Saturday, February 14, 2009

Eksperimen : Aku, Mereka Dan Henset

Hipotesis :
    Semakin canggih henset, semakin susah nak cari function "Silent"

Intro :
    Henset sekarang dah makin canggih. Budak2 skolah tadika pun tau gune enset. Malah, mase aku keje kat kedai nasi ayam dulu pun, ader sorang customer nih...Anak dier aku rase la baru je darjah satu...Tapi gune enset lagi canggih dari enset aku mase tu...Mana tahan beb...Panas hati je tengok budak tu call ayah dier ajak datang makan...Aku syak la dak tu punye enset mesti parents dier amik pakej 1+3 celcom (mase tu la)

    Penting sangat ke enset kepade dak skolah mcm budak tadi tu? No wonder la anak buah aku kecik2 dah ader boipreng...Ni kes tukar2 no enset kat tadika la nih...Ish3x!! Apehal dak2 tadika pun dah maju ngalahkan dak2 u nih?

    Knape intro macam takde kene-mengene dengan tajuk eksperiment nih?


Objektif :
  • Mengenal pasti jenis henset yang mudah ke mode "Silent"
  • Mengenal pasti jenis manusia yang tak suke silent henset
  • Mengenal pasti punca bunyi henset yang tak diundang
  • Mengenal pasti pengguna provider mana paling banyak terima sms/call dalam kelas


Kaedah :
  1. Ujikaji diadakan dalam satu kawasan yang agak bebas bergerak, udara agak nyaman, disertai kehadiran lecturer subjek yang boleh bikin hati berdebar setiap kali masuk kelas dan bilangan student yang selalu melebihi 40 orang.
  2. Ujikaji hendaklah dijalankan sepanjang waktu kelas. Perhatian: jangka masa kelas bikin-bontot-panas-mau-tunggu-sampai-abeh adalah dari kul 2 petang hingga mencecah 5.30 petang setiap hari Khamis setiap minggu tanpa gagal.
  3. Tunggu sehingga ader call masuk atau sms masuk.
  4. Cukup2 la kot kaedah tak boleh banyak2...Nanti aku sepak korang nak list kaedah banyak2 nih...

Iklan sat :
Aku ngidam nak pakai henset siap booth camni...Mana nak cari?

Pemerhatian :
    Hah?!! Camne aku nak rekod pemerhatian ni?

    • Sepanjang kelas berlangsung, tak kurang dari 10 bunyi2 ringtone henset beraneka jenis lagu top masa kini dapat didengar.
    • Lecturer tu bukan macam Prof. Maselan dulu2 yang apabila dengar ringtone best, dia pun sama naik berjoget depan kelas. Huh!
    • Waktu puncak call/sms masuk adalah antara 10 minit kelas akan berakhir. Ada jugak yang dapat waktu break sekejap. Musyikil aku kalo2 orang yang call dorang tu ader instinct nak call waktu take five.
    • Selalunya penerima call/sms sesat dalam kelas adalah terdiri daripada pengguna Maxis.
    • Aku juga tak berkecuali menerima sms tak diundang dari Maxis setiap kali kelas itu. Pulak tu content yang sama sampai 3x...Apehal?
    • Takkan dengar ringtone berbunyi polifonik atau monofonik dalam kelas...Sebab masing2 dah gune henset yang serba canggih dan baru.


Perbincangan :
  • Sumpah budak2 ni cerita kat aku henset canggih sekarang susah nak jumpe function silent. Padahal tak salah aku, kebanyakkan henset Nokia yang paling mahal sekalipun dah tentu ader button short-cut ke mode silent kat # key itu. Senang citer, mungkin dorang dah modified semua profile kot. Silent pun boleh tukar nak letak ringtone...Apehal?
  • Masa yang di amik untuk unlock security code pun amik masa (konon2 la) tu pasal bunyi henset boleh berlarutan...Tak kurang gak responden yang kelihatan gelabah cari henset tak jumpe time2 henset tu berbunyi. Kantoi kat situ.
  • Maxis memang suke antar service sms mengarut2, mms yang ntahapa2, dan jugak promosi2 melalui sms time2 kelas...Mana depa tau aku tengah dalam kelas yang paling debar nak masuk...Bukan berdebar pasal lecturer hensem sangat...Tapi berdebar sebab takut tak paham dia ajar ape...Subjek Signal ni bukan boleh buat main2 oww...
  • Lain2 korang tambah senirik kat komen di bawah sana.


Kesimpulan :
    Hipotesis diterima walaupun pada aku hipotesis tu bapak la mengarut serta penuh berisi penipuan tak berasas...Cakap je la korang beli henset baru...Yang canggih serta pelbagai guna...Bak kata Kak Syima, henset canggih tapi asik silent nak wat apa...

    Ah! Ape aku merepek nih? Kire eksperiment ni gagal ke ape?
    Brape markah la agaknye cikgu nak bagi ni?

No comments: