Sunday, November 8, 2009

Misi Membuat Pasport

Skang aku dah ade pasport.

Pengorbanan menunggang moto dalam keadaan hujan renyai2 ke Seberang Jaya beserta selsema yang kritikal, agak sesat2 jalan sampai hampir habis minyak moto sebab nak cari umah Mak Andak Che Jah, gambar kene reject sebab tudung warna cerah, pastu kene reject lagi sebab spek mata berwarna, pastu kene tinggal sorang2 kat sana sebab orang lain malas nak tunggu, balik umah dah pukul 6 petang lebih terus tertido dan sedar2 dah pukul 9 malam dan secara otomatik terus miss annual dinner Intel kat E&O Hotel tu terbalas jua...

Wahahah~~!! Pasni sape2 yang duduk kat luar negara yang berkeinginan nak sponsor trip aku ke negara mereka boleh la wat permohonan segera. Validity pasport aku adalah selama 2 tahun saje. Sampai tahun 2011. Keh3x!!

Teruja weh nak share gambar pasport yang valid untuk 2 tahun punye ngan korang. Dah la RM100 jek. Kene la ngan tagline Air Asia. Sesiapa pun bleh terbang. Sebab dah ade pasport.

Ni aa rupe pasport untuk 2 tahun.

Haa...Jangan coba2 nak zoom tengok brape ketinggian aku letak kat situ. Awal2 lagi aku dah cover. Hahaha...Sila take note kat besday aku yang bersepah2 tayang kat situ je. :)

Dalam ramai2 yang pegi buat pasport tu... Ada satu pasport paling comel antara semua. Yang ni korang boleh zoom, nak save as, wat wallpaper pun buleh. Amik perhatian jugak kat besday beliau. Tahun depan wajib pos adiah kat dia. Ok?

Mesti korang tertanya2 kan camne dier boleh duduk elok tangkap gambar untuk pasport ni kan? Well...Dia memang suka bergambar. Lebih2 lagi kalo kamera menghadap betul2 kat muka dia. Sebab dia tau dia comel. Hihik~~!!

2 comments:

Signorina Syima said...

wahh... ni buat pasport nak p mana.. akak tak leh keluar negara.. kena banned sebab tak bayar ptptn...

Aslina said...

::kak syima::
nak pi singapore je pun...