padahal nota aku dah setebal kamus dewan.

Oh ye, sila doakan supaya aku tak skip walaupun 1 kelas dia. Nanti bila ter-skip 1 kelas, mula rasa malas dan kurang motivated. Tolong la aku nak dapat result best2 semester ni agar boleh push pointer aku ke tahap yang munasabah untuk apply keje dengan Lamborghini atau Ferrari. Nanti boleh dapat potongan harga beli keta dorang sebijik-dua...

Kelas pukul 5.00-7.30 malam adalah paling best. Kelas motivasi. Belajar Mechanics of Material 30 minit. Motivasi 1 jam 48 minit. Tambah politik, keagaamaan serta poligami = 12 minit.

Aku juga belajar perkataan baru. Punitive. Memang kita orang Asia suka bagi punishment terhadap benda bukan2 kan?

Wednesday, January 27, 2010

Random #22

Pedulikkan kalo cerita aku macam merapu dan tatau hujung-pangkal.

Dalam usaha kembali ke pangkal jalan la nih. Tapi masih lagi bersimpang-siur sebab tajuk tesis masih samar2.

Mandi Hujan~~ Yippaaa~~!!!

Harini sungguh ajaib. Kelas berakhir pade pukul 7 malam la, kan... Tapi kul 6.45 petang... Kawasan ngadap kelas kitorang, belakang tu nampak jelas hujan. Tapi belakang kelas kitorang belum hujan.

Kul 6.58 petang. Tibe2 je hujan lebat. Aku dah cuak... Cemana mau balik nihhh~~

Lepak la beramai2 dengan classmates tu ha. Cerita macam2. Tapi sikit2 1Malaysia. Sikit2 1Malaysia. Entah apape. Pastu gembira nampak pelangi. Uuu... Sukaaa~~~

Malas nak tunggu lama2. Nampak hujan pun makin reda. Redah je la. Nak balik umah je pun kan?

Mula2 rileks2 lagi speeding motor. Hujan pun bleh tahan renyai2. Steady lagi. Elok je lepas Taman Kilauan tu... Haaa... Amikkk~~ Hujan menggila2 punya lebat. Siap petir sayup2 dari kejauhan. Seram dowh~~

Redah je bawak moto sebab tak nampak langsung bus stand berbumbung kat sebelah2 kiri jalan. Kalo ade pun tak perasan agaknye. Pulun jugak bawak moto laju2 sebab tak tahan titik2 hujan kena tangan. Sakit wohh!! Tapi kenapa la pemandu2 kereta tak bertimbang rasa? Dah la cermin ade viper pun bawak laju2 pun lepas tu nak main brek2 plak. Kang aku terlanggar bontot keta kang... Dorang salahkan moto? Dah la diambang kemiskinan ni sebab loan belum masuk ni.

Lepas tu, sampai kat Kuala Selangor tiba2 rasa macam Kuala Selangor tak disirami hujan. Orang2 sana pun siap pandang2 mungkin sambil kerut2 dahi pikir aku ni dari mane? Tahap kritikal punye basah kuyup. Jalan yang aku benci sebab belum berturap pun siap kering-kontang lagi haa...

Camne la aku nak menghadapi hari2 akan datang... Dah la esok kelas pack. Balik dekat2 malam jugak. Isnin lagi laa... Tiba2 ada kelas dari kul 8 - 10 malam. Huhuhhh...

Aku tamau tumpang2 umah orang. Semangat balik sorang2 malam2. Atau patut aku takyah add je subjek tu? Sila bagi pandangan sebelum hari Jumaat ni. Huhuhhh...

Tuesday, January 26, 2010

1645h: Tak kuar umah untuk pegi kelas sebab takut kene panah petir. Biasalah banyak dosa.

Hoiii~~ Aku belum decide nak add atau tak la subjek tu walaupun Pizah dah sign approve je!

Kalau Berkenan, Tolong La Vote =)

Aku saje2 join contest Dell tuh. Haha... Bleh click kat gambar untuk pegi vote ke...Kutuk2 ke...Komplen... Puji atau ape saje yang korang suka... Haha...


Suka2 je ok? Bukan serious pun =)

P/S: Mesti korang kenal kan gambar second tu? Penah jadi wall blog aku paling menyampah dulu... Haha...

Monday, January 25, 2010

Pengalaman Saya Menjadi Extra Drama RTM

Tadi dalam kul 9 lebih aku accidentally bukak TV1. Tiba2 pulak ade drama yang aku sangat2 familiar tajuknye. Haha. Sumpah aku geli nak sebut nama drama tu. Sampai ada orang tanya pun aku rela buat2 tak dengar dari kecoh2 aku jadi extra dalam drama tu.

Pathetic bukan?

Ok. Tajuk drama itu adalah "Aku Cinta Padamu". Nasib baik la taip je kat sini. Nak harap aku sebut? Sila simpan angan2 itu. Kat bakal suami aku pun belum tentu aku bleh cakap camtu. Haha...

Gua muka ganas beb. Gua rempit. Tapi dalam hati ada taman. Adnan Sempit la pulakkk...

Ok2. Back to the story. Cemana aku boleh terjebak dalam extra2 tu?

Citernye camni... Aku memang takde duit sangat2 nak balik lepas abeh final exam masa tu. Nak tunggu arwah ayah masukkan duit pun... Dia cakap dia belum ada masa free lagi. Kena tunggu hujung minggu tu... Gila lama beb! Padahal aku dah tepu duduk hostel. Tambah plak dalam dorm tu tinggal aku, Sal, Ekin dengan si psiko tu...

Aku dengan budak psiko tu memang aku cuak sikit. Entah cemana boleh termesra ngan aku. Sampai aku bawak basikal, dia pun sibuk nak ada basikal... Aku install game dalam laptop, dia pun sibuk2 nak menyelit naik katil aku kat tingkat atas tu untuk tumpang install game yang konon2 dier buat sendiri... Last2 dia yang main kat laptop aku. Sapa tak hangen? Dah la haritu ajak aku pegi KLCC teman dia blind date. Aku tak ikut sebab masa tu aku ada misi lain dengan kawan2 aku. Last2 bila aku tengah best2 layan movie kat laptop, dia boleh call aku siap nangis2 cakap dia kena tipu dengan blind date dia. Apa aku bleh buat pun? Konon dengar. Padahal henset letak sebelah bantal. Bila dia balik. Sampai pukul 6 pagi aku terpakse layan dier sembang. Kalo tak layan kang dia tolak aku dari katil double decker tu? Tak ke lumpuh aku kang?

Tengok? Suka betul aku melencong2 cerita.

Ekin pun cuak sama macam aku. Nama je pengkid. Tapi sama2 cuak ngan ngan aku. Sebab ada sekali budak psiko ni sibuk ngorat dia. Watdehel? Sal plak suka kuar2 dengan Daus ngan Joe sambil tinggalkan aku... Aku takde duit bai... Nak kuar cemana. Lepak ngan Ekin je la. Pastu dalam bilik air la kot si Dalila tanye kitorang... Free tak kan sebab orang drama tu tengah cari extra. Lagipun masa tu ramai dah balik. Aku tak pikir lain... Aku tanya dia bayar tak? Dalila cakap RM150 plus makan-minum semua support. Wah! Laju je aku setuju. Sal pun setuju gak.

So, esok pun kitorang pegi la. Sal plak dapat pegi half-day je sebab petang tu dia kuar ngan Daus shopping pe jadah ntah. So, aku ajak Ekin ganti. Tapi yang best tu... Sal pun dapat full RM150 jugak. Ekin takyah tanye la kan? Sama la macam aku. Sal plak balik malam tu jugak. Dinie hantar kot. Memang dah confirm la balik. Aku je gamble lagi.

Petang tu lepas abeh semua sesi, orang tu pun dah bagi duit... Balik dorm terus packing barang2 nak berambus dengan Ekin. Malam tu, call teksi terus berambus pegi stesen bas Seksyen 17. Bas aku kul 11 malam. Ingat nak call umah. Tapi lepas call teksi tadi kredit dah abeh plak kan? Pasrah je la balik. Public phone bukan boleh harap. Semua jadik mangsa vandalisme. Memang gamble gila balik Penang.

Sampai kat Penang tu ada la pukul 3 pagi. Amik teksi la balik umah. Kebetulan plak teksi yang aku naik tu plak katanya kenal ngan mak sedara aku yang duduk di Sungai Ara tu. Apa lagi? Bayangkan dari KOMTAR Penang sampai ke Taman Tunas Muda tu dia mintak RM10 je? Mana dapat kalo naik teksi lain bai... Koman2 pun masa tu dari USM sampai betul2 depan Sekolah KebangsaanSungai Ara tu pun teksi caj RM30. Apadehal laaa kannn???

Balik umah, usya line kiri-kanan... Tunggu driver teksi tu blah, tak pikir banyak aku terus panjat pagar umah. Sebab nak call umah, duit syiling dah abeh plak terguna masa kat hentian Slim River tu. Bateri phone flat plak. Kredit pun takde. Dah panjat tu, ingat nak la ketuk tingkap bilik abang aku tu. Tapi sampai dekat melecet jari ketuk, takde respon plak. Pastu baru ingat kereta takde depan umah. Balik kampung la tu...

Aku ketuk pintu... Macam la arwah ayah dengar,kan? Last2 pasrah la... Ngantuk tak terbendung, maka aku pun tido je dekat timbunan2 surat khabar depan pintu.

Pagi tu arwah ayah aku nak pegi Subuh kat masjid, terperanjat besar dia tengok aku baek punye landing atas timbunan surat khabar tu. Dia ingatkan manusia terbuang mana tumpang tido situ. Aishh... Sampai hati btol... Hahaha...

Eh... Pengalaman jadik extra tu aku ade citer ke? Macam tak wujud je... Hahahahaa~~~

Petang2 Ahad

Setelah kebosanan tahap tepu awal2 petang tadi, maka dalam pukul 4 lebih, Kak Syima pun ajak kuar jejalan. Haha. Konon2 nak pegi Boulevard Puchong tu. Baru la katanya. Tapi last2 melencong ke Jusco Bukit Raja je...

Tengok wayang. Adnan Sempit buat kali ke-2 dan Tooth Fairy. Makan2 dekat Johnny's sebelum tengok wayang. Tak best pun kan citer aku? Takde ape yang menarik pong. Tapi ada jugak la yang best. Sebab dapat tiket bas. Whoott!! Whoott!!

12 Feb nanti baleekkk Penang~~!!! Yippiee!!
Tenkiu bebanyak ye Rezan sebab tolong belikan tiket.

Ok. Agak lambat sikit masuk tengok citer itu Adnan Sempit. Tak kisah pun. Kata kali ke-2 kan... Sambil2 usya2 couple sebelah kiri sibuk sakan berpeluk macam tengok citer romance tahap dewa. Padahal Adnan Sempit je pun. Couple sebelah kanan jugak baik. Haha. =)

Aku? Solo la macam biasa. Mana ada couple. Aku kan lesbian.

Tooth Fairy. Berjaya smuggle makanan... Oo...Yeahh (sila tiru style itu The Rock). Pastu Kak Syima sibuk2 siku aku cakap Aqashah (betul ke aku eja ni?) duduk sebelah kanan seat aku. Aku macam err... Aqashah who? Dengan susah payah Kak Syima cakap dier artis. Sekali lagi aku macam... Ouhh... Kuar je movie, Abang Wan dengan begitu bersemangat tinggal kitorang kat blakang sebab mau kejar itu Aqashah. Haha... Kejar la sangat kan?

Balik umah, salin baju semua siap, bukak laptop. Selain bukak fesbuk dan blog ini aku pun meng-Google.

A-Q-A-S-H-A...

Ok. Fine. Dia memang artis. Tapi apsal aku tak bape nak kenal sangat?

Dan dier pun sama macam kitorang jugak. Smuggle makanan. Itulah. Sape suruh popcorn dah abes kan?

Oh, ye. Harini tengok movie pun aku rase sikit gembira sebab terserempak ngan kawan2 dan teman tapi mesra masing2. Zef dengan Qis. Zef n partner tengok Adnan Sempit, Qis n partner tengok Tooth Fairy.

Tiba2 aku rasa sangat motivated lepas tengok Tooth Fairy.

P/S: Sepanjang jalan ke Jusco tu, balik pun sama... Kenapa semua kereta depan kereta Kak Syima sangat2 kerek nak mampus? Dah tau bawak slow lagi mau duduk lane kanan.

Sunday, January 24, 2010

Nothing

Skang adalah waktu petang.

Rasa mengantuk, tapi mata tamau pejam... Konon2 macam tak biasa tido petang2 la kan...
Bosan, tapi tatau nak buat apa...
Macam lapar sikit, tapi tadi dah balun roti canai sampai 2 keping...
Nak main cafe world kat fesbuk, makanan ada lagi 20jam kot nak ready...
Nak bagi ikan2 dalam fishville makan, semua dah kembung asik makan2...
Nak main farmville, letih plak nak klik2 pastu tunggu harvest...
Nak update blog?

Ni je la yang ada. Takde apape citer. Huhuhhh...

Saturday, January 23, 2010

Yeayyy!!

Selama setahun Jonny dengan aku... Ni la first time dia "kene mandi"... Hampeh btol kan aku? Hahaha...

Tengok laa...Siap bersinar2 macam baru~~~ Hahaha~~

Ishhh =D

Dah kuar entry ini. Pasal plan nak buat reunion secara kecil-kecilan tu... Langsung je dapat komen dari Miss Arween...

Keh keh keh... Siap nak tumbuk tu kalo tak datang... Haritu kata nak seret dari Kuala Selangor sampai ke Penang kalo aku mengada2 tamau balik...

Makin ganas sepupu aku yang sorang ni sejak2 nak kawen...

Scary ouh... Baru plan nak menggedik sempena Valentines Day...Haha... =D

Lawak Pagi2


Baru dekat2 9.30 pagi... Kira pagi la kan? Aku terjumpe la video yang kawan2 aku letak kat fesbuk... Siap dengan ucapan "khas buat anda yg stress bekerja kat mesia tuh.........hope it'll bring back those sweet memories.....once upon a time :D" Aku pun teruja la nak tengok sebab aku pun agak stress (konon2 la kan) dengan pre-tesis... Ye la nak cari bebahan kan...

Yang tu takde translation, tapi dah gile2 dah aku gelak tahap lembu2 [baca: kaw2] Pastu aku mintak aa yang translate punya. Supaya lagi sakan aku bergelak. Membe aku si Mak Yong Mirin ni pong bagi la link ini. Credit to Leokid la atas usaha beliau translate dekat Youtube sana.

Sumpah aku tak expect exam kat Russia macam ni... Kalo Melesia buat macam ni, sah2 ramai menggelupur nak jawap depan lecturer. Nak plak kat UNiSEL tu... Depan Prof Syed... Maka, beramai2 la repeat Signal & System tu tak lepas2...


Sikit pembetulan: Yang tahun 1940 tu adalah 1904...Menurut komen dalam youtube tu aaa...

Kredit jugak kepade Amir Kamardin a.k.a Mak Yong Mirin Hah! Ko pong aku letak mencapub kat sini. =)

Selamat bergelak-ketawa di pagi hari.

Korang MESTI tengok sampai habis sebab yang ending video ni memang tak boleh blahhh~~~!!!

Friday, January 22, 2010

Mari Membuat Keputusan

Aku macam dah jumpe ape aku suka. Memang ape yang aku nak. Itu pun kebetulan bakal pilot merangkap kawan baik satu mase dolu2 online. Sempat la interview serba sikit.

Yup. Pasal tajuk pre-tesis membawak ke tesis. Haritu briefing lecturer tu cakap ikut ape yang kita minat. Aku ni dah la addict dengan dokumentari Aircrash Investigation. Jadik memang aku minat gile ngan kapal terbang.

Tengah pikir pasal Glass Cockpit skang. Macam mabeles je... Tengah google2... Hmm... Sape2 yang terlibat dalam aviation industries nih... Tolong la bagi komen dan nasihat serba-sikit kat aku ye.

Takziah atas kemangkatan almarhum DYMM Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Baru semalam aku kehilangan kawan. Rakyat Johor plak kehilangan sultan.

Blush2 Malu Sambil Gelak Guling2... Ehehee...

Fesbuk memang sangat berguna bagi aku. Skang aku tengah giat kumpul kawan2 lama sekolah rendah dulu sebab nak buat renion [baca: reunion. Citer Adnan Sempit la punya pasal ni] Konon2 planning nak jumpa secara kecil-kecilan 13 February nanti. Sangat tak sabar tau?

Ramai2 yang aku add tu, tag kat gambar ala2 MLM tu, aku macam tak percaya je bleh jumpa dorang ni semua thru fesbuk. Masing2 dah lain semua. Dulu2 semua comot2, nakal2... Memang perangai takleh blah la masing2. Dan paling aku tak boleh lupa sekali adalah cerita aku bertumbuk masa darjah 2 dulu.

Pada yang tau tu, tau la kan... Bukan aku nak citer balik... Tapi aku sangat2 terkezut dalam ramai2 yang aku add tu, orang yang tumbuk aku dulu pun ade jugak. Mula2 tu aku tak perasan. Ye la masing2 muka dah agak berubah kan?

Tapi tiba2 dier boleh tegur aku kat fesbuk chat. Dah la nama memang tak boleh blah. Sumpah aku memang tak kenal la mula2 tu. Lepas tu dia start tanya,

Awak kan yang saya tumbuk dulu?

Aku dah blur... Memang aa dulu ada manusia tumbuk aku kan masa dulu... Tapi dier ni ke? Nampak macam baik je... Hahah!!

Ha'ah. Penah la kene tumbuk dulu. Tapi ko ke tumbuk aku?

Aku tatau reaksi dier cemana, tapi macam rileks je reply...

Saya ingat penah tumbuk orang dulu... Nak plak nampak nama ada ti...ti... kat blakang... Rasanya betul la kot awak.

Goshhhh!!! Gile weh... Aku dah takleh nak control gelak sorang2 depan laptop... Alahai... Tenkiu banyak2 la fesbuk oiii... Terjumpa pulak dengan ex-enemy dulu nihhh...Haha...

Aku pun sembang2 la pasal hal reunion tu... Dier cakap takley datang pasal ade hal... Tapi aku cakap bukan gather lama2 pun... Just nak sembang2 balik je nak jumpe kawan2 balik... Memang dengan dorang semua tu (kecuali Iryani) dah 13 tahun aku tak jumpe. Serious!! Cepat betul masa berlalu...

Itu sorang. Semalam pun gelak tak berenti jugak pasal Fikri bukak citer kami kuar ramai2 pegi Kompleks Bukit Jambul dekat umah aku dulu tu. Siap sesat2 sampai tingkat paling atas. Pastu takde orang nak naik atas plak kan. Sampai si Saiful dah macam nak menangis dah masa tu. Haha. Memang banyak cerita la reunion nanti.

Berbalik pade ex-enemy aku tu. Beriye2 sungguh la mintak maaf kat aku kan. Ehehe... Aku pong mintak maaf gak kat dier sebab tumbuk dengan penuh perasaan haritu. Cikgu suruh kan? Haha... Ishhh... Mengada2 btol aku beriye2 suh dier show up jugak masa gathering tu.

Skang aku pulak tengah malu nih. Memang sumpah aku takleh lupe citer kene tumbuk tu. Sampai ada perasaan nak pakai topeng Power Rangers kaler pink pula pegi gathering tu nanti. Adoiyaiii... Sengih sorang2 tadi masa chat ngan dier. Haha...

Memories.

Aku suka fesbuk!

Thursday, January 21, 2010

Lost Another Friend

Dia adalah kawan lama masa sekolah2 dulu. Not too close but still friends. She's suffer brain tumor all these while rupanya.

Ingat lagi masa lepas add dia kat fesbuk. Dok gurau2 pasal dia makin chubby n nampak hepi. Tiba2 4 Januari haritu dapat berita dia masuk Hospital Seberang Jaya. Then 10 Januari transfer ke GH Penang. 14 haritu operate. Sangat kesian.

Sungguh singkat perjalanan hidupnya. Aku sampai 2x letak status pasal dia kat fesbuk. Mula2 tu confuse jugak. Sebab lain2 version cerita aku dapat. Sampai aku jadi takut kalau2 salah info.

Anyway, Allah lebih sayangkan dia.

Setiap kali aku dengar lagu Handy Black nih mesti aku teringat kat dia. Dulu2 aku suka kacau dia dengan lagu ni masa mula2 tau nama dia kat skolah dulu. Hmm...



Al-Fatihah buat Serie Arenawati.

Thanks, Jumie for ur updating at fesbuk.

Uhhh... Jagalah MyKad Anda

I'm watching Buletin Utama while updating this. Ada orang ini, MyKad dia hilang. Lepas hilang tiba2 dia terbeban dengan hutang kereta mewah dan moto. Gile dowh. Sekarang ni senang betul orang guna MyKad orang lain untuk sabotaj hidup orang lain.

Ni da buat aku pikir, ape mechanism yang bank2 atau mana2 tempat ada untuk sahkan orang yang datang buat pinjaman, jual-beli, etc, tu menggunakan MyKad sendiri untuk buat apape urusan n pinjaman? Adakah kalo nak buat apape pinjaman, kita boleh pegi "bagi pihak" orang lain?

Seriously it makes me wonder...

Ini Merupakan Tahun Ke-4

Setiap 21 January... Walau macam mana kuat pun keazaman aku untuk ber-suka-suki, nak hepi2kan diri... Tapi hakikatnya aku memang tak boleh lari dari ingat satu-persatu duka pada tarikh tu, 4 tahun lepas.

Sekarang dah 4 tahun. Alhamdulillah aku hampir2 recover dari trauma teruk tu. Aku juga dah tak buat benda bukan2 menjelang tarikh ini seperti yang tahun2 sebelum ni.

Macam duduk termenung sambil menangis sampai buat semua orang risau, bercakap sorang2, lupa makan+minum, tak pegi kelas, etc...

Kawan2 yang banyak memberi sokongan moral jugak agak ramai dah ingat2 lupa pasal tarikh ni.

Cuma satu.

KALAULAH dia masih hidup...



AKULAH INSAN YANG PALING GEMBIRA TENGOK DIA MEMBESAR DI DEPAN MATA.



I'm sorry. Really2 sorry. Used to hate U because of him, but just realize that I love U. Only U. Since the day, 4 years back. That's the fact.

Al-Fatihah.

P/S: Ini bukan cerita pasal anak kucing yang dah mati. Lebih serius dari itu.

Wednesday, January 20, 2010

Random #21

Hari Isnin = Chill!!

Hari Selasa = Enjoy!! Satu kelas sudeyhhh~~~ Harap2 Robot Dynamic tu pegi hari lain! Tinggal MCS je. Bleh lepak2 sikit... Ingat tesis oiiii~~~

Hari Rabu = Masih boleh senyum...

Hari Khamis = Jadik zombie...Kill! Kill! Kill! Die! Die! Die! Huhuhhh...

Hari Jumaat = Kamu nak start lab bila? Dengan saya 2x je. Lepas tu kamu masuk lab strength plak.

P/S: MCS hari Selasa je kelas pagi2 buta... Yeahooooo~~~~~~~~~

Tuesday, January 19, 2010

Perangai Macam Bangsat.

Ada orang tu... Selalu tukar nombor fon... Konon tamau aku ganggu la kan... Aku plak rileks2 tak penah nak tukar nombor fon... Dan langsung lupa siapa dia dan tak hingin langsung nak contact. Tapi last2 dia jugak terhegeh2 contact. Tanya khabar. Konon kalo aku reply, dia boleh sound,

"Mana awak dapat nombor saya? Setiap kali saya tukar nombor, mesti awak tau, lepas tu awak cakap saya kacau hidup awak. Mana ada?"

Tolong la. Aku tak perlukan orang pathetic macam ni. Macam celaka.

Dulu2 siap menyamar lagi semata2 nak aku reply SMS dier. Kenapa masih ada lagi lelaki berperangai bangsat camni? C'mon la. Terus terang je la kalo ko masih takleh lupa aku. Nanti boleh aku reject kau lain kali.

Sesekali aku nak bersikap kejam, boleh? Sekarang aku takkan reply SMS dier sebab aku bukan pompuan murahan.

Benci betul la dengan ex aku. Rasa nak bunuh je dia. Baru senang hidup aku kot.

Jangan Nakal2...

Tengah best2 bawak moto dalam kelajuan 110 km/j... Tiba2 dari kejauhan nampak seperti keta polis. Cepat2 slow down se-slow mungkin dan berlakon konon2 bawak moto dengan sopan. Cis! Anak wayang sungguh! Padahal polis tu pun dah siap2 nak blah dah...

Second Day...Uhhh...

Pagi2 dah ada kelas. Clash plak tu. Dah kene pilih nak masuk kelas MCS atau kelas Strength yang aku repeat tu. Last2 pegi Strength je. Dari 8.40 sampai ke pukul 9 pagi, aku dengan lecturer je dalam kelas. Pastu borak2 la ngan lecturer je. Tiba2 masuk si Zef. 3 orang je dalam kelas. Ape jadah?

Fakulti pun lengang gila. Kelas abeh awal. Pukul 10 pagi kot baru nampak kelibat student2 lain. Kelas lain2. Dorang ni semua jenis tak aktif di waktu pagi rupanya. Huhu... Kena mintak tukar jadual nih. Aku pun tak suka kelas pagi2. Tambah plak tadi pagi hujan lebat. Sedap gila sambung tido. Setan la ni hasut. Ishhhh...

10.30 pagi aku ciao. Balik umah. Pukul 5 kang ada kelas lain plak. Apa gila aku nak lepak sampai pukul 5 nanti? Baik aku balik je. Boleh main Google Map lagi.

Google Map takde letak UNiSEL Bestari Jaya tu plak dalam peta. Setakat Jalan Timur Tambahan je. Apa barang? Letak situ 26.0 km. Pastu estimation time : 30 minit.

Bleh klik untuk BESAR PUNYAAA~~!!!

Tapi tengok meter moto aku, dari umah pegi UNiSEL adalah lebih kurang 32km. To be exact la. Dan brapa lama masa aku amik dari umah sampai ke UNiSEL? Dalam 15-18 minit.

Saya suka kelajuan!!!

Orang cakap Kuala Selangor jauh? Apadehal? Kalo korang rasa horror, tipu la kan korang takkan bawak keta laju2 bila jalan lengang + clear macam situ. Yang bawak moto pun... Sebab seumur hidup aku... Aku kenal sorang je manusia yang bawak keta dengan cukup berhemah. Tak kurang dari 60 km/j, tak lebih 80 km/j. Pendek kata aku takyah risau la kalo naik keta ngan dier. Hehe. Confirm selamat. Ke ko dah berubah sempena 2010 ni, Rezan?

Haha.

Monday, January 18, 2010

New Mission

Phergh! Macam gempak.

Masuk semester baru. Kene pegi kelas. Arghhh!! Takde lepak2 macam praktikal dulu. Tapi anggap je aku praktikal haritu sebagai cuti2. Bukan ape... Kalo belajar semester lepas pun belum tentu aku bleh habiskan semester dengan jayanya. Tak pasal2 kang tengah2 semester atau lepas raya tahun lepas, terus aku mintak tangguh semester. Tak ke haru?

Aku bukan kuat sangat nak harung semester lepas tu sebenarnya. Mujur la kena paksa pegi praktikal. See? Ada jugak hikmah kene paksa pegi praktikal oleh Mdm. Pizah.

Frankly speaking, semester lepas, emosi aku betul2 tak stabil lagi. Mujur la dapat praktikal kat tempat yang fun. Orang2 situ semua concern pasal aku. Ingat lagi semua kelam-kabut masa abang aku masuk hospital kene batu karang tu. Siap nak suruh aku cuti lagi. Tapi aku masih ok. Rileks2 lagi sebab abang aku bukan tenat sangat sakit tu. Cuma aku horror la tengok batu2 yang berjaya dikuarkan tu.

Mujur dapat tempat praktikal rileks. Takyah pikir2 pasal kuiz, test, assignment, dan tido lewat2 malam. Paling teruk pun pikir pasal final report. Takde la teruk sangat pun. Sebab kena cerita je ape aku buat hari2. Still banyak masa untuk termenung teringat kat arwah. Lepas tu menangis sorang2. Lebih2 lagi raya. Emo jugak duduk umah sorang2. Bila bosan, tido. Bangun balik, makan. Lepas tu tido. Bosan tido, online. Sebab tu malas amik cuti lama2 raya haritu.

Sekarang aku dah relief. Aku rasa bleh la kot nak harung semua2. Kawan2 pun walaupun ramai dah blah pegi praktikal, tapi aku masih lagi ade kawan2 lain sebagai kawan kontrak 1 semester ganti tempat Mark study sama2. Hehe. Tak susah. Bagi souvenir aku pegi Singapore haritu dah cukup. Terus ada bestfren untuk 1 semester. Siap boleh bincang2 pasal pre-thesis lagi.

Tapi pre-thesis aku still takde tajuk... Camne ni? Ingat nak buat pasal projek aku yang tak brape nak berjaya kat Intel haritu. Tapi sah2 la confidential. Adoiyaiii... Tolong2... Tapi takpe. Ada masa lagi.

Semester ni aku dah bersemangat kembali. Harap2 boleh la baiki apape yang patut, naikkan apape, baguskan ape yang kurang, semakin rajin ke, terang hati ke... Dah puas berehat semester lepas. Chaiyookkk!!!

Rindu tu still ada. Tapi masih under control. Mission baru lebih penting. Apa pun, thanks banyak2 kepada kawan2 yang still sayang aku. Support semua. Family abang aku. Semua2 lah. Korang la sumber kekuatan bagi aku skang. Nanti dah keje, aku belanja choki2 sorang satu ye.

P/S: Terpanjang plak luahan perasaan. Haha.

Saturday, January 16, 2010

Random #20

Bosaaaaaaaaaaaaaaaannnnnn!!!!

Sok nak pi men bowling. Sapa mau ikut?

Semua Di Hujung Jari

Sekarangkan... Sape takde laptop atau PC at least sebijik dalam rumah, dia ketinggalan zaman.
Kalau ada PC atau laptop, tapi takde internet connection, pun kire tak cool.

Percaya tak rakyat Malaysia skang makin senang-lenang sejak ada benda2 hujung jari ni?

Dari hal ehwal bayar saman, bayar bil, check status PTPTN, urus bank2... Sampai la ke masak2, cari resipi, cari gaduh, cari jodoh, membawak ke pengurusan jenazah. Semua boleh buat online. Magic bukan?

Dari segi kemanusiaan pun boleh buat luahan secara online. Macam aduan rakyat TV3 tu. Rileks gila la skang. Agak2 nak bagi bantuan kepada yang tak berkeupayaan pun boleh je komplen situ. Lepas tu baru tindakan sepatutnye diambil.

Nak dating pun skang takyah susah2 nak curi2 call, pastu ajak jumpe kat taman sambil nyanyi2 macam citer2 zaman 80'an dulu. Nak dating 24 jam sehari sampai lebam, face to face, sampai boleh tertido depan PC/ laptop pun bleh skang. Yang duduk jauh2 pun takyah risau bil melambung2 sebab homesick.

Pendek kata segala urusan skang senang buat online je.

Mujur la sekolah2 tetap jugak kene pegi. Kalo tak, mesti membazir bina skolah besar2.

Aku teringin nak cakap Malaysia pun skang macam ditadbir secara online. Bukan apa, benda tak betul sikit semua bleh tau dengan online je. Sampai skang nak buat status mengarut2 ala2 sarkastik dekat fesbuk pun kene pantau. Kene berhati2. Senang gila laa nak kene tahan sekarang ni.

Aku berharap statement last aku tu takkan buat aku kene tahan nanti.

Salah Nombor Ke?

Macam biasa... Akibat ke-tidak-puasan-hati pasal skynet haritu, aku punya la gigih call abang aku nak mengadu... Skang aku memang suka mengadu by call. Dah tak macam dulu, ada hal sikit tak puas hati ke, ngamuk ke ape, mesti nak SMS. Kira dah berani bersuara la skang =)

Aku call... Dulu dia ada caller ringtone merapu2. Lagu macam funfair kadang2. Lama gila la dia ada caller ringtone camtu. Macam takde hati nak tukar langsung. Tapi haritu tiba2 aku call... Dengar lagu macam takleh blah.

Aku siap check lagi betul ke nombor aku call?

Banyak kali dah check. Betul la...

Letak lagu sedih. Mana aku tak confuse. Huhu...


Tiba2 aku suka dengan lagu tu. Sorry la Angah. Adikmu lepas ni call semata2 nak dengar caller ringtone je. Jangan memandai2 nak jawap plak. Ahaha...

P/S: Sejak bila dia layan jiwang? Dan sejak bila plak aku bleh tersuka lagu tu? Dulu2 kami kenal rock kapak je. Aku lagi la... Stok2 alternative je aku layan...Huhuhh...

Friday, January 15, 2010

Oppss~~

Skang guna internet, blog, fesbuk, apape networking online kene EXTREMELY berhati2 dan BERHEMAH TINGGI.

Letak komen pun takleh emo2 terlampau. Nampaknye aku kene limited komen2 nak pukul2, nak bakar2 ni semua. Lepas ni mungkin kalau marah sangat pun, bleh guna ayat seperti...

"Geramnyaaa... Rasa nak belai2 dengan penuh kasih-sayang je orang yang buat tindakan camtu"

Hmm... Agak2 ok ke?

Sebab aku baru tengok berita dekat NTV7. Pasal budak mana tah letak komen pasal nak bom apa benda tah... Aku tengok pun separuh jalan. Jadi tatau sangat. Tapi aku boleh simpulkan kene lebih berhati2 bila nak letak komen.

Sayangi RM50,000 anda. Akan terbang begitu sahaja kalo tertangkap. Huhuhhh...

Macam status YM Apit semalam: " Money is not everything, but everything needs money"

Mari Minum Solivite!!

Terbeli Solivite plak kan... Haha... Macam2 jenis air bukan2 aku pegi borong kat Tesco tadi... Pastu ada auntie jual Solivite ni suh aku test rasa air kat situ... Minum la kan... Air free... Hehe... Pastu dia cakap beli la satu... Ada free pembaris. Langsung aku beli... Dah takde pembaris plak kan... Gelabah betul...Isnin dah start kelas dah...Dapat pembaris gambar Ben-10 plak tu...

Auntie tu siap tanya... Tamau ke beli Calci-Yum tu... Apehal pulak kan nak beli CalciYum tu... Aku tanye balik auntie tu... "Boleh ke tinggi kalo makan CalciYum tu...?"
Auntie tu tanya aku balik... "U dah kawin ke belum?" Aku cakap la belum...Huhu...

Pastu auntie tu cakap, "Ha, betul la I nampak U muda lagi, belum kawin... Boleh je makan ini CalciYum..."

Apa kene-mengena CalciYum ngan belom kawen ni? Confuse aku sekejap...Aku cakap laa kat auntie tu... Auntie tu cakap...

"Haiyyaaa... I nampak U muda maa... Kalau U makan CalciYum U boleh jadi tinggi maa... U pun belum 18 tahun kan? I punya anak haa... Lagi tinggi woo makan ini..."

Hahaha... Berderai2 aku gelak... Lagi sorang dah confuse ingat aku under 18...

Aku cakap, "I tahun ni dah 25 tahun la auntie... Heheh..."

Auntie tu geleng2 kepala je... Lepas tu cakap, "Ya kaa... Alaa...U pun bukan pendek sangat maa... Tapi tipu laa U 25 tahun ni... I tengok macam sekolah2 lagi..."

Haha... Adoiyaii... Sebab tu aku malas nak berterus terang umo aku bape dengan sape2. Confirm 80% orang yang jumpe aku tu tak percaya. Malas nak explain. Haha...

Jom minum Solivite!

Random #19

Hari2... Dekat fesbuk, mesti ada je manusia yang berani pukul aku dengan entah apape jenis bantal...Huhuhhh...

10 Fakta Adnan Sempit Dan Kitorang

  1. Nyaris2 tak dapat tiket sebab da full dan sampai TGV dalam masa ngam2 dengan Sab bawak keta takleh nak lebih 100km/j.

  2. Hampir2 berkira2 nak main zero-point dekat pembahagi jalan nak masuk Jusco Bukit Raja sebab orang luar biasa ramainye pasal J-Card day. Huhuhh...

  3. Dapat seat sederet kami 4 orang belah tepi2.

  4. Bengang dengan orang belakang asik tendang2 kerusi. Ko nak buat acara keluarga muhibbah pun agak2 la kan...

  5. Orang belakang gelak macam pontianak. Kami cuba beat tapi tak dapat.

  6. Adore gila2 dengan quote, "kerana nila setitik, rosak rempit sebelanga" dan "I dont want banana fruit two times"

  7. Shaheizy Sam tetap comel tak kira masa dan keadaan sekalipun.

  8. Satu2nye rempit yang berhemah dan kantoi buat wheelie...

  9. Cat Farish sebagai penasihat pun kelakar jugak... Lebih2 lagi "penyanyi tetap" gerai beliau.

  10. Aku juga bercita2 nak tukar moto... Nak jugak Modenas GT 128. Sebab lebih ringan dan laju. LC 135 pun bleh kalah beb!! Penah test nih... Err... Jangan bagitau Jonny, ok?

Thursday, January 14, 2010

Nak Gurau Pun Agak2 Laa

Bukan semua benda boleh di bawak bergurau ye. Lebih2 lagi pasal mengungkit hal2 orang lain yang dah lepas.

Mengungkit cerita orang lain sampai buat orang lain rasa sakit hati tu bukan gurauan yang baik ok? Walaupun dah berapa tahun dah lepas dan orang tu sendiri pun dah nampak hikmah kenapa benda macam tu terjadi.

Eh, ko sape ha nak umgkit2 konon2 nak provoke la nak buat orang tu menyesal...Hujung2 kata nak gurau2...

Apalah... Aku bukan la sorang sensitif sangat bab2 gurau ni...Nak gurau kasar pun aku boleh je...Tapi kalo bergurau pasal past life aku, bila aku pun malas nak ungkit balik cerita tu, dan bunyinya lebih menjurus ke arah macam tak percaya pada Qada' dan Qadar Allah adalah 1 benda yang aku memang absolutely takleh terima.

Nak bergurau pun pikir la dulu...

Beza ok kalo orang tu nak cerita pengalaman dia yang lepas2 dengan orang yang provoke konon2 kalau jadi macam dulu tu baguih la apa semua...

Sapa makan cili, dia la rasa pedas. Aku ignore je. Benda ni jadi dalam fesbuk. Lantak ko lah!
Tengah dating sepenuh masa dengan Jonny. Jangan sibuk. Huahuahua~~~~~

Random #18

Mari burger-m-bira!!

Wednesday, January 13, 2010

Bengang Lagi

Ha'ah. Cantek. Helmet je sampai kat Kuala Selangor. Motonye dekat situ lagi. Katanya tak cukup lori. Apahal pulak tak cukup lori ni wey? Janji sampai esok. Tak kira apa pun harini antar esok sampai. Argh! Merepek la skynet nih!!

Malar da bising2 pasal aku cakap file2 dier aku antar lambat sikit. Nasib kau la. Kirim kat aku sape suruh? Mana la aku nak tau jadik camni...

****UPDATE****
Pakcik Manager skynet Kuala Selangor merangkap ayah angkat aku (tiba2 je kan?) bersemangat waja cakap esok Jonny sampai. Huhuhh... Aku dah cakap dahh... Sume staff skynet Kuala Selangor takkan cari pasal ngan aku sebab dorang sume kenal aku sesangat dah...

Yang takleh blah ni skynet Penang. Dah la beriye2 suh abang aku tulis alamat umah. Aku da cakap ngan abang aku aritu tulis je opis skynet Kuala Selangor...Taknakkk... Nak jugak tulis alamat penuh umah aku... Skema sangat... Skang? Aku gak yang susah hati sebab tak jumpe Jonny.

Padahal ko tulis alamat penuh2 tu pun macam la dia nak antar moto tu sampai depan pagar umah... Last2 ko kene pegi jemput dekat depot jugak... Senget betul!!!!

Tuesday, January 12, 2010

Dia Comel. Sangat2.

Rasa macam nak pindah pegi Romania lepas ni.



AAAAAAAAAAaaaaaaaaaaa!!!!!!!!

Geram gila. Bengong punye SkyNet. Abang aku suro antar moto tu ke KUALA SELANGOR laaa.... Memang la alamat umah aku Taman DESIRAN MALAWATI. Abang aku request antar Jonny ke Skynet Kuala Selangor... Dan of course la alamat aku ade terdapat perkataan MALAWATI tu. Tapi takleh ke dorang bace betul2 kawasan dengan poskod? Arhhh...

Bukan abang aku suh antar dekat Melawati Courier Services dekat Diamond Square off Jalan Gombak dalam KL sana tu... Apa gila aku nak amik Jonny kat situ padahal jarak umah aku dengan SkyNet Kuala Selangor tu cuma dalam 10 minit berjalan kaki?

Klik untuk view yang mungkin lebih besar dan jelas.

Berapa jauh jarak umah aku dengan tempat dorang antar Jonny tu cuba korang tengok? Pastu bleh suro komplen2 semua kat Penang. Tu da setel sebab esok abang aku akan pegi komplenkan.

Stooooooopid2!!!

Nyanyuk betul SkyNet Penang. SkyNet Kuala Selangor tak penah pun cari pasal ngan aku. Penang punye SkyNet? Huh! Suxxxx!!! Dah la haritu antar Jonny kat aku dalam keadaan calar-balar. Kesian Jonny.

Tak pasal2 kawan2 aku semua ingat aku penah eksiden dengan Jonny. Padahal sekali je pun aku jatuh dari moto tu. Tu pun masa first day beli dier masa nak pegi isi minyak.

GERAAAAAMMMMMMMMMM~~~~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Punya la tak sabar aku nak jumpe Jonny harini, last2 esok baru dapat. Tak dapat la aku nak pegi register awal2 pagi... Kene pegi tengah hari sikit. Huhuhh~~!!!! Camne nak jumpe kawan2?

Baru Tak Baru Laa...

Lagi sorang sedara aku dah terjebak dalam kancah blog2 nih. Haha! Ekceli dah lama dah. Tapi sebab aku pun baru tau...Keh...Keh...Keh...

Dier ni merupakan anak kepade sepupu aku. Ehehhh... Taon nih form 5... Comel je blog dier macam tuan dier jugak... Sile2 la melawat. Bukan nak promote pun... Cume saje2 je suh korang jalan2 situ bila agak2 menyampah tengok aku update banyak2 serta merepek2 je lebih...

Haha...

Macam biasa la bleh klik kat gambar tu untuk pegi ke blog Raihanah nih. =)

Barn Buddy


Baru2 ni aku perasan yang Barn Buddy pun dah ada avatar sendirik. Annoying ok bila ayam pun lebih besar dari avatar aku. Terasa macam kena perli plak yang aku ni tak membesar2. Cesss~~!!!

P/S: Makyongggg~~!!! Apsal ko suke sangat mencurik kat kebun aku, hah?!!!

Monday, January 11, 2010

Random #17

Oh ye. Gud luck kepada yang start praktikal pade hari ini (pagi tadi). Jangan gelabah2. Nanti kene gelak.

Aku dapat offer ke tak?

Hmm... Aku tak kisah pun kalo tak dapat offer. Lagipun aku bukan final year masa praktikal haritu.

Aku juga mengamalkan konsep "Rezeki ada di mana2"

Jadi aku tak kisah. Lalala~~

Uji Minda Secara Tak Serious

Lama betul aku peram bende ni sebab letih pala otak punye pikir hadiah ape paling best untuk orang yang usaha gigih2 dan amik serius contest 'blank' yang aku buat dulu... Sebelum ni pun banyak jugak sesi uji minda yang aku buat. Tapi tu semua suka2 dan aku takde janji nak bagi adiah. Yang ni ade aku janji nak bagi hadiah. Rugi sape2 tak serious kan? Hehehh!!

Haha... Betul... Aku cakap nak kasik hadiah tu memang tak memain... Lagi seronok bila tak dapat sambutan walaupun dekat 2 minggu aku buat sticky-post menatang tu. At least aku takyah susah2 nak pikir jawapan sape best kan? Haha...

Tapi ni bukan soal jawapan best ke tak... Tapi lebih kepade kesungguhan menjawab. Sampai bersembur2 aku gelak dalam opis masa praktikal dulu. So, pemenangnye adalah ini.

Bleh tekan kat gambar untuk pegi ke blog pemenang. Sila jeles dengan beliau.


Hadiah pulak adalah ini. Nanti datang umah untuk claim. Jangan mengada2 nak suruh pos, ok?

Gila jauh hadiah ni datang.

Random #16

Header dah tukar. Semua2 tukar kot pada pagi2 buta ni sebab tak boleh lelapkan mata. Tuan punya blog je belum tukar.

Jangan rasa salah terjah blog. Saja tukar2 sebab dah bosan.

Random #15

Hari Selasa cepat lah datanggggg~~~~~~~

Sunday, January 10, 2010

Selongkar Album #4

Buruk gile zaman kadet dulu...
Dah la gelap2, busuk...Eeee...

Takde tarikan graviti langsung!

Aku ingat abeh da pupus segala memory aku untuk setahun dalam ATMA sebelum kene tendang...Ada lagi rupanya... =)

P/S: Teka di mana saya?
(Takde adiah. Dah separa bankrup membayar yuran)


***Update***
Aku rindu korang. Pffttt!!
Insan bermasalah dengan aku takde dalam gambar ni. Yippaaa~~!!!
Consider this piece as a sweet memory-lah!

Boring...

Rasa sangat2 boring. Tatau nak watpe...
Jonny plak Selasa nanti baru sampai...

Eh? Selasa?

Bye. Nak pegi bank-in duit untuk pos Jonny ke sini.

Lupa plak.
Huhu...

Saturday, January 9, 2010

Isu Harga Yuran Naik Jadi RM307.50 Sebab Takde Short Semester.

Nak maki pun takde selera.

Pertama sekali, terima kasih kepada Incik Apa ke nama anda sebab telah bagi saya fail subjek Fizik kegemaran saya ketika di ATMA dulu.

Saya juga berterima kasih kepada mereka yang terlibat dalam memberi sokongan moral ketika saya dalam skuadron bravo dulu. Kechek Bravo dah tinggal legend. =)

Pengalaman itu menyebabkan saya tercampak ke tempat saya belajar sekarang. Kerana suatu ketika UiTM tidak mahu menerima saya sebab takde MyKad. Saya hanya mempunyai BatC10 iaitu kad pengenalan tentera sementara tunggu untuk dapat MyKad.

Banyak benda saya belajar di sini.

Antaranya saya lebih ligat berfikir pasal politik. Saya juga lebih pandai emo dan marah2 orang sekarang. Sesuatu yang saya sangat tak pandai masa zaman2 saya skolah dulu. Selain itu saya lebih berwaspada dengan penggunaan duit serta menjadi sangat mata duitan.

Last sekali, terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam memotivasikan diri saya untuk menjadi seorang yang lebih berhaluan kiri dan berfikiran seperti penjenayah dalam pelbagai aspek.

Saya tengah emo.

Pengalaman Saya Ke KL Bersama2 Kumpulan Tabligh

Sumpah driver bas bawak bas tak laju. Biasa aku sampai KL dekat2 pukul 4 pagi. Kali ni aku naik bas pukul 12.35 pagi sampai kat Hentian Pudu ni dalam pukul 5.10 pagi. Hebat tak hebat. Lain kali nak naik dengan kumpulah tabligh ni lagi lah.

Baru aku tau, tabligh pun ada kursus.

Makcik yang borak2 dengan abang aku masa tunggu aku naik bas yang cakap. Nak harap aku sembang dengan orang2 tabligh?

Jangan harap.

Thursday, January 7, 2010

Mana Aku Ilang 2-3 Hari?

Tanya sama modem dan jugak selkom prepaid. Dorang cam celake. Rugi plak aku topap takleh gune beberapa hari tu... Arghh!!!

Tuesday, January 5, 2010

Lesson Learn #3

Mula2 aku adalah neutral dan gembira. Membaca blog ulasan bola sepak kegemaran kat sini.

Ada link. Aku follow. Kat sini.

Rasa sangat tak senang hati dan sikit goyah untuk terus berasa gembira. Tapi ada link lain yang related dengan link kedua tu. Kat sini.

Mula rasa seram2 sejuk dengan kelajuan kipas yang menambahkan lagi rasa sejuk dalam bilik. Dengan hujan pulak kat luar tu. Tapi masih ada lagi link related. Kat sini.

Akhir sekali aku ke sini.

Setiap 'sini' ada link. Tolong la baca. Marilah kita insaf beramai2.

Ok. Aku rasa blog aku dah mula ada unsur2 ilmiah yang semakin berkembang semenjak-dua menjak ni. Walaupun hanya tumpang artikel kat blog orang je. At least aku pakse korang dengan cara yang baik supaya pegi sana baca dan aku malas mau kopipes.

Ini adalah persediaan untuk menghadapi pre-tesis dan tesis kelak. Harap maklum.

Monday, January 4, 2010

Random #14

Praktikal tak amik kira dalam CGPA ke?

Pandai2 suruh aku pegi praktikal lepas tu baru boleh buat pre-tesis dengan tesis tu apahal? Kalo boleh naik CGPA takpe gak. Tak pasal2 spirit dah down sikit. Nak kene pukul agaknya orang yang pandai2 bagi cadangan macam tu. Dah la sebab praktikal masa 3rd year mengakibatkan aku tak dapat full elaun. Bukan dia nak ganti balik pun elaun aku.

Nasib baik la dekan baik hati bagi aku A.

Boleh claim dean list tak ni?

Lagi 2 Minggu...




Haa... Lagu ni khas untuk korang sebab korang dah kena curse pasal follow blog aku. Muahaha~~!!! Korang tatau aku adalah seorang yang bahaya sebenarnye.

Takde lah.

Anyway thanks la sebab jadik follower blog merepek2 milik aku ni. Ekceli aku tengah boring tahap puaka tu pasal aku rajin update. Tambah plak aku takde apape bende nak buat selain merayau2 tanpa hala tuju dengan Jonny atau family abang aku, dan balik terus update blog komplen pasal benda bukan2 yang aku terjumpe masa tengah buang2 masa dengan dorang.

Itu la keje aku.

Lepas 2 minggu ni aku tatau la sama ada aku akan rajin update macam ni lagi atau tak... Sebab maybe dah start dengan noob life aku. Pegi kelas, balik kelas, tido. Makan sikit2 kalau ingat. Lain2 plak buat esemen. Nak lepak ngan kawan2... Rasa2 nanti tinggal Anis je. Sumpah bosan. Kutu2 lain dah blah pegi praktikal. Itu la, semester lepas aku tinggal dorang. Skang aku plak kena tinggal. Padan muka aku!

Aku harap nanti kalau2 aku dah sampai tahap tak berapa nak rajin update, jangan korang plak lari tinggal aku... Mesti aku rasa sedih nanti. Bila sedih nanti mula la buat benda2 yang lebih menjurus ke arah pembaziran duit secara berleluasa. Seperti memborong yogurt drink secara pukal dekat Tesco Kuala Selangor tu. Bukan sikit2 punya beli.

Eh, jap... Bukan ke azam tahun baru aku adalah untuk bergembira?

Huhu.

K la. Sayang korang!! Muah3x!! [Saja nak gedik sikit]

Sunday, January 3, 2010

Random #13

Sapa2 ada idea tak tentang cara paling cepat dan berkesan nak stop email bukan2 yang bertajuk seperti "Rahsia Jana Pendapatan Sehingga Bla...Bla...Bla...", "Baru dilancar...Bla...Bla...Bla..."

Gila annoying tau? Sebelum ni masuk dalam spam je. Tapi sekarang dah berleluasa masuk inbox plak. Menyemak gila. Mana la dorang ni dapat email aku...

