Thursday, December 31, 2009

Karangan: Azam Tahun Baru Saya


Azam tahun baru saya pada 2010 ni adalah untuk memiliki punching bag. Kegunaan utama adalah untuk nak lekat muka2 mereka yang buat saya sedih lalu repeat paper pada semester yang lepas2. Lebih2 lagi muka lecturer-u-know-who. Nak print yang BESAR PUNYAA!!!

Tamau yang inflatable. Nanti baru 10 minit saya balun dah pecah. Rezan adalah saksi betapa dahsyatnya saya tumbuk punching bag sebab tak puas hati dengan ending citer Twilight : New Moon dulu. Ye lah, kalo dah diri sendiri terpelanting balik ke belakang sebab punching bag tu melantun, tak cukup kuat lagi ke namanya?

Saya rasa saya bertuah dalam tahun 2009 cuma ada 4. Iaitu berpeluang pegi praktikal kat Intel dan rileks2 dari amik final exam semester lepas. Lagi 2 adalah pegi oversea (baca: Singapore) dan berada tengah2 laut selama 12 jam (baca: candat sotong di Terengganu)

Lain2 tu semua sedih2. Majority adalah berkaitan kehilangan ahli keluarga dan sesi2 berhari raya secara solo sambil bertemankan laptop dan broadband yang boleh tahan celaka dier punya coverage.

Selain dari memiliki punching bag tersebut, saya juga berazam untuk bergembira sepanjang tahun 2010 tanpa menghiraukan apa jua situasi yang terpaksa saya hadapi. Kalau ada terselit sedih sikit2 tu saya tetap akan buat2 gembira sambil sing-a-long lagu Situasi nyanyian Bunk Face.

Semoga saya berjaya grad pada hujung2 tahun 2010. =)

Sekian, terima kasih.

Sebagai penutup dan hiburan para pengkritik blog ini untuk dapatkan markah A+ bagi karangan ini, terimalah lagu bertajuk Situasi nyanyian Bunk Face sempena menutup tirai 2009.



P/S: Karangan ni aku buat pun sebab terpaksa je. Ye la... Kang nampak sangat aku tak amik pusing pasal tahun baru. Dah la Tahun Baru Islam haritu pun sumpah aku buat donno je... And yes, I'm typical malay yang beriye nak buat azam baru setiap kali menjelang tiba tahun baru masehi. So, jangan nak komplen lebih2 ok?

Selongkar Album #3

Percaya atau tidak... 7 tahun lepas, kawasan ini adalah sebegini...


Tapi skang dah bertukar jadi macam ni...

Malangnye bila sembang2 dengan kawan2 lama, takde sorang pun ingat tempat tu adalah bekas tapak umah aku dan kampung tempat aku membesar dulu... Padahal dulu tiap2 minggu datang lepak umah aku. Huhu...

Rindu gila kat umah lama...

Wednesday, December 30, 2009

Misi Tahun 2010

Aku tau ramai menyampah dengan skin baru blog aku ni. Tapi korang saje buat2 suka kan? Siap tinggal jejak kat shoutbox tu cakap nice blog la...Ape bende la semua... Wahaha~~!! Dalam hati confirm menyumpah tengok background serabut camni.

By the way, korang nak kutuk, kutuk je la...Takyah nak sibuk2 jage hati owner blog ni... Aku suke face the fact. Ada pun yang komplen blog aku macam celaka dier punye background cuma 3 orang je. Tu pun kawan2 aku. Selagi boleh kutuk, kaw2 dorang bagi...Wahaha~~!! Bagus gila ada kawan2 yang super-jujur macam dorang.

Ok. Sempena tahun baru 2010 yang bakal menjelang tiba selang 1 hari dari sekarang ni, aku bercadang nak tukar background. Tapi masalahnye skang malas gila nak Google background yang simple n nice. Semua la malas2. Tolong la aku untuk jadi rajin kembali.

New year resolution? Tunggu karangan aku pasal tu nanti.

Tuesday, December 29, 2009

Baru Balik...

Still takde mood nak update. Satu badan itchy... Penuh ruam. Mentang2 la tak dapat nak roaming masa kat Singapore haritu... Skang amik!! Dia bagi ruam 1 badan. Muka pun bengkak2... Semalam ada ruam2... Merah2 dan rasa tebal2 je muke macam kena simbah dengan asid. Telinga pun tebal semacam. Abeh la semua merah2. Harini dah start menggelupas. Dah macam ular tukar kulit pulak. Nak kuar umah pun malu. Pegi beli topap untuk broadband pun dress up macam samurai. Cepat2 la baik...

Untuk tatapan korang...One of my favourite pic in Singapore... =)
Kat Orchard Road. [baca:oncet] funny lol!!

Tuesday, December 22, 2009

Pengumuman

Btol ke aku eja tu? Asal bunyinye ade dah la kan?

Kat sini aku nak buat pengumuman yang blog ni takkan ber-update dari 23 Disember 2009 sampai la 27 Disember 2009. Alaa...Korang kisah ape ye dok update ke tidak kan... Sebab banyak sangat dah update dari aku ni kan? Lagipun malas plak nak buat schedule entry. Nanti tak fresh la.

Adapun punca aku tak update tu bukan la sebab mogok ke ape... Tapi sebab pegi honeymoon holiday dengan kuarge terchenta nun jauh kat Singapore. Huh... Mati la kan, trip pegi Terengganu dulu tu pun tak update2... Ni kan plak dah tambah tempat pegi cuti2 plak kan?

Bukan tamau citer, cumanya malas nak upload gambar je... Edit? Lagi la malassss~~~

Oleh itu segala persoalan mengenai apa yang terjadi pada 23 Disember 2009 tu terjawap sudah. Pandai2 je kawan2 aku buat citer aku bertunang la, kawen la semua kat fesbuk tu... Sesungguhnye jawapan korang jauh menyimpang ok? Dan hampir2 jugak membuatkan saham aku jatuh menjunam.

Oh, ye sepeninggalan aku nih, segala cafe aku, kebun, akuarium pe jadah game tu semua aku dah mintak orang jagekan [gegeh ok?]. Dun worry, aku dah janji nak rasuah upah dier. Kalo nampak aku online kat fesbuk tu tentunya bukan aku ok? =)

Untuk menghilangkan rindu korang tu, terimalah lagu ni. Penat wo pilih tajuk paling rare dan ada muka Sofea Jane dalam video clip ni.


Boleh karaoke ramai2. Nak pilih lagu lain pun buleh.

Bestnya Masa Tu...

Aku terasa nak up entry ni pun sebab baca komen2 kawan2 pasal gambar2 zaman skolah yang aku upload kat fesbuk. Semua ada banyak cerita best2. Tapi dalam banyak2 tahun persekolahan aku... Yang paling aku tak boleh lupa adalah masa form 3. Seriously year 2000 was the best year ever. Even a friend of mine, Grace Teoh pun cakap "I dun mind taking PMR again!!"

Wahaha... Seriously tu kelas paling best yang pernah aku duduk dalam sejarah aku kat SGGS. Kelas kitorang ni trouble-some jugak la. Maklum la yang tercampak dalam kelas ni kebanyakkannye "gifted". Masing2 bijak, tapi agak malas blajar, tapi rajin gila buat kecoh. It was fun anyway. Blajar banyak2 pun bosan jugak kan?

Cecikgu dalam kelas kitorang ni sempoi2 jugak. Maklum la student pun sempoi, cikgu pun kene la sempoi kan? Cikgu kelas adalah Miss Neoh. Sangat penyabar orangnye. Nak plak layan perangai pelik2 student kelas ni. Oh, ye... Dat year jugak first time kena skolah pagi. Liat gila nak bangun pagi ya Allah tuhan aje yang tahu. Dah la umah aku kemain jauh lagi dengan skolah. Bas skolah paling awal datang pun pukul 5.30 pagi. Takmau aa aku membazirkan masa tido aku untuk bangun awal2. So, aku naik second trip je pukul 6.40 pagi. Tu pun malas2 lagi. Dah la bas penuh nak mati.

Aku malas nak citer karakter kawan2 aku dalam kelas. Semua degil2 dan nakal extreme. Yang baik2 semua student2 yang special. Dorang cacat penglihatan. Tapi budak2 kelas lain tak campur sangat ngan dorang ni. Aku pun tak pasti kenapa. Tapi once dah kenal dorang, percaya laa...Dorang la kawan2 paling fun yang pernah ko ade.

Dalam banyak2 cikgu yang ngajar kitorang plak, aku tak bleh lupa skali cikgu English. Miss Mah. Tatau la dia ni kena apa. Tapi setiap kali dia cakap, mesti kami akan rasa mengantuk. Even English tu adalah selepas kelas PJK. Selalu orang cakap lepas PJK mesti semangat nak blaja kan? Tapi kitorang tetap ngantuk.

Penah la skali dalam kelas tu... Dia tengah bebel2 pasal ape tah, pastu sambil2 tulis2 something kat black board tu. Aku masih boleh bertahan lagi. Tengah dok men cucuk2 pinggang dengan Husna. Sebab dier ske melatah. Pastu kitorang perasan kelas senyap-sunyi gila. Aku toleh kiri, tengok Esther tengah baek punye tido. Shaliza pun. Tengok blakang, Nisha ngan Hajar pun dah tersengguk2. Pastu dongak sikit tengok seisi kelas, masing2 tengah tido. Kepala dah lentok atas meja. Kami pun join the club la...

Tiba2 makcik tu pusing tengok blakang dan terus....

"Hey class!! Wake up! Wake up! Oo... U all sleep in my class haa!!! Wake up! Wake up!"

Sambil ketuk2 meja. Macam nak pecah jugak la meja tu. Haha.

"I want all of u keep ur chin 5 inches from the table NOW!!!"

Gelabah satu kelas cari pembaris ukur dagu jauh 5 inci dari meja. Dia mampu geleng2 kepala je la. Tak sangka plak dak2 kelas aku semua lurus bendul pegi kelam-kabut cari pembaris nak ukur dagu 5 inci dari meja. Sudahnya, masing2 tongkat dagu dengan pembaris je. Tapi mata still lelap2... Gila aa... Sejak haritu setiap kali dia masuk kelas, kami semua dah ready dengan pembaris pendek tongkat dagu.

Lain2 plak... Boleh kata hampir semua jugak la cikgu2 tak berkenan dengan kelas kami. Sejarah pun kami jugak worst. Hari2 kene maki dengan Miss Pillay.

"U stupid, donkey, monkey...Bla...Bla..Bla..."

Tu dah jadi ruji kami telan bulat2. Buat2 ok pun kene marah. Buat bodo lagi kena marah. Sampai ada sekali kecoh2 dia masuk hospital pasal sakit jantung kot, kata budak2 kelas lain la...Pun salahkan kitorang sampai dia jadi macam tu.

Waktu sains plak masing2 advance gila. Tau2 je la masa form 3 dulu first chapter hapa benda kan? Punya la expert budak2 kelas aku... Sampai cikgu sains tu pun segan2 nak ajar kitorang. Dah la dia pun first time ajar skolah semua pompuan. Lepas tu dapat student jenis macam kami plak. Tapi dalam ramai2 tu aku sorang je selalu dapat markah paling rendah dalam topic tu. Memang bengap sikit masa tu. Tapi sekarang dah expert. Wahahahhh...

Cikgu geografi, Mdm. Helen je sayang kami sebab kami suka bodek2 dia. Dia la cikgu paling terer bergaya dalam skolah. Hari2 kami usya baju kebaya dia, mekap dia, blouse dia, skirt dia, semua2 la. Branded2 plak tu beb! Dia pun baik gila ngan kami semua. Baik sampai ada sekali dia kena organize lawatan student2 dari Australia melawat skolah. Dia bawak dorang tu semua beramah mesra dengan kami. Kelas lain bengang je ngan kami. Mwahaha~~!!!

Apa yang aku ingat cikgu2 skolah tu takde la target sangat kelas kami cemerlang PMR masa tu. Mana taknya, asal cikgu tak datang je, semua buat2 bising. Bukan bising apa pun. Cikgu2 kene hayati cara kami blajar. Kami bising pun sebab main game ala2 Pop Kuiz dulu tu. Jumie la selalu nanti baca soklan dalam kelas. Pastu masing2 berebut2 la nak jawap. Berkesan apa cara kami study? Cuma annoying je la sebab bising.

As the result, kelas kitorang antara yang terbaek la jugak PMR dat year. Almost half class dapat 8A. Including me. Haha. Pass with flying colors [honor]. =)

Semua tu memories beb!!

Rindu korang, beb!! Seriously. Nasib baik ada fesbuk.


P/S: Aku juga sangat sihat pada masa ini. Yang kene bulat kaler merah tu adalah aku. =)

Monday, December 21, 2009

Salah Faham

Kenapa sekarang ni bertunang pun persiapan gampang hebat macam nak sanding?

Congrats kepada kawan2 aku yang dah confirm ade life partner sehidup-semati ngan korang. Semoga bahagia sampai akhir zaman. Aku tamau wish sampai anak-cucu. Nanti dah dapat cucu ada plak berubah hati kan?

Cuma aku confuse la. Tolong sapa2 terangkan kat aku yang super-duper blur pasal protokol dan majlis2 nak menyatukan 2 hati tu. Sumpah aku confuse. Dah la berapa orang kawan2 aku nyaris kene marah sebab tak jemput aku pegi "kenduri kawen" dorang. Last2 dorang bagitau aku yang tu cuma majlis bertunang je. Apakah?

Zaman abang aku dulu simple gila je. Family2 yang terdiri dari golongan warga2 tua je pegi umah akak ipar aku pegi meminang. Kitorang kanak2 ni lepak umah makcik aku je. Pastu abang aku plak kene jaga kitorang. Fun gila kuar jalan2 sebab abang aku pun bosan kat umah. Maka kami yang kanak2 ni semua dia angkut pegi KFC kat Ipoh...

Aku tamau pikir cemana rupa-bentuk majlis aku nanti. Sapa nak tolong handle nanti? Simple2 cukup. Kalo kawen plak, kalo bleh... Sanding pun tamau. Huhuk!

Jalan2 Cari Pasal

Harini sangat free dan rasa malas pula nak duduk dalam umah. Lagipun akak ipar aku tak keje. Aku nak kuar menghirup udara luar yang tercemar sambil bayar bil air yang abang aku suruh semalam. Aku sempat bayar bil elektrik online je. Pejabat Bekalan Air Penang macam takde dalam list open bill Bank Islam. Sapa punya keja ni?

Pegi bayar bil pulak tu kat pejabat pos paling rare dalam Malaysia. Mana ada pejabat pos ala2 rumah selain pejabat pos tu? Siap sebelah kanan kaunter ada buaian mudah-alih dan ada sorang baby comel tengah tido kat dalam. Tak jauh dari situ ada barang2 baby tu semua. Belah2 belakang tak payah cerita la. Siap dengan toto dengan bantal semua siap. Belah kiri kaunter plak ada tv siap dengan astro. Rare kan? Pastu ada sorang pakcik pulak main2 potong line. Apa, ingat aku saja suka2 nak beratur situ ke? Diam sudah. Konon hormat orang tua. Makcik depan aku pun tak bising kat dia.

Abeh satu bab bayar2 bil. Malas nak balik umah, terus kuar jalan2 dengan Jonny.

Satu daerah barat daya jugak la aku tawaf. Ending lalu kat tepi2 pantai dekat2 Queensbay Mall tu. Waktu dah tengah hari rembang. Sambil2 tu jeling2 jugak kat kapel yang tengah dating tepi pantai tu. Tengah2 hari beserta panas terik pun nak jugak dating tepi pantai tu. Konon romantik la? Tunggu petang2 la baru best. Boleh jugak tangkap gambar matahari terbenam.

Pastu ada jugak tengah2 tangkap gambar peluk2 pokok. Agak2 nanti korang bukak Myspace, pastu nampak budak pompuan buat2 kiut dan peace tepi pokok kelapa kecik2 ala2 tepi laut dengan memakai baju pink tu, cepat2 la add dia. Kesian jugak la tengok pose comel2 tu tengah2 panas. Rugi korang tak add.

Last sekali...

Masa sibuk2 nak balik, aku saing dengan sorang brader ni. Muka boleh tahan la. Awek pun cun stok bukan calang2. Pakai tudung. Baju belang fit. Sluar jeans low cut. Slim. Aku saje selit2 cari jalan je nak rapat ngan moto dorang ni. Bukan pe. Nak jugak aku usya brand hape spender awek dier tu. Cantek sangat ke? Kaler krim plak tu. Londeh gampang.

Dah dekat. Takde brand pun. Mesti beli 4 helai 10 hengget. Kat Jusco selalu jual2 macam tu. Alaa... Spender aku lagi mahal la woi. Siap ade gambar kartun2. Tapi saja aku tamau tayang kat orang.

Aku pecut depan sikit depan dorang. Siap hon lagi. Pastu aku buat2 betulkan sweater aku yang dah sedia labuh kat belakang. Tapi awek tu jeling balik macam marah. Aku nak buat cemane?

Takkan nak jerit,

"Woi, aku nampak spender murah ko kaler krim!!"

Kuat2. Lagi malu kan?

Aku rasa time tu jugak aku nak pegi beli jaket keselamatan yang kaler kuning terang tu dan bagi hadiah kat awek brader tu.

Random #11

Katalahkan ko sebelum ni normal. Tiba2 esok pagi lepas ko bangun tido ko dapati ko dah kidal. Perkara pertama terlintas kat kepala aku adalah...

Wajar tak ko swap function right-click atau left-click sebuah tetikus?

Sebab tiba2 ada rasa kekok dan confuse mana kiri, mana kanan.

Apahal?

Aku confuse ni.
Aku rasa takde la sampai tahap hari2 aku pegi beli burger.

Baru 3x aku beli kat stall yang sama dalam tempoh 4 bulan aku kat Penang ni.
Kalo ada lain2 pun aku biasa suh Mirul je belikan kat aku.
Malas nak kuar.

Tapi tadi dari jauh lagi aku brader tu dah sound aku...

"Haa... Yang kat atas moto tu burger daging special satu kan?"

Pherhh... Sungguh tak penyabar. Gile bai semua pandang tengok aku. Macam la aku regular customer. Drop my water face sungguh laa... Aku tak kisah kalo dier nak ingat customer kalo hari2 atau at least selalu la pegi stall dier beli burger. Sama macam aku keje kat kedai makan dulu. Sebab regular customer tu hari2 datang beli. Tapi tak gemuk2 pulak dia makan nasik ayam hari2. Haihh...

Ada 2 kemungkinan je.

  1. Dier still ingat aku adalah manusia yang memang takkan bagi no tepon kat dia. Ko takde hal nak call/SMS aku, ape jadah aku nak bagi no fon, ye tak? Lain la ko buat delivery. Senang2 hati aku call mintak burger delivery ke umah.

  2. Adakah aku pakai baju yang warne sama setiap kali rasa nak pegi beli burger?


P/S: Sesape yang baru kenal aku tu, jangan la anda berharap nak dapat no fon aku lepas tanya nama. Yang mana2 aku kenal online ni pun semua amik masa setahun untuk jadik kawan aku baru aku passing no fon. Itu pun sebab ada hal. Kalo takde hal, better contact aku kat YM sudah. Jangan nak mengada2.

Sunday, December 20, 2009

Selongkar Album #2

Terer jugak aku cat-walk rupanya.

Saturday, December 19, 2009

Huh?

Balik dari lepak2 dalam keta dan buang masa sikit tepi pantai belakang kilang. Sambil berangan nak berenang sampai ke Pulau Jerejak sebab naik bot pegi sana adalah mahal. Siap kira masa dengan kekuatan ombak lagi, ok?

Lelaki 1: Eh, sape antar kamu? Naik Vios plak tu... Taknak ajak masuk ke dia?

Pompuan 1: Nampak gayenye adik kamu ni tak lama le, ye dok? [paling pekat loghat Peraknye]

Pompuan 2: Elok le... Kamu pun setahun aje lagi ngaji kan?

Aku blur.

Lelaki 1: Kalo nak mintak tolong apape ke nanti kami bley tolong aje. Cakap je bilenye ye...

Aku bertambah2 la blur. Siap ternganga sekejap. Apahal dorang ni?

Pompuan 2: Sape orang tadi? [Hah! Baru ingat nak tanye?]

Aku: Kawan.

Lelaki 2: Mana la nak ngaku kan?

Aku diam. Rasa2 dah dapat tau dah punca sebenarnye ni.

Angah: Tu kawan skolah dia dulu tu. Rajin keluar ngan dia.

Pompuan 1: Haa... Baguih la lama dah kenal dari sekolah lagi, kan?

Aku: Memang kenal pun. Sangat2 kenal. Dari tadika sampai form 3 satu skolah. Pegi rehat pun sama2.[Saja aku tekan kat form 3 tu lebih sikit]

Tiba2 suasana senyap sunyi. Agaknye dorang dah sedar kot yang form 1 sampai form 3 aku skolah kat skolah SEMUA POMPUAN. Masing2 menunjukkan riak muka yang agak kecewa.

Apa jadahnye aku nak kawen sesama jenis woi?

Early Morning Today...

It REALLY feel like the old times.
I appreciate what I saw and it reminds me of "them".

Eventho the feeling was not exactly the same, but still there, because they're not whom I expected and I am now grown up.

Pagi2 dah merepek. Layankan je. =)

Friday, December 18, 2009

Putus Nyambung

Bleh tak aku dah gile sing-a-long chorus lagu ni skang?
Sangat fun ok?

BBB – Putus Nyambung

Ini mimpi anak remaja
Seindahnya mimpi para dewa
Tak pernah berhenti ceritanya
Yang biasa jadi tak biasa

* Memangnya dunia ini punyamu

Apa memang hanya ada kamu
Banyak yang bisa menggantikan
Putus satu tumbuh seribu

reff:

Putus nyambung putus nyambung putus nyambung
Sekarang putus besoknya menyesal
Kalau loe laku hari ini putus
Ya putus aja

Putus nyambung putus nyambung putus nyambung
Kalau dekat benci kalau jauh kangen
Lihat saja nanti apa yang terjadi
Putus ataukah nyambung

Aku tau kamu masih suka
Aku dan kamu memang gengsian
Sampai kapan harus begini
Putus nyambung putus nyambung terus

repeat reff

repeat *

repeat reff [2x]

Putus nyambung putus nyambung putus nyambung putus nyambung
Putus nyambung putus nyambung putus nyambung putus nyambung
Gitu dong…
Ngarep loe..

Lirik lagu BBB – Putus Nyambung ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net.


Rambut Aku Dah Panjang Gile2


Tu je aku nak citer. Saja letak gamba muke macam emo. Sebab cari disc kosong keliling bilik tapi tak jumpa2. Bengong betul. Entah sape dah makan disc tu time2 lapar tengah2 malam.

Ni FIRST TIME aku membela rambut secara berleluasa. Rekod tak gunting2 sejak 3 tahun lepas. Kalau arwah ada ni, mesti dia kagum ngan aku. Marah betul dia masa aku potong rambut ala2 abang2 askar 3 tahun lepas. Nasib baik tak kena pukul.

Sapa nak ngorat aku? Tawaran dibuka sekarang.

Thursday, December 17, 2009

Malaysia Menang~~ Yeayy~~!!

Yeayy~~ Lepas 20 tahun menanti, last2 menang jugak. Tahniah kepada diri sendiri juga sebab takyah susah-payah tukar kewarganegaraan. Wahaha... Sebab aku cuma sokong pasukan yang menang je. Nasib baik la Malaysia yang menang.

Malaysia Boleh!!

P/S: Aku tak tengok pun...Aku dengar je kat frenzy.fm. Confirm malam ni mesti dah kuar berita kat Sokernet.

Tajuk Apa Ni?

Uhh... Messy gila... Gambar terakhir pc antik kaler putih milik abang aku sebelum berpindah milik ke kawan dier.Nama je milik abang aku...Tapi yang tukang gunanya adalah aku. Antik dowh pc nih. Banyak berjasa kat aku since aku form 1. Bayangkan la berapa tahun punya pakai. PC ni jugak la selalu kene pukul ngan aku bila hang atau tamau on. Uhh... Sedih gila la nak berpisah dengan beliau...

Sekarang beliau masih lagi dalam proses format2. Dan install OS baru, application free2... Hmm...Semoga dier berbahagia dengan tuan baru lepas ni. Harap2 juga tuan baru tu tak berapa kejam macam aku. Harap2 tuan baru tu jugak takkan simpan "benda bukan2" kat dalam tu. Ehem. *Tiba2 sakit tekak*

P/S: CD sepah2 tu semua ori ok? CD hardware laptop tu pun ada... Laptop lama2 aku yang hilang ada, kamera baru, kamera hilang, semua2 la ada... Aku mengalami masalah nak cari CD2 asal untuk pc ni.

Malaysia vs. Vietnam

Saja bosan2 konon nak buat rebiu. Tapi aku baru sedar aku langsung tak tau apape pasal bola. Yang aku tau sokong pasukan yang menang je. Kalo korang rasa nak tengok rebiu yang best pasal Malaysia dengan Vietnam nanti, pegi la kat Sokernet sana. Dengar cerita David Beckham pun jadi follower tegar blog tu untuk tau hal ehwal semasa bola sepak. Aku pulak macam biasa la, tunggu result bola2 ni kat situ je.

Random #10

Segan plak nak ngaku aku suka diving. Sapa punya idea ni?

Wednesday, December 16, 2009

Sangat Takde Keje...

Ngidam sarsi...
Tapi dapat air mangga...


Hmm... Jadik la kan...
Panas2 gini layan jugak...

Random #9

Dah la sorang2 dalam gelap ni... Tiba2 nampak plak kilat kat luar tingkap... Ada bunyi guruh dan bau minyak cap kapak? Biar betul... Nak rasa seram ke tak ni?

Tuesday, December 15, 2009

Sarsi


Tiba2 aku teringin sangat nak minum air sarsi...

Kat mana bleh jumpe sarsi yang betul2 rasa sarsi?
Kordial Saga pun tune sarsi dia dah banyak lari...

P/S: Ini gamba Google =)

Milo Dan Aku

Dari kecik2 sampai la skang aku suka milo. Tak kira la cemana rupa bentuk milo tu. Sama ada dalam bentuk cecair, serbuk, pepejal ataupun gas (ada ke?)

Dan sangat2 hafal lagu Milo...

"Minum milo anda jadi sihat dan kuat!!"


Tapi apsal skang asal aku minum milo je mesti sakit perut... Dah tu motto dorang tu, membesar sihat dan kuat langsung takde applicable kat aku. Sebab ramai sangat komplen tinggi aku stok2 zaman dulu2... Tak besar2 walaupun dah bertahun dorang tak jumpe aku. Takde perubahan.

Aku rasa milo ni tipu aku la.

Rasa macam nak saman plak. Muahaha~~!!!

Monday, December 14, 2009

Random #8

Hmm... Lately kat umah aku lebih suka duduk sorang2 dalam bilik ngadap laptop dan segala macam game yang ada dalam fesbuk ni. Tah la. Takde mood nak join orang2 kat luar tu tengok tv laa... Makan or apape je la. Serious takde mood. Kalo aku kuar pun sebab lapar yang btol2 punye lapar. Last2 aku cuma minum milo + nestum je. Bukan diet, tapi tah...

Pastu bila bosan, kuar ngan Jonny. Entah mana2 je kitorang pusing2. Sampai la semalam... Hajar ajak aku kuar ngan family dier. Pegi Gurney Plaza tengok movie. Masa tu tak sure la lagi movie ape... Tapi mesti jenis sopan2 coz Mak Cik Sarah pun ikut. Yusry pun masih bawah umo. =)

Dari aku tamau tengok citer 2012 tu, last2 semalam tertengok jugak kan. Haha. Neway ok la citer tu... Bende disaster sume real. Rasa macam kitorang ada dalam tu pun ye jugak pasal Hajar salah pilih seat. Selambe je pilih 3 row dari depan. Haha. Bapak aa thrill... Cuma sux bila kecoh la iklan cakap mende tu kiamat konon2. Kalo kiamat, apsal ade survivor plak kan?

Ekceli lama la jugak tak jumpe Hajar ni since raya haritu... Mak dier yang rindu sangat nak jumpe aku sebenarnye. Huhu. Touching jugak la sebab aku pun da takde mak kan... Cuma mak dier bising sikit la cakap aku makin kurus... Nasib baik la masih comel =)

Aku kurus ke?

Maybe sebab tak amik kisah pasal makan2 kot. Bila kuar je baru makan. Sejak lepas praktikal ni la. Entah. Macam takde sape je peduli aku makan ke tak. Aku pun tak kisah. Asal aku tak mati sudah la. Lagipun semenjak-dua menjak ni, ape pun aku buat mesti nampak muke arwah ayah. Takleh la. Sedih gila. So, aku banyak abehkan masa dalam bilik surf internet ngan men game je. Nak bagi ilang sedih. Tak pun pegi ngusik kawan2 tengah YM...

Sesungguhnye... Aku sangat2 rindu kat parents aku. Takde boifreng pun takpe. Malas nak rindu kat orang lain. Rindu sangat kat parents aku... Lagipun aku rasa orang2 dalam umah ni pun macam tak amik kisah sangat kan pasal aku...

Tah la...Kadang2 feel like tak wujud je dalam umah ni. Ye la, sape nak sembang ngan aku kan? Ada orang tu lagi prefer bazir kredit call2 orang lain dari sembang dengan yang depan mata ni. Lagi sorang plak selalu letih2 balik keje, tido je kejenye. Apa2 hal pun semua main SMS je. Yang kecik2 ni plak entah asik bergaduh jerit2 je. Sampai naik rimas aku. Yang aku sure sayang betul ngan aku sampai tamau berenggang ngan aku cuma Aiman.

Kalo ada arwah mak atau ayah, mesti dorang rajin layan aku bercakap2 ni.

Rindunyaa...

Why Today So Hot Ah?

I'm extremely thirsty and almost finished drinks this one full jug of water... Huhu...

Sunday, December 13, 2009

=)

Dapat sampul berisi kad secara pos... Haha... Mati2 la ingat raya2 haji aritu pun ada jugak orang nak antar kad raya kan... Tapi silap... Rupenye jemputan ke kenduri kawen...

Mula2 confuse jugak, lebih2 lagi bile tengok nama Khairul & Ida kat sampul... Dalam otak terpikir Kaiyo je... Memang melampau gila la kad kawen men pos2 padahal umah aku dengan dia tak sampai sedepa pun jauhnye. Skali tengok setem dari KL...

Kak Ida~~ Congratsss~~!!

Dah bukak rupenye akak Akin rupenye yang antar... Bagus aa...Sebab rasanya dalam ramai2 kawan2 aku kat fesbuk, dia saje yang ade inisiatif hantar kad jemputan walaupun jauh dan bukan macam orang lain, scan kad pastu tag kawan2 dengan harapan dorang akan datang.

Memandangkan kad pun da sampai, nampaknye kene la usaha untuk pegi kan? Sambil2 tu dah plan nak tengok Batrisya skali~~ Baby Akin ♥ ♥ ♥

Kak Syima~~ Gi kenduri lagi jom? Kali ni kat Dewan Dato' Ahmad Razali kat Ampang plak =)

Kalo akak tamau pegi... Terpakse la ajak orang lain... Anyone?

Saturday, December 12, 2009

Takziah

Terkezut aku bile tatap muka depan surat khabar pagi ni tengok keta remuk teruk dengan caption yang sangat mendukacitakan. Lebey terkezut bila baca nama pengantin pompuan yang malang tu... Sedihnya rasa... Harap dier tabah la hadapi dugaan camni...


Pengantin pompuan yang malang tu adalah adik kepada ex-classmate aku, Teh Amelia Syazwani. Sian ngan Teh Affifah tu... Kepada sape2 ex-BESERIAN a.k.a MRSM Beseri yang kurang jelas sape dorang ni, meh nak bagitau, Teh Amelia batch 17 ye. Budak akaun, kelas N dan homeroom N1. Adik beliau plak aku rasa budak bio kot. Tapi memang confirm la junior batch 18...

Dari sumber lain yang aku dapat tau, arwah adalah ex-MRSM Langkawi.

Takziah buat dorang.

Al-fatihah...

Random #7


Otograf "kitar semula" zaman pra-sejarah. Very historic, huh?

P/S: Korang ni hilang ingatan ke hape...Kemain punye kreatif la otograf ni siap jadik rebutan sampai nak dicuri2 pun boleh buat2 tak ingat pulak. Nak kene pukul semua ni...

Friday, December 11, 2009

Rindu...

Sorang2.

Senyap.

Sunyi.

--------------------------------------------------

Walau riuh pun tetap sunyi.

Buat la bising cemana pun. Tetap rasa sorang2.

Pelik.

Tapi suka.

Sesekali kan?

--------------------------------------------------------------

Al-fatihah untuk mereka.

Sekarang aku baru sedar betapa rindunya aku dengan dorang. *Sighs*

Unisel Pun Dah Start Nak Buat Saman Student?

Apahal aku baca senarai kesalahan semua sama sebijik macam IPTA?

Maklumat lanjut DI SINI

Tak cukup dengan paksa student bayar yuran yang tiba2 bertambah time2 dekat2 nak exam, dier tambah plak lagi ngan peraturan2 yang sebijik sama macam IPTA? Dan of course jenis denda adalah berbayar. Minimum adalah RM 30. Maksimum adalah RM 50. Denda takkan melebihi RM 200.

I thought UNiSEL is IPTS?

Serious shit aku tak pernah dengar INTI College buat peraturan camni.

Deyyy... Kalo nak student betul2 ikut peraturan/etika yang betul... Sila kurangkan yuran dan tukar status universiti sebagai IPTA. Baru la kena.

I wonder tahun depan entah berapa ratus saman aku kene bayar untuk satu semester sebab kesalahan TAKLEH PAKAI JEANS... I got about 1 year to finish my studies.

Aku praktikal pun takde plak cakap takleh pakai jeans. Environment keje aku akan datang pun rasa2 takkan ade unsur2 yang menyebabkan takleh pakai jeans. Janji berpakaian kemas. Huhuhhh...

Haihhh...Nak cari duit lebih pun, agak2 la kan?

Mari mencarut beramai2 pada hari Jumaat.



Trivia Mengenai Punca2 Ketidakpuasan Hati Aku:
  • Aku memang tak pernah puas hati dengan apape peraturan baru UNiSEL sejak aku buat degree. Harap maklum. So, sape2 yang nak back up UNiSEL, sila tanya aku dulu berapa banyak duit aku dah barai untuk bayar yuran pengajian kat UNiSEL since aku diploma... Frankly speaking, happy time aku dengan UNiSEL hanya masa aku buat diploma sahaja. Masa tu admin masih bertimbang rasa dan teratur.

  • Aku sangat2 percaya dengan motto: CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT. Sebab UNiSEL TAK PERNAH treat student as a student. It is more to "pengguna yang bayar untuk mendapatkan perkhidmatan."

  • Mana pegi janji2 PKR dulu masa pilihan raya nak bagi PENDIDIKAN PERCUMA? UNiSEL is not IPTA, bukan bawah kerajaan pusat, bahkan merupakan UNIVERSITI MILIK PENUH KERAJAAN NEGERI YANG PERTAMA...

  • Aku bukan tak pernah tanye staff or anyone else di atas2 pasal hal2 macam ni, tapi jawapan dorang adalah dorang pun mengikut arahan orang yang lebih atas. Sape? Aaa...Lu pikir aa sendiri.

Hah! Politik semua masuk... So, what?

Lepas 6 Bulan Mencari =(

Rindu gila nak makan kuay teow th'ng... 6 bulan tu tercari2 kat mana la gerangan kuay teow th'ng yang arwah ayah selalu beli...Katanya dekat2 sekolah menengah. Last2 jumpe la jugak kan... Cuma selama ni tak berani beli je takut tak sama.

Penuh semangkuk...Baik gile pakcik tu =)

Tapi sebab tadi teringin sangat, so beli la. Ingatkan aku sorang je yang rindu nak makan kuay teow th'ng untuk sarapan tu...Rupanya minah ni pun sama... Takpe, next time aku pegi beli, nak mintak kuay teow lebih...

Peminat kuay teow th'ng untuk sarapan =)

Rindunya kat arwah...