Letih tau tak cari button unsubscribe?!!!

Eh, jappp...

Tapi yang berbahasa Melayu ni suka betul create legal mail, pastu main foward beramai2. Dah la takde wujud butang unsubscribe. Ayoo... Pening laaaa~~~~!!!

Heran

Benda ni aku jumpa dalam Spam box kat email aku.


Sejak bila pulak alamat umah aku, 21 Lintang Bayan 4 yang selama ni aku tau ada sebijik je dalam Malaysia, terletak dalam Pulau Pinang tu boleh terdapat di Illinois dekat2 Amerika sana?

Nak kena bagitau Obama ni...

Kedai Makan Yang Tak Patut Korang Singgah.

Citer ni agak basi sikit sebab citer malam semalam. Takkan aku nak publish semalam jugak2 kan? Mampus plak kang korang muntah2 biru air laut sebab tengok aku update sekali banyak2. Bak kata orang2 utara, pelan2 kayuh.

Selalu aku belek2 blog orang lain mesti nak cerita tempat makan yang best2 kat area tempat tinggal dorang. So, aku pilih pendekatan lain. Tapi agak2 korang tak puas hati dengan komplen2 yang aku buat kat sini, boleh pegi try senirik kat kedai tu. Free risk maa... Mana tau kena dengan citarasa korang pulak kan?

Semalam... Abang aku ajak makan2 kat luar. Makan makanan berunsurkan tomyam. Saja la ubah angin makan kat luar. Cadang2 nak pegi tempat biasa la kat kedai Pak Husin Tomyam tu. Tapi takut takde tempat duduk je. Maklum la kedai Pak Husin kan hot stuff tomyam dalam area Bayan Baru-Jalan Tengah ni. Pastu kitorang nampak satu kedai ni. Takde nama. Entah la kalau ada nama pun aku tak sedar agaknya. Sebab kat tempat masuk cuma ada lampu2 tulis 'OPEN' je. Pakaian waitress pun gempak. Lebih hebat dari Eastin Hotel punya waitress ok? Pakai blazer siap.

Kedai ni depan dia kaler hijau. Sangat rare ok? Rasa macam masuk space-ship

Benda mula2 yang menarik perhatian bila masuk kedai ni adalah konsep pondok2 yang diterapkan dalam environment kedai makan ni. Pondok dia punya dekorasi semua bermotifkan dendam kerawang2 seperti yang terdapat dalam silibus subjek Pendidikan Seni peringkat SPM di bawah tajuk ukiran.

Hah! Romantik tak romantik? Sila mengaku romantik, kalo tak aku tembak kat dahi.

Tempat makan pun redup2 je sebab pakai lampu jenis yang kita selalu nampak dalam citer2 P.Ramlee dulu2 tu. Tak la terang sangat sampai silau mata nak makan. Siap boleh tercekik2 tulang kalo silau2 sangat nih. Ada setengah kedai suka pulak letak lampu2 kalimantang kaler2. Tu pun antara penyumbang kepada sakit mata jugak tu.

Hah, tengok... Brand butterfly ok?

Semua nampak macam perfect la kan? Apa lagi nak cerita. Mukadimah mesti kena cerita bagus2. Adakah anda semua bersedia untuk membaca bahagian paling palat pasal kedai makan ni? Ready?

Haha...

Yang pertama adalah lambat. Bukan waitress dia datang lambat2 malas2 amik order... Tapi makanan tu lambat gila sampai. Pulak tu boleh sampai satu2. Macam hotel la plak. Dah la yang pegi kedai makan tu semua tahap lapar2 selera dinoso. Untuk lebih pemahaman, menu kitorang malam tu adalah [ikut turutan yang abang aku order]:
  • Sotong 3 ekor yang besar2 buat goreng tepung
  • Nasi putih 4 pinggan
  • Air bandung 1 jag
  • Air tembikai 1 jag
  • Tomyam campur sederhana
  • Kerabu ayam
  • Sayur kailan goreng
  • Kerang bakar
  • Ikan siakap bakar [last sebab terlupa nak order. Sedar2 takde lauk baru pegi tambah order]
Untuk 3 orang dewasa dan 3 orang kanak2 bawah 12 tahun punya makan. Teka apa yang sampai dulu?

Bukan air 2 jag yang kami order tu. Atau nasi putih biasa 4 pinggan tu.

Tapi sotong goreng tepung yang 3 ekor tu. Datang dengan sos. Apa lagi masing2 terkam je sebab dah lapar. Tak sempat nak amik gambar pun pinggan dah licin ok? Tengah2 makan tu air sampai kira ok la lagi. So, takde la kes tercekik misai2 sotong. Huhu.

Oh ye. Kami sampai kat kedai tu lebih-kurang jam 8.17 malam. Ketibaan menu pertama adalah pada jam 9.10 malam. Lebih kurang dekat sejam jugak la tunggu. Dalam sejam tu memang sempat la aku main snap2 gambar keadaan sekitar tempat tu. Anak2 buah aku pun sempat ke tandas dengan gembira, dan sebagainya.


Antara scenery2 yang berjaya aku rakam dalam tempoh sejam menunggu. Masa ni meja yang ngadap tempat aku tu takde orang lagi.

Yang buat kitorang mula tak tentu arah sikit setelah meja menghadap kitorang tu ada orang duduk. Siap order nasik goreng2 lagi untuk 4 orang jugak. DAN DORANG DAPAT DULU!!! Apa nih... Lepas tu aku mula membayangkan bahawa kedai ni ada periuk nasi ajaib di mana bila letak beras dalam periuk tu, masak2 terus bertukar jadi nasik goreng. Kalau nak nasik putih kena basuh balik. Apa punya imaginasi tah. Karut betul.

Abang aku plak syak dorang ni mesti call order awal2. Nanti datang tunggu makan je. Bunyinya macam logik. Jadi kita terima je hepotesis beliau. Tapi tak adil la woi...

Lepas tu dekat2 pukul 9.23 malam datang pula ikan bakar sambil tauke tersengih2 datang kat kitorang bagitau kata kerang bakar tak dapat buat. Sebab kerang2 semua rosak. Aku dah mula imagine cerita Mr. Bean makan tiram busuk kat hotel. Cis! Liar betul imaginasi aku time lapar2 ni. Tapi memang satu2 order kitorang datang kan? Nampak kan? Tapi nasik tak sampai2 lagi. Heran betul. Dekat2 9.35 malam baru nampak kelibat nasik. Tu pun lepas tinggal 3/4 ikan tu kami kerjakan dulu. Makan pun kontrol2 sebab takut lauk habis dulu masa nasik baru sampai.


See? Nampak kan ikan dah tinggal banyak mana dan nasik dalam pinggan hitam kat depan tu, kelihatan kelibat tangan kakak ipar aku mem-penyek2-kan nasik tandanya nasik baru sampai... Saiz nasi dalam pinggan adalah bersamaan dengan besar mangkuk kecik kaler biru di sebelah kiri tu. Sikit dowh!! Tapi singgit!! Iklan: Jam tangan abang aku. Harganya $15. Beli kat Bugis Street. Mud resistance. Jangan main2.

Aku yang serious kelaparan terus bedal nasik tanpa toleh kiri dan kanan serta tak hiraukan ketidak-hadiran tomyam campur ke meja kami. Makan nasik belasah je dengan ikan bakar tu, air asam tu campur kicap cili padi. Nasib baik tak mintak budu. Kalo tak, tokey tu mesti pening kepala. Apahal budak Penang boleh buat special request budu ni?

Akak ipar aku nampak macam dah hilang sabar sebab si Aiman dah buat hal main lompat2 sambil jerit2 tak control volume pasal sorang pun tak ingat nak amik puting dia bawak sama2. Termasuk la Aiman tu senirik. Tah cemana la dia pun boleh tak ingat entah la. Terus dia suruh abang aku pegi tanya perihal tomyam.

Lepas kena sound lebih-kurang, dalam 9.48 malam nampak la kelibat tomyam campur, kailan goreng dengan kerabu ayam. Sungguh rasa nak maki dalam hati bila rupa-rupanya saiz makanan yang datang tu sebenarnya amat lah kecik. Baik makan 1 set nasi ayam kat Chicken Rice Shop. Lebih besar+banyak dan berbaloi2... Nasib baik la makanan sedap2...Sejuk la sikit hati nak makan... Huhu.


Paham ape yang aku cuba sampaikan? Nampak macam akak ipar aku boleh habiskan semua tu sorang2 je. Huhu. Lepas tu kami cuba mintak tambahan nasik lagi sepinggan sebab saiz nasik amatlah comel. Mula2 ingat nak suruh je Mirul share dengan Hasni. Tapi nampaknya, Mirul dengan penuh bergaya menghabiskan sepinggan nasik secara solo.

Tau nasik tambah tu sampai bila? Masa tomyam tu tinggal kuah dengan serai2 je kat dalam. Semua2 lauk dah abeh licin. Makan la sikit nasik yang datang tu. Oh, ye. Tomyam medium sized dia juga amat menyedihkan sebab tomyam campur tu hanya ada lauk2 seperti cendawan tiram cincang2, tomato mini potong 4, ayam cincang2 dan 3 ekor udang. Kedai Pak Husin pun tak kedekut macam ni!!! Arghhh!!!

Kami lepak2 sekejap duduk2 biar makanan sampai ke perut dulu. Dalam 10.05 malam kami beransur2 untuk pulang ke umah. Abang aku pun pegi la bayar dengan berbekalkan kad yang tertulis 'Pondok 5'.

Guess what kena berapa. Tanpa kerang bakar ok?

RM88.00

Dalam hati aku dah macam2 keluar. Cuma tak terluah dengan kata2 je. Terus aku teringat entry Kak Senduk yang ini sebab cashier yang amik duit itu adalah bertudung labuh gaya muslimah sejati.

Buat Kak Syima jika anda terbaca entry ini... Ingat tak waktu kita pegi makan dekat Muara tu eh? Yang kena dekat2 RM100++ tu kita siap boleh tapau bawak balik makan kat umah dengan begitu riang sekali masa abang saya datang untuk amik barang2 saya sebelum balik cuti semester+praktikal kat Penang aritu? Lebih berbaloi yang itu dari makan kat kedai ni ok?

Kat sini aku nak bagi sikit tips kalo korang berdegil jugak nak pegi makan kat kedai ni. Khususnya yang tinggal dekat Penang. Kalo owner kedai baca blog aku ni lagi bagus. Tolong take note ok? Penting ni...