Mujur la ade Jonny... Bleh jugak ronda2 cari makanan2 yang arwah selalu beli untuk sarapan... Huhu...

Thursday, December 10, 2009

Random #6

Boleh klik kat gambar dan tengok buzz rating yang aku bulatkan tu =)

Ini je ke buzz rating tertinggi? Tak bleh pegi tinggi lagi ke?

Currently aku memang addict dengan Cafe World kat fesbuk tu. Sori la kalo rasa menyampah =)

Cara2 Menggunakan Seterika Dengan Betul


Berikut adalah cara2 menggunakan seterika dengan betul. Sesapa yang masih tak pandai nak handle seterika boleh belajar berdasarkan panduan mudah dari video clip di atas. Tidak terdapat sebarang unsur2 penderaan seperti seterika panas atau apape bentuk paksaan dalam pembikinan clip di atas. Rakaman juga dilakukan secara senyap2 tanpa pengetahuan pendemonstrator. =)

Demonstrator: Incik Aiman yang Hensem

Amaran: Jangan cuba2 nak suruh anak2 betul, anak tiri atau anak sedara anda bawah 2 tahun melakukan perkara yang sama tanpa pengawasan pihak2 berumur lebih 18 tahun. =)

Wednesday, December 9, 2009

Random #5

Nasib baik la aku pompuan. Complicated rupanya procedure nak kawen ni kan? Baru berangan nak kawen ngan warga luar dari Penang. Contoh? Ada 14 negeri dalam Malaysia dan 3 Wilayah. Tolong list senirik ok?

Kenapa begitu? Sila pegi LINK INI untuk maklumat lanjut.

Mantot, thanks, bro!!

BTW, aku masih tertanya2... Kalo dah procedure cenggini punye panjang + complicated + memerlukan perbelanjaan yang boleh tahan banyak... Kenapa still banyak kes cerai ah? Tak rasa rugi ke? Huhu...

Kumpul duit nak kawen, kumpul duit untuk tampung kuarge, kumpul duit untuk macam2. Nak cerai pun kene kumpul duit jugak kot...Sanggup aku tak kawen camni sebab taknak nyusahkan orang. Huhu...

Apapun, mujur jugak la aku masih lagi perempuan. =)

P/S: Aku memang 'play-safe' kan kalo bab2 gini walaupun tuan blog tu awal2 dah bagi permission untuk kopipes dan sebarkan kepada kawan2?

Tuesday, December 8, 2009

Original Lebih Baik

Tatau plak aku sejak bile citer katun Upin & Ipin ni dah tersiar kat Disney Channel. Itu pun aku layan secara tak sengaja sebab anak2 buah aku semua suka tengok citer ni. Dah la masuk Disney Channel, pastu tatau la kenapa Disney Channel skang suck gila sebab semua benda yang original dalam bahasa lain pun nak alih bahasa ke Bahasa Malaysia (memang la kat remote Astro tu kite boleh tukar ke bahasa asal balik, tapi agak2 la tiap2 kali men tukar2 channel secara random, tiap kali tu la ko kene tukar bahasa...Belum campur time berebut remote lagi tu...) Dah tu, ko tak rase kagum ke tiba2 Miley Cyrus boleh cakap Bahasa Malaysia? Pulak tu pure punye Bahasa Malaysia ikut skrip dan jauh beza dengan pelakon2 drama konon drama Melayu tapi cakap Bahasa Malaysia celup...Hahaha~~

Tapi kat umah aku ni ade polisi. Kalo katun2 kat Astro channel 612 [Nickelodeon], 613 & 615 [Disney], 616 [Cartoon Network] sume2 tu kene layan dalam Bahasa Inggeris. Haha. Entah sape la buat policy dalam umah camni sebab nak bagi budak2 dalam umah ni balance 2-2 bahasa. Lain kali ajar bahasa lain plak =)

Pastu kan ada 2-3 katun Malaysia dalam Disney channel tu? Contoh; Kampung Boy, Bola Kampung, Mustang Mama (takde suara sangat)... Tu sume entah cemana la aku boleh accept lagi bila tengok dalam Bahasa Inggeris. Dan yang baru ni, Upin & Ipin...


Ape lagi, layan la jugak dalam Bahasa Inggeris. Huhu. Tapi serius laa... Hampeh gila la kalo layan dalam Bahasa Inggeris nih. Tak seronok langsung. Hilang originality lawak2 yang buat aku gelak tak berenti macam Jargit berpantun, ucapan "selamat pagi cikgu" tu... Tambah yang Upin & Ipin punye trade mark "betul,betul,betul" tu pun dah jadik "true, true, true,". Cuba cakap laju2. Kan dah sama dengan bunyi ringtone enset? Adoiyaii... Betul2 hilang rasa best layan citer Upin & Ipin sebab gelagat bukan2 budak2 dalam citer tu... Sampai aku terfikir gak, camne la orang yang tak paham Bahasa Malaysia layan citer katun ni dalam lain2 bahasa... Lain macam wey! Serious.

Maybe aku kene request kat tuan umah ni pengecualian untuk Bahasa Inggeris dalam Disney Channel untuk katun Upin & Ipin. Huhuhhh...

Monday, December 7, 2009

Mari Terbang2 Secara Extreme

Ni merupakan target utama aku dan my sis tercayang menjejakkan kaki ke Pesta Penang tu. Ye lah, first time ni pegi tanpa ditemani kuarge2 terchenta. Misi cuma satu. Nak enjoy secara extreme dan membabi-buta. =)

Klik gambar kalo nak tau lebih lanjut pasal mende ni. Mana la tau kot2 korang nak buat funfair depan umah kan... Senang gitu... Boleh aku join sama sebagai pengunjung tetap. =)

Banyak bende dorang offer kat situ. Tapi memandangkan datang tanpa family dan fresh2 pulak tu kepala nak pikir men bende2 yang kitorang tak dapat main kalo ikut parents, so pilih yang extreme2 saje.

First target : Top Gun

Ini Top Gun =)

Masa ni aku tengah bersedih2 sebab my sis tu tamau duduk depan2. Baru la cara kalo duduk depan. Tapi da dier taknak... Nanti dier tamau ikut naik bende lain, aku plak yang susah. Ye la. Kat sini kebanyakkan seat tu untuk 2 orang. Tak syiok la kalo orang yang duduk sebelah aku tu orang tak dikenali. Btol tak?

Sangat ceria, ok? Tapi tak brape selesa sebab berasa sangat kenyang dan tiba2 rasa seat kecik.

Rupe sebenar kat sana =)


Second target : Challenger

Maximum degree bende ni bleh naik. Masih belum cukup extreme. Tapi seat pun pusing2 jugak.


Brader keje situ tolong tangkap gamba kami yang ceria2 nak meng-extreme-kan diri =)


Penuh lampu2 bukan?


Third target : Vortex
Ni paling extreme. Selama ni aku tak penah naik mende ni. Tapi ni first time excited sangat nak naik. Siap merayu-meraban lagi kat kazen aku tu. Kalo dier tak teman aku, sape lagi kan?


Masih ceria lagi. Haha... Aku dah bilang...Bende2 extreme terbang2 ni bleh ajak aku. Takde hal la nak main =)


Tinggi gila menatang ni sebenarnye. Bila kat atas kami teruja sebab nampak orang kat bawah kecik2 macam semut. Anggaran tinggi lebih kurang macam berada di tingkat 10 bangunan atau tinggi lagi. Mungkin la =) Turun je dari menatang ni, terus rasa nak terbang2...


Fourth target : Sky Rider

Last mission. Tu pun lepas check wallet tengok2 duit ngam2 je nak isi minyak moto. Huhuhh =(


Muka paksa diri untuk bergambar. Brader situ terlalu sibuk untuk tolong tangkap gambar aku dengan kazen aku. Masa ni kami siap boleh men tendang2 seat. Haha....


Tatau camne aku bley amik gambar camni...

Pherghh... Enjoy gila beb kat sana. Semua benda naik bleh terbang2. Tapi takleh blah tu balik je umah, elok je landing atas katil, baru la ade rasa ting-tong atau pening2. Hmm... Tapi tetap tak putuskan semangat untuk naik mende extreme2 ni tahun depan.

Oh ye. Sape2 nak apply jadik buah hati aku juge mesti la seorang yang boleh tahan naik bende2 extreme camni dan bukan hanya cakap besar seperti ex aku sebelum ni. Macam kat Kuala Selangor tu la. Beriya cakap nak tengok aku menangis lepas turun dari Top Gun tu. Tapi last2 sape yang kene gelak kaw2 dengan aku? Dierrrrr jugak. Siap muntah2 lagi kat bawah lepas turun apehal? Wat malu je. Chet!!

Aku memang admire gile dengan bende2 yang laju dan menguji andrenalin dengan terjun2 camni. Serious. Siap pasang impian lagi untuk pegi buat bungee jumping...Untuk honeymoon vacation ok? Haha... Mati laa suke terjun2 atau lawan gravity...