  • Nak makanan cepat siap datang ke meja korang, korang mestilah order makanan jenis sendiri2 dan yang penting bergoreng. Kalo ramai2 nak makan bersama2 macam makan kat umah, baik pegi kat Pak Husin tu je. Tak salah aku, Set E kot, makan untuk 10 orang baru RM75.00.

  • Kalo degil jugak nak makan secara berkeluarga, pastikan takde sorang pun ahli kuarge korang jenis makan laju2.

  • Sediakan duit banyak2.
Last sekali. Untuk tatapan korang. Terimalah formasi kawad dari semut2 halus yang juga sempat menghadirkan diri ketika sesi makan2 kuarge aku masih berjalan.

Kapten Semut: Lokasi makanan dikesan. Banzaiii!!!


Formasi kucar-kacir gaya bebas. Masa sendiri.


Formasi perarakan hari kebangsaan


**** INTERVIEW ****

Pendapat berat sebelah dari kitorang sesuai dengan tahun baru 2010. Pendapat lebih kepada 20-10. Maksimum 10 bintang untuk rate tempat ni.

Incik Asrul Akmal : Tak sistematik. Dah nak balik baru makanan sampai. Servis lambat. Saya bagi 0 bintang dari 10 bintang.

Puan Hamizan : *Sambil geleng2 kepala* Takdak bintang...Takdak bintang. Lambat dapat makan lah! Lain kali takmau mai dah. Walaupun makanan sedap.

Mirul : Bintang? Apa bintang? Bintang2 di angkasa raya?

Hasni : Nak nyanyi lagu Stacy boleh? Twinkle2 Little Star tak best.

Aiman: Tikkk!! Bye. *Sambil sengih2 lambai2*

Saturday, January 2, 2010

Kenduri Yang Rare

Sumpah takde mood nak ikut pegi kenduri. Tu pun pikir2 dorang sedara je. Walaupun cuma ala2 bau2 bacang gitu. Abang aku pun bising. Dressing pegi kenduri dah macam nak pegi berperang. Orang lain pegi kenduri baju mau blink2, tudung lip-lap2, muka kena touch up.

Aku tengah agak berserabut ok. Aku pakai baju kurung ada poket kat tepi yang 10 tahun lepas punya gaya dengan tudung separuh tak iron tu pun dah kira besar rahmat tau tak? Kalo ikut hati nak aje pegi dengan dressing serupa pegi pasar malam. Pakai baju kelawar gitu. Baru betul2 rare.

Bukan apa. Aku macam phobia plak bila pegi kenduri kalo orang tak tanya pasal bila aku abeh blaja, mesti tanya bila giliran aku. Sabar2 la wey. Nak urus hidup sendiri pun kucar-kacir lagi mau urus hidup orang lain. Silap2 semua2 pun terbang2 nanti. Lain la urus hidup Jonny. Simple. Ada RM5, isi minyak dah gembira full tank. Bahagia la seminggu sebelum berperang balik cari lagi RM5 untuk minggu depan2. Bila meter dah naik lagi 2000, ready RM12 tukar minyak hitam. Senang.

Mentang2 la gaya aku dah macam nak pegi perang2, sampai2 kat umah kenduri tu, baru lalu bawah khemah tiba2 ada seko ayam main terbang2 pulak kat situ.

Tangkap la saya kalau boleh, kata ayam itu dengan begitu eksen sekali.


Ala cayang2...Meh turun meh...I takkan sembelih U laa... Ayam masak kicap kenduri ni lebih dari cukup da haa... Kata brader baju kuning belang2.

Walaupun rasa malas gila nak attend kenduri ni dan mereka2 yang pakai baju tahap glemer2 pun buat pandang-tak-pandang, tapi aku agak impress tengok makanan kat kenduri ni. Nasik kenduri ada...Tapi mana2 kenduri pun stendet la hidang2 nasik. Bosan dowh. Tapi sini ada alternatif lain yang bisa menggoncangkan iman dan melaparkan perut yang sebelum tu dah kenyang makan biskut.

Iaitu... LAKSA!! Dah berapa tahun dah aku lost contact dengan laksa ni sejak arwah mama sakit dulu. Dekat 7-8 tahun jugak la. Sebab aku takkan beli laksa2 di pasar2 malam. Aku cuma makan yang sendiri2 buat atau sedara2 aku buat. Ni pun kira sedara la jugak kan? Gila rare. Tak penah aku nampak kenduri2 kawen buat laksa. Nanti kenduri aku, aku nak buat yong tau foo. Lagi rare. Boleh?

Laksa dan sirap. Kombinasi biasa open house hari raya. Tapi mampu bersaing dalam menu kenduri kawen.


Abang aku dah jumpa geng plak. Dia bantai sembang2. Aku? Dapat laksa dengan sirap ni, cari meja, landing makan dengan budak 2 orang tu. Bersemangat makan laksa. Maklum la rare.

Suapan pertama. Diam. Hmm... Ok kot.

Suapan kedua. Boleh telan lagi.

Suapan ketiga. Confirm! Balik Kuala Selangor aku nak buat laksa versi sendiri2. Lebih sedap dari yang aku tengah makan ni.

Makan tak abes.

Tinggal mangkuk tu. Lari pegi duduk bucu2 khemah. Dekat2 dengan kendi basuh tangan dan bunga telur. Duduk diam2 sambil pandang kiri-kanan cari kawan2 di bawah umur kalau boleh nak join sembang sama. Apa gila aku nak pegi join kaum2 ibu bersembang? Takde topik la bai... Silap2 aku yang kena bahan kang.

Akimah datang. Buat2 muka kesian. Tanya khabar ala kadar lepas tu dengan selamba pau aku share topap RM5. Cis! Takpe. Aku bukan guna sangat henset tu. Malas. Boleh online, aku online je. Kacau2 kawan2 dengan YM. Save cost. Topap pun 4-5 bulan sekali. Tu pun RM10.

Next semester pun mungkin tak guna jugak henset sebab kutu2 tu semua dah blah pegi praktikal. Maknanya masuk ni dah 2 semester la aku tak main SMS2 atau buat short call dengan kutu2 lain dengan bertanyakan soklan seperti "Esemen camne?", "Ko dah sampai fakulti ke belum?", "Ko kat mane?","Tolong sign kat aku",etc...etc...

Lepas tu dia blah sebab mak dia ajak balik. Aku sambung rileks2 situ sambil buat2 sibuk belek2 henset. Konon2 macam tengah sibuk SMS orang. Padahal tengah pulun main game City Bloxx tu ha. Datang sorang budak ni, main sergah je cakap aku SMS dengan buah hati. Takde nak bagi salam langsung. Kucar-kacir aku nak handle bongkah tingkat2 City Bloxx yang masa tu dah cecah 134 tingkat.

"Akak tumpang amik kendi air ni ye, dik..."

Adik? Aku dongak tengok dia. Suara macam budak2 pun ada hati nak panggil aku adik. Padahal suka jugak aku orang panggil aku adik. Sangat tak sedar diri okeh? Dan budak tu jugak nampak macam tak kenal aku. Aku pun ingat2 lupa sapa minah tu. Itulah. Sedara ramai sangat. Kalau ingat pun masa kecik2 je. Sebab dulu main pasir sama2.

Abang aku ajak pegi umah arwah Mak Ngah dekat2 situ. Aku ikut je la. Tapi tiba2 rasa pelik. Kenapa aku rasa berlaku pertambahan anak2 buah aku tapi aku tak pernah tau bila masa sepupu2 aku mengandung. Terkesima sekejap. Tapi cepat2 aku buat2 cool konon2 macam tau la hal ehwal semasa. Rileks2 sembang2 kat luar umah.

Tiba2...

Aku meluru masuk dalam umah sambil bersimpuh baek punya depan tv sambil layan cerita Zombie Kampung Pisang.

Kenapa jadi camtu?

Sebab dorang dah twist topik cerita pasal tarikh2 kenduri kawen sepupu2 aku yang lain dalam tahun 2010. Sungguh detail sampai ke Disember. Motif lari? Paham2 sendiri lah.

Random #12

Saya telah menunaikan janji untuk tukar background. Suka-tak-suka korang kena terima dinding baru ni. Rasa menyampah, tolong pegi blog orang lain.

Rasa macam YB2 pulak main tunai2 janji. Background ini telah berjaya dicuri dari sini. Kredit to tuan punya blog dan sori la ai terpaksa remove kotak2 link ke blog beliau. Apa2 hal boleh tekan sini untuk pegi ke link dier.

Patut La Umah Sunyi Sepi...

Bangun2 tido tadi [baca:pukul 8 pagi] aku berasa pelik melihat keadaan sekitar umah aku yang sangat sunyi sepi. Takut jugak aku kalau2 orang dalam umah ni kena kidnap dengan alien. Nanti dengan sapa aku nak main cucuk2 pinggang...

Memang la aku dah biasa tinggal sorang2...Tapi selalunya kalo nak tinggal aku pun mesti ada SMS masuk dalam inbox seperti "jangan menghabiskan stok makanan dalam peti sejuk", atau "kitorang kuar 3-4 hari, pandai2 lah nak idup" etc, etc...

Rupanya harini ada orientasi skolah...

Keh keh keh...

Lupa plak aku Hasni dah darjah 1 skang.

Wahahaha~~!!!

Malam ni confirm aku tonton Buletin Utama tv3 kot2 ade terselit muka si Kakak ni. =)


Apa Anda Fikir Bila Melihat Gambar Ini?

Aku saja crop dekat2 nampak muka je. Kalo display semua nanti kantoi pulak nampak lemak2 yang tak diingini. Ini semua muka2 kekenyangan setelah makan seafood di Newton. Aku bukan nak cerita pasal makan2 kat Newton tu. Blog aku bukan berunsur2 jalan2 cari makan. Makanan hanya terhad untuk lokasi yong tau foo yang best2 saja. Tapi tu nanti2 la kan? Terpanjang pulak mukadimah. Huhu...

Ok. Apa yang korang nampak dari gambar ni?

Menurut seorang pemerhati yang begitu tajam pandangan matanya sehingga dapat menembusi laptop hingga ke peti sejuk di dapur, iaitu Incik Asrul Akmal mengatakan bahawa terdapat unsur2 1Malaysia dalam gambar ni.

Ha'ah, kan?

Lain kali kalo ada pertandingan lukis poster pasal bangsa2 dalam Malaysia di sekolah Mirul, mungkin aku cuma perlu print gambar ni besar2 untuk rujukan dia lukis kepelbagaian bangsa dalam Malaysia. Jangan tanya relatives aku ni semua mix atau tak. Aku pun dah jadi kurang pasti. Sebab sepanjang pengetahuan aku, takde sape pun yang kawen ngan bangsa lain. Tapi yang nyatanya mereka2 yang mempunyai Chinese look tu semua boleh berbahasa Hokkien dengan baik.

Cuma aku sorang je dah lupa2 ayam bahasa itu. Tapi kalo cakap ngan aku, maybe boleh la kot faham sikit2 lagi. Hokkien je tau? Mandarin aku memang fail. Tapi kalo mintak translate sebijik2, mati hidup balik la aku buat muka blur depan korang. Huhuhh...

1Malaysia katanya...

P/S: Sori ye Adi... Sumpah aku takley lupa statement Mak Chak kata ko ade sikit rupe "Bangla". Dush3x!! [tumbuk mulut sendiri la kononnye]

Friday, January 1, 2010

2 Benda Terbang Pada 2009 Yang Lalu

2 benda aku miss masa 2009 haritu. Sedih gila benda dah lepas. Satu adalah ini.

Ye. Sekeping tiket dinner. Haha. Siot aku bleh miss menda ni kan? Sebab ape? Sebab niat awal2 da tamau pegi lepas dapat tau budak2 praktikal illegible untuk cabutan bertuah. Ala apa la sangat kan? Macam la confirm dapat. Tapi masa tu, hari tu aku boleh kena selsema teruk tahap H1N1. Sampai pegi keje pun dah rupa samurai. Mata pun merah cam momok. Haha. Pastu duk hahcuh2 setiap 10 minit. Mana tahan beb!!

Pastu boley balik awal. Maklum la, kata dinner. Boleh bersiap awal2. Tapi aku plak... Abang aku dah call dari kejauhan kat Seberang Jaya sana. Dia suh aku pi sana sebab dorang semua ada kat sana nak buat pasport. Siap kirim suruh amik birth cert ori si Atin dari Pak Su. Pak Su cuak je aku nak naik moto pegi sana. Dengan naik jambatan Penang tu semua. Silap2 terbang2 aku atas jambatan tu. Tapi laju camne pun Jonny tetap steady. Tak bagi dier tuan dier terbang2 time bawak moto. Steady gila potong LC atas jambatan. Cayalah Jonny!! Dan aku masih gian nak naik moto kelajuan 120 atas jambatan. Walaupun orang cakap itu keja gila.

Balik rumah memang ting-tong la. Tido tak hengat. Sedar2 lapar gila babi dan masa plak dah pukul 9 malam. Confirm2 la dah terlepas dinner tu. Alahaiiii...

Benda kedua adalah ini. Juga sekeping kertas yang hampir2 menyerupai tiket.

Ini kisahnya dapat atas kegigihan dan kerajinan aku... Eh? Sah hingga 31 Disember 2010...? Valid lagi la nihh~~!!! Ada jugak rupanya benda aku tak miss... Haha... Ingatkan dah terlepas 2 benda best tahun 2009...

Sapa mau mekdi free? Jom slambe aku belanja!! =)

Baru Nak Review

Secara rasminya 2009 dah abeh pada jam 12.00 tengah malam tadi. So, boleh la nak review by month apa aku dah lalui sepanjang tahun tersebut. Buat penaik semangat untuk aku menghadapi 2010 dengan lebih bermakna. =)

JANUARI 2009
Aku dapat lesen L moto pada bulan ni. Haha. Baru L ok. Gila lama aku guna L moto ni... Dekat setahun. Sebab takde masa nak amik P JPJ. Tapi dun worry. Skang aku dah pakai P. Boleh bawak2 orang. Tapi limited berat ok? Nanti terhoyong-hayang aku nak kontrol Jonny. =)

FEBRUARI 2009
Kali pertama aku berkenalan ngan Jonny. Ecewah. Lokasi? Of course la kedai moto. =) Dan time ni jugak pertama kali Jonny dapat cacat kekal sikit2 dekat nombor plet depan. Sebab aku fail control dia masa mula2 nak pi isi minyak. Dan dapat parut ni. Gila cerita macam sweet je. Huhu.
Abeh laa...Value hantaran aku dah kurang RM2000 sebab parut ni. Demm!!


MARCH 2009
Pertama kali Jonny menjejakkan tayar ke Kuala Selangor. Pherghh... Bukan secara pos, tapi abang aku selaku rider tegar telah manghantar Jonny direct ke rumah secara sendiri2.
Jonny tengah pose dekat2 tiang umah


APRIL 2009
Takde apa sangat bulan ni. Aku sibuk dengan final exam je. Entah apape aku bantai time final tu. Subjek Signal tu je siap kena repeat2 lagi. Tu la. Malas pegi kelas Signal sangat. Test pun main teka2 je jawap.

MEI 2009
Bulan ni masuk short-semester. Buat projek la konon2. Macam celaka sebab kawan2 baik aku boleh pulak tak lepas amik projek dengan aku. Akibatnya segala plan aku terbabas dan kena tukar group lain. Maka jadi la benda pelik entah apa namanya ni seperti gambar di bawah.
Entah apa nama benda pelik ni. Nampak macam hebat gila je.


JUN 2009
Merupakan bulan yang penuh dengan kejutan. Awal2 terkejut sebab dapat pegi Terengganu secara tak sengaja dengan Kak Syima. Lepas tu hujung2 bulan, pada 22 Jun 2009, aku plan nak balik mengejut. Tapi last2 aku yang terkejut sebab kehilangan ayahanda tersayang sebab kemalangan pada tarikh tersebut. Sedih la sebab officially aku takde both parents. Cuma tinggal sorang abang dan sedara2 yang masih prihatin dan ambil berat pasal aku. Huhu.
Tinggal kenangan =(


JULAI 2009
Apa ada ngan bulan ni? Secara rasminya aku berusia 14 tahun 24 tahun. Lepas tu adopt seko kucing yang ada bentuk love di kiri-kanan badan beliau yang diberi nama Molly Gedik. Dan jugak ada sesi berjumpe dengan blogger yang bukan dikalangan kawan2. Totally stranger lah. Entah mana datangnya aku pun tak brapa nak ingat. Siap blanje tengok citer Transformers 2 dengan Public Enemy pulak tu. Skang merupakan one of my best fren. Cayalah!! =D
Perhati betul2 dekat badan Molly Gedik ni. Sila abaikan perangai tak senonoh dia.


OGOS 2009
Bulan ni aku start praktikal di Intel Technology Penang. Nervousnya aku Allah aje yang tau sebab aku sorang2 je dari UNiSEL yang tercampak di situ. Yang pertama plak tu. Tanpe apape guide atau nasihat dari sapa2. Punyalah skema aku first day tu siap pakai baju kurung. Haha. Tapi nervous tu tak lama sebab tiba2 boleh terjumpa Qhadijah plak. Kebetulan dia keje situ. At least aku tak la sorang2 kat situ. Dan manage to kumpul kawan2 dari INTI College Penang. =)
Benda penting untuk aku selamba angkat tangan lambai2 pada guard.

SEPTEMBER 2009
Raya Aidilfitri jatuh dalam bulan ni. First time seumur hidup aku merasa beraya secara sorang2 pada raya ke-2 dan ke-3. Raya ke-4 dah keja balik sebab aku malas nak cuti lama2 dan malas nak ikut beraya di kampung kakak ipar aku kat Perak sana. Alhamdulillah aku tak gila sebab kena beraya sorang2. Kira aku lebih kurang sama la dengan budak2 yang beraya di perantauan tu. Bezanya dorang masih ada family di sini. Aku? Ade kubur mak ayah je kat sini. ='(
Aku masih lagi dapat kad raya secara pos. InsyaAllah Syawal 1431 nanti aku balas untuk korang ye?


OKTOBER 2009
Bulan ni pun takde apa sangat cuma pada tanggal 21 Oktober 2009 tu, genap la setahun pemergian arwah bonda tercinta. Huhu. 22 Oktober 2009 pulak genap la 4 bulan pemergian arwah ayahanda tersayang. Takde ape nak story bulan ni. Konon buat2 sibuk la dengan praktikal. Padahal nak hilangkan rasa sedih dengan rindu kat arwah. ='(

NOVEMBER 2009
Aku abeh praktikal. Yeayy!! Submit report dan kagum dengan diri sendiri sebab berjaya tulis benda berunsurkan ilmiah sebanyak 72 page. Satu pencapaian yang aku senirik pun tak jangka boleh buat. Sangka aku selama ni aku pandai merapu2 je.
Bergambar riang-ria dengan teammates lepas lunch dekat Eastin Hotel. Boss belanja nih. =)


DISEMBER 2009
Bulan ni paling menarik adalah trip pegi Singapura. Tapi ada la sikit citer palat disebalik hepi2 itu. But aku pasrah je. Benda dah nak jadi. Yang penting aku enjoy bagai nak rak kat sana. Makan pun non-stop. Cuma balik Penang je aku kena ruam tahap terlampau. Apapun aku sangat2 enjoy dengan pemandangan kat sana [sepupu2 yang hensem + tempat2 menarik] xP
Dengan trademark Singapore. Time ni sebenarnya dah letih gila sebab seharian berjalan2.


Hmm...Itu saja kot nak review pun. Ada aku miss kat mana2 ke? Kalo korang ade letak harapan nak baca kisah cintan-cintun sepanjang tahun 2009, sila berambus pegi blog orang lain. Sebab aku malas nak citer disaster2 yang aku alami sepanjang kenal2 orang, pastu orang tu boleh tiba2 rapat dengan aku, lepas tu boleh sesuka-hati consider aku awek beliau, dan sesuka-hati jugak menceroboh hak peribadi aku seperti check SMS dalam henset dan delete SMS yang tak berkenan dek mata beliau, lepas tu sesuka hati jugak nak clash dengan aku secara mintak awek baru beliau memaki-hamun aku secukup rasa. Padahal entah bila declare couple dengan aku pun aku tak pasti. Ke aku yang blur buat2 tak paham. Ntah. Malas aku nak amik pusing bab2 hati ni.

Oleh itu pada tahun 2010 yang so far so good ni, aku nak menyeru kepada yang berminat nak amik aku jadik awek atau lebih afdal ajak aku nikah terus supaya aku tidak lagi beraya secara solo pada Syawal yang akan datang, sila kemukakan permohonan bertulis secara bercetak ataupun elektronik kepada aku. Bercetak boleh bagi aku terus. Elektronik boleh send dekat fesbuk sahaja. Format: Surat rasmi macam masa SPM dulu2. Approval? Ikut suka hati aku. Ini serius.

P/S: Tahun ni juga aku berazam tamau skandal2 dah. Huhu... Statement insaf ke apa ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...