Random #4

Sekarang dah pukul berapaaa... Tiba2 takleh tido... Tapi badan letih gila dan perlukan tido... Help me!! =(

Saturday, December 5, 2009

Dark Side #1: Kenapa Aku Takut Commit Serious Relationship

Entry ke-300.
Gila pathetic punye tajuk. =)
Woi...Woi...Ni kisah benar ok?
Persoalan kat tajuk tu jugak menyebabkan punca utama kenapa takde terdapat entry seperti kuar dating atau bergambar entah apape dengan manusia2 yang dilabel dengan cop "buah hati pengarang jantung" atau "boifreng" atau apape yang sewaktu dengannye.
Bagi sesape yang ada follow citer jiwang hangit aku yang sampai 4 part tu [part 1, part 2, part 3 dan part 4] maybe tu je la kot citer jiwang paling sempoi yang pernah terdapat dalam blog aku. Hahahaaa... Ekceli bangga jugak la kan sebab ade jugak rupenye citer2 berunsur jiwang hangit dalam blog aku. Hahahaaa...
Berbalik pade statement dark side tu. Selain dari quad-logy citer tu, lepas tu aku memang single sampai skang. Kalo ada ter-kapel pun just-for-fun. Secara runcit2. Sekadar nak menyedapkan hati orang lain yang rasa kalo ko tak couple, ko memang loser. Kadang2 aku menggunakan kawan2 sebagai mangsa menyamar jadik balak aku. Sori la woi. Terpaksa. Tapi korang pun suka je kan? Hahahaa...
Sebenarnye ade citer lain lepas aku off ngan first love aku tu. Tapi pada masa tu jugak ade someone yang aku rasa mental dier up-side-down sudah obses gila dengan aku. Dier stalk aku tahap lembu2 (baca: kaw2) punya. Mana aku pegi, ape aku buat, even aku pegi jamban sekalipun dier tau. Huwaaa~~!!! Mental gila...
Tambah horror lagi he nearly KILLED ME!!!! 2 times. Alasannya? "If I couldn't have u as my love, then none can ever have u as their's." Babi. Orang lain maybe pikir tu sume sweet. Tapi aku yang mengalaminye, percayala, memang trauma seumur hidup. How depress I am, camne aku hidup bergantung dengan sedative for almost 1 year, hanya orang2 yang jaga aku pada masa tu je tau betapa gilanya aku masa tu... Nearly commit suicide jugak la aku ni... The good thing is, I managed to keep all this secret from my parents until their last day living. What did that guy done that nearly killed me? Biarlah rahsia.
Lepas aku dah tak jumpe orang itu... Aku pulih la sikit, tapi aku dah bertukar plak. Jadik pengkid. Tapi pengkid versi kiut seperti dalam entry ini. Arwah ayah aku perasan perubahan aku. Tapi kire bersyukur la sebab dier bukan jenis macam parents orang lain bile tau anak bermasalah terus pukul teruk2 tanpe sebab. Dier punye style cukup la dengan psiko aku depan arwah mama yang tengah terbaring tu. Cukup buat aku menangis, pikir balik hala tuju hidup dan berubah macam sekarang.
Lepas tu aku da malas nak caye lelaki. Tak dinafikan setakat minat2, syok sendiri, saja suka2 tu tetap ada, tapi takde berharap sangat orang tu suka aku balik atau nak spend rest of my life dengan sapa2 lebih2 lagi lepas tau what did that guy do to kill me. Sebab tu kalo kapel pun asik clash je. Sampai berpuluh2 kali la. Nak plak ex2 aku semua jenis tak boleh terima kawan2 baik aku semua terdiri dari kaum sejenis dorang jugak. Cuba bagitau aku macam mana nak buat untuk aku berada dalam environment semua pompuan seperti zaman2 sekolah menengah dulu pada masa sekarang ni?
Now rasa free gila lah. Suka hati nak kuar ngan sape2 pun. Suka hati nak msg dengan sape2 pun. Suka hati nak ber-lahling2, ber-sayang2 dengan sape2 pun. None cares. Best doww single. Got more time to spend with kawan2, Jonny, laptop ini dan internet. =)
Dan aku cuma akan percaya someone betul2 serious ngan aku lepas dier nikah ngan aku. Setakat kata couple, janji macam2, tak jalan beb. Ada brani?
Nota kaki: Jangan sape2 gatal mulut nak tanye kenapa aku single lepas baca entry ni ok?

Random #3

Esok lusa aku tukar header pulak. Mungkin tajuk blog pun akan bertukar. Tapi tak pasti lagi la. Nak pegi tengok katun Sepanbob dulu. Babai~~!!!

Oh ye... Background tu memang saja2 buat huru-hara camtu. Hope korang tak kisah la kan?

Random #2

Ok. Puas hati. Setakat tukar background je. Cukup2 untuk orang baca entry dah. Aku tau korang mana amik kisah pun pasal sidebar tu kan? Jangan nak tipulah. =)

Hopefully takkan ade masalah lambat loading atau kene highlight entry semata2 hilang sabar nak tunggu "kulit" sebenar loading. ---> Khas ditujukan buat Hadra. Heee...

Random #1

Rasa nak tukar layout. Hmm...

Lesson Learn #2

Kenapa la kewangan UNiSEL ni tak pernah bagi student senang hati tengok balance terkini yuran pengajian? AT LEAST bagi aku rasa BAHAGIA tengok balance tak berganjak since awal semester hingga hari pendaftaran semester baru.

Ni balance baru sejak start final exam haritu. Demmm~~!!!

Bukan aku sorang je kene. Lain2 pun kene jugak (geng2 aku laa). Kemain la excited bercerita balance zero masa sebelum exam sebab masa mula2 PTPTN masuk, UNiSEL awal2 dah potong yuran ikut pre-registration subjects dan kami sangat2 yakin bahawa kebahagiaan mempunyai baki ZERO itu akan kekal sampai hujung sem. Tapi masing2 tiba2 ada outstanding sebanyak RM 500++ apabila selesai takbir Raya Haji.

Nilai tu maybe sikit dan korang for sure mesti ada yang kutuk aku sebab exaggerate hal ni. Tapi tahukah korang betapa aku mempunyai IMPIAN YANG SUPER BESAR untuk melihat baki zero dari awal2 masuk semester sampai la complete satu semester? At least once in a life time? Tak buleh ke? Ha? Ha? Ha? Takkan nak aku list kan definisi "BAHAGIA"  plak bagi korang betul2 paham ape yang aku mau... Pegi bukak kamus dewan la cari, bai!

Nota kaki : Sehari sebelum Raya Haji, outstanding balance aku adalah [-RM 70]. Entah bila masa la dorang ni update. Update sambil sembelih lembu agaknya. 

Friday, December 4, 2009

Dr. Rozmey, Herba Life & Aku. Hahahh~~!!

Seperti yang aku janjikan petang tadi...

Ape kaitan sume2 tu ngan aku?

Adakah aku ingin diet? 

Hahaha...


Jawapannye TIDAK same sekali =)


Membe aku ni hah... Entah la beriye2 sangat nak diet ha... Abang dier supplier Jus Mate 5 Dr. Rozmey tu... Manakala osmet beliau pulak merupakan tokey Herba Life. Jadik competition la plak kan?

Tapi sebab abang beliau dan beberapa kawan2 lain telah menunjukkan perubahan yang memberansangkan dalam proses pengurangan berat badan dan ukur lilit pinggang, jadik dier pun teruja la beli dari abang dier. Yang klakar tu plak bleh plak mau sorok2 dari osmet yang pengedar Herba Life tadi. Tapi last2 tau la jugak. Cuma osmet dier cakap je la tengok mana lebih mujarab. Bunyi berbaur cabar+marah pun ade jugak.

Aku tengok style diet boleh tahan la ketatnye. Kalo takde disiplin memang hancus jugak la. Tak kire la ko gune product sape pun,kan? Membe aku tu plak dalam gigih nak diet tu, asik tanye aku je itu bleh makan tak...Ini boleh takk... Sedih aku. Nak makan, makan je la...Amik dalam portion sikit2 dah la kan?

Sambil mengunyah roti pun bleh tanye aku lagi..." Takpe ke aku makan ni wey..."

Adeiii... Kesian2x~~!! 

Pada aku la kan... Cara paling berkesan nak kurangkan berat, nak kurus semua nih wat work-out je. Serious. Sebab aku pernah rasa. Ye laa... Sebelum join ATMA (Aku Tersilap Masuk Askar) dulu tu berat aku 69kg. Tak padan ngan kemetot ha. Lepas 3-4 bulan kat situ hambik ko... Sampai arwah ayah aku pun tak kenal aku. Dah la kulit cerah sikit dari botol kicap. Pastu tinggal sekeping plak tu. Masa tu berat aku dah tinggal 48kg. Sampai masa aku kene tendang pun berat aku 49kg je. 

Rupa dah macam budak darjah 4 yang tak dapat bantuan makanan tambahan. Huhu. Sedih gila. Arwah mama aku masa tu sihat lagi tu punya la gigih hari2 masak ayam goreng bagi aku makan. Konon2 nak bagi ilang rasa depress aku sebab kene tendang dari situ dan bleh wat aku berisi balik. Hehehe...

Skang ni aku rasa aku ok je. Cuma tengah gigih nak gain more weight. Haha. Tau kenapa?

Maybe kalo lebey chubby, aku akan kelihatan lebih matured kot =)

Harap2 la. Hahahaha~~~


Dan aku takkan bazir duit beli benda bukan2 untuk berdiet. Sebab aku masih rasa bersalah kat arwah mama sampai sekarang. Sebab dier percaya dengan pil kurus. Sebab dier suruh aku beli. Sebab dier amik tanpa consult dengan doktor padahal life dier pun makan macam2 jenis ubat. 

Darah tinggi. Terlampau tinggi. Jangan buat main2 wey.


Serious.

Biggest Loser Asia

Haa... Korang ade tengok tak Biggest Loser Asia lately? Baru je diz week kot start. Aku plak tatau pun bilanya masa start program ni... Tadi je baru tengok. Officially kuar tetiap Selasa jam 9.00 mlm kat Hallmark Channel. Tapi sebab aku malas nak lepak tengok tv malam2. Layan je la ulangan tadi.

Kalini feeling2 ala2 Asia plak la tengok program ni. Dari dulu lagi suka tengok. Entah kenapa. Selalu kalo tengok, sekali dengan aku2 pun berpeluh2 macam lepas lari 5km sekali ngan dorang. Padahal tengok je tak buat ape pun. Siyes berpeluh2 aku tengok dorang tu gigih wat work-out.

Masa audition rancangan ni dulu aku ade la sembang2 ngan Kak Syima konon2 nak join la. Tau Kak Syima jawap pe?

"Setakat besar As ni pegi... Langsung orang tak pandang. Lain la besar kawan As yang haritu (baca: bitch tak reti bayar duit pinjam) datang. Eh, dia takde hati nak join ke?"

Entah. Aku tak amik port langsung pasal minah berlagak pengkid tu sejak dier buat onar tak bayar duit aku dan lari camtu je. Eh, larat ke beliau lari? Ekceli minah tu dulu pun pernah jugak akak dier offer aku dengan ex-housemates satu umah RM 5000 kalo berjaya suh dier turunkan berat. Masalahnye minah ni entah apape. Takde kesungguhan. Melepas jugak la RM 5000 tu.

By the way, program camni aku sokong la sebab yang tahap2 maximum overweight yang join dan dorang nak kurus sebab kesihatan. Eh, dalam banyak2 list sponsor... Takde plak aku nampak Dr. Rozmey Jus mate 5 atau Herba Life sponsor mereka. Hehehh... Takpa... Malam kang aku citer plak pasal 2 brand tu dan kaitan dengan aku =)

P/S: Dari dulu punye Biggest Loser... Walaupun aku nampak seperti menyokong pasukan2 selain warne biru, tapi hakikatnye aku suke tengok rancangan tu sebab instructor blue team kinda cute =) Termasuk yang skang ni... I likeeeee~~~~!!!

Vocab ++

Dier tak pelat. Dier tahun depan dah darjah 1. Dier boleh cakap betul2. Hobi adalah menyanyi dan bercerita... Cakap je nak citer ape... Upin Ipin? Hagemaru? Semua dia boleh story sambil pejam mata siap dengan pakej ajuk suara lagi. Hebat gampang la senang citer. 

Tapi pagi2 tadi...


Aku: Kakakk~~~!!! Un (Mirul) mana?

Hasni: Haaa??

Aku: Un manaa?

Hasni: Dia pi kututakaan!!!

Aku: Apaa?!!

Hasni: KUTUTAKAANNN!!! Acik nii pekak la...Tak nampak ke orang tengah sibuk niii?!!


Puas aku pikir ape jadah mende "KUTUTAKAAN" ni... Mati2 la aku ingatkan ade tempat baru dengan nama cenggitu kat area2 umah aku ni... Rupanya KUTUTAKAAN = PERPUSTAKAAN.

Hmm...Agak2 korang apa masalah dier ni sebenarnye?

Thursday, December 3, 2009

Kadang2 Kewujudan Antivirus Pun Entah Apape Je...

Gelabah betul aku petang tadi dengan antivirus dalam laptop aku nih. Aku gune Avast! Entah mana silap aku pun tatau la. Tapi lepas saja update, abeh semua application aku kat dalam ni dier suspect ade trojan. Sengal btol. Nak online pun tak boleh pasal software modem pun takleh bukak. Kene sekat.

Aku geram gile, aku restore balik semua. Hahaha... Hambik ko. Tapi masalah tak jugak setel2. Last2 aku install lain modem beruk-ben "kesayangan" ni. Tapi kan lain pulak kuar. Cam cantik plak interface baru. Haihh... Ape la nak jadik...

Ni interface asal yang sepatutnye kuar tu. Nampak macam compact la... Lengkap icon semua....


Ni jadi macam lain plak. Anyway, aku rasa yang lain macam ni macam lawa plak. Hehehe~~

Nak bukak modem pun kena disable antivirus tu baru boleh bukak. Kalo takkkk... Bingit telinga aku dengar bunyi siren dan "A virus have been detected!" Boleh gile weh. Lepas boleh on semua baru la aku enable balik. Dan terus update antivirus yang baru. Lega sikit semua dah ok sekarang. Takde kuar siren bengong2 lagi dah.

Hahahh~~!! Sampai yang ni pun aku nak share kan? Betapa bosannye aku kat umah ni tau tak?!!

Nidji - Jangan Lupakan



Hah! Setahun lebih aku melilau cari lagu ni sebab ter-suka dengan caller ringtone orang tu. Sape ade fesbuk tau la agaknye sape yang aku mention tu sebab beriye aku post di dinding fesbuk beliau. =) Hehe...Kemain suke lagi dah dapat cari tajuk caller ringtone tu...Siap download lagi... Lepas ni takyah miskol2 sampai 72x semata2 nak tunggu lagu tu kuar.

Layan je la. Walaupun sebenarnye aku agak susah untuk adapt dengan lagu2 dari Indonesia... Tapi suke sangat ngan lagu ni. Sape suruh orang itu ade caller ringtone lagu ni kan? Tahan je la perangai aku miskol2 tak kire mase ngan tempat. Nasib baik la masa praktikal haritu bz sampai nak antar SMS sekali sehari pun tak sempat =)

Mari menyanyi...

Would it be nice to hold you... Would it be nice to take you home... Would it be nice to kiss you... Ku mohon untuk tetap tinggal dan jangan engkau pergi lagi... Bernyanyilah nananananaa... Bernyanyilah untuk dia yang kurindukan..~~
Suke gile la part nih~~!!! =) Gi mampos la suare sumbang-mambang pun. Hihi!!

My Name Is...

NOR ASLINAWATI


Pe ke he aku taip nama aku besar2 ni? Dah buang tebiat? Hehehh... Takde lahh... Sebenarnye aku teringat kawan2 aku zaman berhingus skolah2 dulu... Ezanee, Haleesa dengan Nalini... Dorang nih classmates yang mula2 aku kenal lepas kene tendang dari Form 1 Akik ke 1 Nilam di skolah bajet best iaitu SGGS, Penang dekat2 Hospital Bersalin sana tu haa. Yaa...Jangan banyak bunyik apsal hidup aku penuh dengan sesi tendang2 ke sana ke mari. Sebab tu aku agak tak bersifat keperempuanan seperti perempuan2 lain...Huhuhh...

Mereka sungguh bersemangat sekali buat list tentang betapa banyaknye nick name boleh dipanggil berdasarkan nama aku tu...Tak cukup dari nama betul aku, dorang siap boleh men scramble lagi nama nih! Gila gigih bukan?

Cukup 30 nama, dorang boleh plak la tampal kat notice board kelas siap buat announcement suh orang lain pun ikut panggil nama camni jugak rotate setiap 30 hari. Sampai aku pun kene copy list ni sebab takmo kene cop sombong pasal tak respon kalo dorang panggil nama lain ikut hari.

  • NOR
  • NORA
  • RAS
  • AS
  • ASLI ---> Sumpah aku tak berkenan dengan yang ni!
  • ASLINA
  • ASLIN
  • ALINA
  • ALIN
  • ELI
  • LIN
  • IN
  • LINA
  • LILI
  • NANA
  • SALINA
  • SAL
  • NAWA
  • AWA
  • WAWA
  • WATI
  • ATIE
  • NISA
  • ANIS
  • ANI
  • AN
  • ITA
  • WANI
  • WAN
  • NAT

Korang ade apape lagi nak tambah? Boleh la tinggal komen nanti... Yang skang ni plak kebanyakkan nama aku yang coursemates aku seperti Mark dan kawan2 bagi tu semua bukan2. Takde kene-mengena langsung dengan nama aku. Nak list pun segan. Huhuhh... 


Wednesday, December 2, 2009

Nota Penting

Untuk follower2 kesayangan ku sekalian...Harap2 korang semua tak muntah tengok update yang entah apape datang dari blog aku. Maklum la tengah free skang... Update je la kejenye bile rase nak update... Hehehhh~~~!!! 

Saya dan pakar IT di rumah saya. =) Sesekali kena guna ayat skema bukan?

Dier rindu saye bagai nak rak sebab seminggu tak jumpe...Sebab tu kami bergambar begini :) Sila abaikan keadaan bantal2 kat belakang yang bersimpang-siur tu...Hoho...


P/S: Ok. Aku tipu. Dier rindu dengan laptop aku sebenarnye. =)

It's Da Timeeee~~!!!!

Haritu aku ade citer pasal ni kan? Skang baru berpeluang mengira berapa simpanan aku selama 4 bulan. Wahaha... Tengok saiz tabung la... Mana mampu nak menabung banyak2. Hehehhh...

Penuhnyeee... Hehehhh~~!!

Ekceli bukan senang untuk tengok aku menabung cenggini. Ye lahh...Masa kat UNiSEL Shah Alam dulu duduk hostel dan masa malas2 nak gune enset, aku rajin la menabung sebab aku rajin sangat nak gune public phone. Ye la. Letak public phone situ kan untuk digunakan... Bukan untuk display kan? Kan? Kan?

Tapi lepas tu aku malas nak sambung menabung sebab si Yus selalu menukar function tabung aku sebagai harta public. Penat2 aku kumpul duit syiling, time2 weekend aku balik pegi umah kazen kat seksyen 19 tu, lupa nak simpan tabung dalam locker, lepas balik hostel tengok2 duit2 syiling sudah bertukar menjadi duit kertas. Dia siap SMS lagi mau tukar duit. Nak call urgent katanya. Huhuhhh...

Skang timbul keinginan nak menabung balik. So, tadi sebelum pegi Intel balik sebab Mr. Lai suh datang sign agreement yang menyatakan secara rasmi aku bukan lagi Intel employee... Sempat la kira dulu duit ni. Tau ada berapa? Haa... Jeng... Jeng... Jenggg...

RM 43.00


Banyak tak? Banyak tak? Banyak tak? Lepas la untuk pegi Pesta Penang dengan Atin sabtu ni... Yeayyy~~!!!

Dalam beg pelestik untuk proses penukaran ke duit kertas :)


Yeayyy~~~!!! Nanti boleh beronggeng dan meng-extreme-kan diri di Pesta Penang... Sapa nak join?!

Tuesday, December 1, 2009

10 Alasan Yang Bernas Untuk Soklan "Bila Nak Kawen"

Memandangkan skang ni musim orang kawen2... Dan lebih horror lagi semua kawan2 sebaya plak yang sibuk2 kawen sampai aku penah mengamuk jangan tag nama aku kat kad jemputan dorang dalam fesbuk. So, untuk menghadapi kemungkinan diterjah dengan soklan cepu-cemas oleh kawan2 yang stok2 seperti Nas Ahmad dalam "Terjah" Melodi itu...

Ni ha aku nak share. Kata sharing is caring :)

Warning: Ni untuk suka2 je ye. Mengandungi sikit unsur2 kurang ajar agar tukang tanya tu akan serik bertanya pada masa akan datang!


  1. Boifreng saya takmau masuk meminang lagi...Dia tengah kumpul duit. Dalam tabung kawen kami dah ada RM12.75. Kira amik masa jugak la nak cecah RM25k hantaran macam mak saye mintak aritu...

  2. Aku kurang bersosial dan pemalu giler2...Kalo ko ade abang/kakak/adik jangan la kedekut nak introduce kat aku...Mana la tau jodohhh... Err...Ko tak kisah ke aku jadik ipar ko nih?

  3. Ermmm...Aku rasa aku tunggu anak ko besar je la...Jadik menantu ko je nanti. Amacam? *Sambil jeling2 kat anak membe korang yang baru umo 2 tahun tu*

  4. Sian dowh kat parents aku... Aku ni pun berbelas2 kali repeat paper ni... Baik aku study je dulu...Kang bila sibuk2 kawen...Kesian plak parents aku nak sponsor blaja...Sponsor blanja kawen lagi...

  5. Ehh...Saye underage lagi la. Ajak tengok wayang pun selalu brader koyak tiket tu nak check ic. Dulu dah penah kene tahan skali sebab dorang cakap curi ic kakak.

  6. Aku bz ngan keja laa...Ada on call lagi...Maklum la semua mesin2 pun tau jugak nak berkasih-sayang...Hehehhh...

  7. Ingat senang ke nak cari lelaki idaman macam makan sushi? Nak pilih sushi kat Jusco pun amik masa setengah jam tau?!!

  8. Susah sangat ko je la kawen ngan aku. Senang cerita. Sibuk tanya aku...Ko pun single lagi kan? Kalo dah kawen pun aku takde hal laa...2nd pun ok jugak...

  9. Aku dah immune tengok lelaki/pompuan la. Lebih2 lagi yang kacak2/cun2. Aku target nak cari pasangan hidup yang kaya je. Boleh gak tolong2 setel loan PTPTN aku yang dekat2 RM81k tu. Ko ade kenal sape2 orang kaya yang SINGLE? 

  10. Aku rasa aku belum cukup berisi untuk kawen ni. Bukan ape sekarang ni aku nampak pompuan2/lelaki2 yang jenis comel2 mesti dapat pasangan yang hensem/cun gile...So, aku harap aku pun macam dorang jugak. Tengah gigih gain weight ni. Ada idea?


Haha~~!! Tu la listnye. Saja suka2 weyy... Jangan amik hati la ehh...Jodoh pertemuan tu semua kat tangan Tuhan. Kite usaha jek btol tak? Jangan la plak buat membe2 yang masih single ni separuh mati pikir reason paling bernas untuk elak soklan cepu-cemas camni... Rasa nak terjun bangunan beb punya pikir...

Monday, November 30, 2009

Yeayyy!!!

Akhirnye abeh jugak la seksaan buat final report praktikal ni...

2 hari berturut2 beb tak tido nak siapkan mende nih...Haa...Sila kagum sikit ye...Final report aku tu cecah 72 page termasuk cover...Dan ni la first time aku taip bende2 ilmiah sampai cecah 60 page tau. Anggap je lagi 12 page tu kopi-pes dari intelpedia, wikipedia, google dan jugak report contoh. =)

Sila kagum sikit. Maklum la sebelum2 ni report project semua main share2 buat atau edit2 report orang lain. Cheh!! Plagiat gila babi btol...Bila la nak insaf ni =)

Ni la hasilnye nak tayang kat sini. Lepas ni pulun untuk pre-tesis & tesis plak. Doakan aku tak melakukan apapa plagiat yang membawa kepada hal2 yang tak brapa nak menyenangkan seperti repeat paper.


Sunday, November 29, 2009

Lesson Learn #1

Kaunter ekspress (biasanya 10 barang ke bawah) yang terdapat di mana2 pasaraya adalah kaunter yang membolehkan pengguna yang MEMBELI 10 BARANGAN DAN KE BAWAH untuk bayar cepat2 dan blah...

Konsep lebih-kurang macam touch-n-go la jugak...

Bukannya BELI 10 JENAMA BARANG dalam kuantiti yang sesuka-suki hati jek...

Haishh...Len kali konsep kaunter ekspress ni kene lebih jelas lagi la. 

Aku tiba2 rasa nak buat thesis pasal scanner kat kaunter ekspress nih. Bila dah detect 10 barang, nak masuk barang ke-11 akan kuar error. Kene bayar dulu baru boleh proceed dengan barang2 lain. Kira limited dier bleh scan harga sampai 10 barang je. 


Haishhh...Moody betul aku aaa bile ader manusia yang beli barang banyak2 tapi pegi bayar kat kaunter ekspress. Takde hati dan perasaan betul.

Saturday, November 28, 2009

Bye-Bye [Update Sikit =)]

Setelah 4 bulan + seminggu (17  minggu) berkubang di sini...


Tiba la masa untuk mengucapkan selamat tinggal...Hehehhh!!
[bleh klik untuk pemBESARan lebih jelas :)]

Snapshot ucapan aku kat dorang semua...

Amacam? 

Hebat tak?


Dannnnnn...

Yang betul2 pasti tu...


Aku akan rindu sama dorang ni nanti =)

UnderFill team memang best [ayat bodek xP]


P/S: Korang caya ke yang awek cun sebelah aku tu umo sama dengan aku? Orang2 kat sini ramai confuse bila dia cakap kami pernah sekelas. :p

P/Ss: Jangan coba2 nak tanya aku macam2 pasal dia. Nanti marka [boifreng] dia marah. :)

P/Sss: Baru aku sedar... Aku keje dalam environment ramai lelaki lagi. Nanti lepas grad kalo boleh nak cari keje yang ramai pompuan. Any suggestion? ---> FYI, aku tamau jadi lecturer!!

Kejutan Pagi2 Buta

Harini aku balik ke "beloved place" 

Beloved la sangatttt~~

Mula2 plan nak balik hari lain je agar boleh beronggeng bersama2 dengan Kak Syima.

Tapi ada banyak hal plak mau setel [kalo boleh] sebelum berangkat ke Singapore =). Pastu plak sebab kesian dengan kawan aku nih, tak paham IA. So aku dengan baik hatinye la nak memperturunkan segala ilmu2 tahap dewa subjek IA kat dia... Sharing is caring bukan?

Sesampainye aku kat Klang, aku dah pelik dah...Apsal lain macam je tempat ni? Pastu orang pakat2 turun plak tu. Rasa macam dah sampai air port pun ada. 


Last2 aku call balik membe aku tu untuk kepastian. Hmm...Rupenye stesen bas dah pindah ke situ... Tu baru satu semester aku tak jejak Klang ni. Bila dah bertahun2 macam mana la agaknye. Lost contact betul aku dengan perkembangan2 terkini ni hah... =(